Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, April 19, 2016

Sekitar Perjumpaan Bersama Pengarah Kolej Matrikulasi Perak







Program 'Retreats' NGO Alumni KMPk yang telah diadakan pada hujung minggu lalu telah membuka peluang pertemuan antara barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk dengan pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perak. 
Pihak Pengurusan Tertinggi KMPk telah diketuai oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Datin Roslina Abdul Rashid yang ditemani oleh Timbalan Pengarah, Encik Azman Mokhtar dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Encik Suffian Sauri Mahaidin.

Manakala barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk pula telah diketuai oleh Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk, saudara Abdullah Zahid Shaharudin.

Pertemuan ini diadakan untuk membentangkan hala tuju, visi, misi dan objektif serta takwim program yang telah disusun oleh kepimpinan NGO Alumni KMPk sesi 2016/18 kepada Pengurusan Tertinggi KMPk . Semoga sokongan yang diberikan oleh pihak Pengurusan Tertinggi KMPk terhadap NGO Alumni KMPk dapat diteruskan untuk sesi ini dan sesi-sesi akan datang.






Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Datin Roslina Abdul Rashid telah menyatakan sokongannya terhadap NGO Alumni KMPk dan berharap agar para alumni secara umum dan persatuan secara khususnya dapat menjadi contoh yang baik kepada para pelajar yang sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Perak dan juga kepada bakal pelajar. Menurut beliau, para alumni lebih memahami pelajar kerana alumni telah melalui fasa sebagai pelajar matrikulasi. Oleh itu, alumni pasti tahu apa yang dimahukan oleh para pelajar dan program yang disusun pasti besar impaknya terhadap para pelajar.

Beliau juga menyatakan bahawa alumni yang berjaya adalah lambang kepada keberkesanan sesebuah kolej dan bukti bahawa sistem matrikulasi itu mampu mengeluarkan produk-produk yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya.

Datin Roslina Abdul Rashid turut berbangga dengan pencapaian NGO Alumni KMPk yang merupakan satu-satunya persatuan Alumni Kolej Matrikulasi yang masih aktif sehingga ke hari ini. Beliau sempat berpesan supaya barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk yang telah terpilih memainkan peranan masing-masing dalam mencapai objektif persatuan yang telah ditetapkan. 





NGO Alumni KMPk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perak atas kesudian untuk mengadakan pertemuan dengan barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk sesi 2016/2018. Semoga pertemuan ini mendatangkan manfaat buat persatuan dan kolej.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Jabatan Setiausaha
NGO Alumni KMPk

No comments: