Social Icons

twitterfacebook

Saturday, April 23, 2016

Diploma vs Matrikulasi

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Encik Mahfuz Najhan, Ketua Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Perak berkenaan perbezaan antara Program Matrikulasi dan Diploma. 



Seminggu dua ni, bising pelajar dalam memilih antara matrik atau diploma. Pelajar yang mengambil diploma selalunya ada sentimen 'matrik susah','kursus lelong' atau 'gagal matrik'.



1. Matrikulasi adalah persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah bukan persiapan pekerjaan seperti pelajar yang cenderung memilih diploma.


2. Lebuhraya lebih cepat dan selesa, namun dikenakan tol, matrik setahun diploma 3 tahun. Kesusahan di matrikulasi bukan disebabkan subjek tetapi kerana masa yang singkat dan subjek yang agak banyak. Kalau diikutkan, ada subjek diploma lebih sukar dan susah daripada subjek di matrikulasi.


3. Kursus lelong- ada beberapa kejadian kes lelongan bukan kerana matrikulasi susah tetapi kerana kegagalan pelajar mengukur baju di badan sendiri.

4. Lebih 70% mahasiswa di IPT adalah produk Program Matrikulasi.

5. Peratus kegagalan matrikulasi sangat kecil tetapi ianya selalu di'BESAR'kan seolah-olah kegagalan disebabkan oleh matrikulasi sedangkan 99% lulus dan menikmati kehidupan di matrikulasi yang menyeronokkan.

6. Hampir 95% pelajar matrikulasi berada di matrikulasi kerana mereka ingin menyambung pelajaran ke ijazah sedangkan diploma separuh daripadanya memilih terus berkerja.

7. Biasiswa diberikan di matrikulasi, manakala pinjaman untuk diploma. Berapa agaknya hutang kita sekiranya kita berada di diploma kemudian menyambung ke ijazah.

8. Lelong- apa yang saya maksudkan adalah pelajar yang dilelong adalah pelajar yang memohon kursus yang tidak setimpal dengan keputusan mereka. Sedangkan ada 2700++ jurusan yang boleh mereka ambil. Kemudian mereka juga amat memilih universiti. InsyaAllah di matrik ada kaunselor yang membantu. Saya sewaktu memegang jawatan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, saya akan bantu sehingga interview.

9. Ramai yang tidak boleh mengawal kebebasan sehingga mereka hilang fokus. Matrikulasi ini adalah medium antara IPT dan sekolah, walaupun pembelajaran ala universiti, tapi anda dijaga seperti pelajar. Kalau di universiti, andalah segalanya.

Wednesday, April 20, 2016

Ini Puncanya Kenapa Pelajar Matrikulasi Gagal

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Encik Mahfuz Najhan, Ketua Jabatan Matematik Kolej Matrikulasi Perak berkenaan punca kegagalan pelajar Program Matrikulasi.








Semalam bertalu saya menerima pertanyaan tentang pelajar yang gagal dalam Matrikulasi. 

Untuk pengetahuan, sukar untuk seseorang pelajar itu gagal dalam sistem matrikulasi kerana ianya sangat terbimbing. Tambahan pula berapa ribu ringgit duit negara telah digunakan untuk menaja seorang pelajar matrikulasi. 


Daripada pengalaman saya, pelajar-pelajar yang gagal selalunya;


1. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng dan tidak menyempurnakan tugasan-tugasan.


2. Pelajar yg tidak berminat untuk berjaya kerana mempunyai sasaran yang lain. Seperti ingin ambil kursus lain tetapi dipaksa oleh keluarga menyebabkan mereka datang hanya sekadar datang. Bukan untuk mencari kejayaan.


3. Pelajar yangg lemah tapi malu untuk memperbaiki keadaan tersebut. Peratusnya sangat kecil kerana anda yang dipilih ke matrikulasi adalah dikalangan pelajar cemerlang. Dan jangan bimbang, pensyarah matrik sangat kompeten membantu anda.
Ada dikalangan pelajar yang cemerlang sewaktu SPM kemudian tidak cemerlang di Matrikulasi. Ini kerana kemungkinan besar mereka tergolong dalam kumpulan satu atau dua di atas. Mereka kemudiannya menjadikan alasan kesusahan matrikulasi sebagai faktor kegagalan mereka untuk cemerlang. 

Ini antara faktor penyebar 'khabar angin' kesusahan matrikulasi. Sedangkan ada di sisi lain pelajar yang hanya 'biasa' sewaktu SPM tetapi boleh berjaya menjadi 'luar biasa'. 

Asasnya kehidupan di matrikulasi bermula dengan USAHA kita.


Saya pernah mengajar Program Dua Tahun (PDT) dan pernah mengajar Pelajar ambilan kedua (PDT belum diperkenalkan) dan sehingga kini saya berbangga dengan pencapaian mereka. Walaupun mereka masuk dalam keadaan keputusan yang agak rendah daripada kawan-kawan lain, tapi mereka kini ada bergelar doktor, yang mengambil PHD sebagai pensyarah universiti dan ada yang kini berada di luar negara (kerana beberapa universiti luar negara mengikhtiraf matrik). 

Anda boleh memilih untuk berjaya atau tidak berjaya kerana ia bermula dengan diri kita.

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Sumber Gambar: Pautan

1. Why do you want to work for this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)


JAWAPAN SALAH:

“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. Why did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was a nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should we hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

Sumber: Pautan

Kenali Program Matrikulasi - Perkongsian Pengalaman Bekas Pelajar


NOTA EDITOR: Perkongsian daripada Puan Mastura Mansor, Pengasas NGO Alumni KMPk berikut merupakan lanjutan respon terhadap cadangan untuk menamatkan Program Matrikulasi oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud. Baca artikel tersebut disini. Baca perkongsian pertama Puan Mastura Mansor disini.


Puan Mastura Mansor adalah antara pengasas NGO Alumni KMPk dan beliau juga merupakan mantan pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bagi sesi 2010/2012.

Beliau kini merupakan seorang Konsultan Kerjaya di Career Cube, sebuah syarikat konsultansi yang memfokuskan kepada penyediaan program latihan dan konsultansi berkaitan kerjaya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Career Cube, sila lawati laman web mereka di www.careercube.com.my


Penulisan ini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan dan para alumni matrikulasi. ‪#‎teruskanmatrikulasi‬ ‪#‎janganmansuhmatrikulasi‬

1. Objektif
Kembali kepada fungsi dan peranan matrikulasi. Bila dikatakan ia adalah fast track, maksud - di Malaysia untuk memasuki ambil ijazah sarjana muda di Universiti, tiada ambilan terus daripada lepasan SPM. Bakat yang ada dengan keputusan yang cemerlang di dalam SPM, selepas setahun sudah boleh sambung degree.


2. Sijil matrikulasi
Apabila asas pembukaan dan penubuhannya bukan fokus mempersiapkan pelajar matrikulasi untuk berkerja, maka 1 tahun (atau 2 tahun) itu memadai untuk melayakkan pelajarnya menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Berbeza dengan diploma dan sijil kemahiran. Asasnya memang memberikan pengkhususan bidang (job-skill) dan graduan dapat menempatkan diri di alam kerja.


Lain padang lain belalang. Lain institusi lain gurunya.

3. Kuota
Lambakkan pelajar bukan bumiputera yang straight A+ mengakibatkan kuota 10-20% dipenuhi mereka yang paling cemerlang di dalam kalangan yang cemerlang.


4. Momentum belajar
Lepas SPM, dapat keputusan yang cemerlang, sambung 1 tahun dan kekal cemerlang. InsyaAllah, sambung ijazah sarjana muda. Ada rezeki, sambung belajar lagi sehingga sarjana dan doktor falsafah. Jadi pensyarah, mengajar pula.


5. Rezeki
Belajarlah di mana pun, pokok pangkalnya adalah NIAT dan SIKAP terhadap kehidupan. Apa yang nak dituai di kemudian hari, itulah yang ditanam sekarang. Ada orang dapat jurusan yang dikehendaki, alhamdulillah. Ada orang dapat jurusan yang belum diminati, yakinlah, Allah mahu kita belajar sesuatu daripada kehidupan.


6. Pengalaman sendiri
Daripada sekolah harian, seorang diri masuk matrikulasi tanpa orang yang kita kenal. Terkapai-kapai. Sebab ibuayah galakkan untuk memasuki matrikulasi. Semester pertama (semester yang mencabar kerana pertama kalinya ukuran pencapaian akademik adalah pointer), nak biasakan diri dengan persekitaran, budaya, kawan baru...alhamdulillah dapat 3 pointer above. Masuk semester 2, pointer drop. Tidak mengapa. Mohon sahaja jurusan yang berjaya dapat A (KIMIA). Isi borang UPU, 2 pilihan pertama kejururawatan (sebab ibu)



6 pilihan seterusnya adalah IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KIMIA) pelbagai Universiti. Dapat USM. Alhamdulillah. Dah belajar di USM tahun ke-2 dah mula rasa nak menyerah (jangan diturutkan hati), habiskan juga. 4 tahun (kawan-kawan dah grad). Lepas grad, dapat jadi AHLI KIMIA. Tidak tunggu lama, 1 tahun sahaja. SEBAB?


Sambung master dalam bidang komunikasi korporat (waktu ini sudah terjun dalam bidang latihan). Bila belajar, senang! Pertama kali dapat pointer 3.5 ke atas. SEDAR DIRI. Rupanya minat pada bidang lain.

Sedikit pun tidak kesal.
1 tahun di matrikulasi - belajar makna disiplin, dapat kawan baru (pelbagai negeri), kemahiran berurusan dengan pensyarah (tugasan, tutorial, kuiz dan lain-lain), belajar berdikari!
4 tahun di universiti - perkukuh ilmi sains kimia, kepimpinan, nilai kendiri, networking.
2 tahun lagi - komitmen kerja dan belajar serentak, kuasai masa, mulai fokus kepada memaknakan kehidupan mendatang.




Sekali lagi, matrikulasi boleh menjadi satu turning point seseorang itu berubah menjadi baik mahupun sebaliknya. Kerana, MEMANFAATKAN 1 TAHUN UNTUK KESENANGAN 30 TAHUN AKAN DATANG (baca: atas niat ikhlas, redha berusaha dan tawakkal kepada ALLAH).

6 Tips Temuduga Daripada Konsultan Kerjaya


NOTA EDITOR:  Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Mastura Mansor, bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2004/2005.

Puan Mastura Mansor adalah antara pengasas NGO Alumni KMPk dan beliau juga merupakan mantan pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bagi sesi 2010/2012.

Beliau kini merupakan seorang Konsultan Kerjaya di Career Cube, sebuah syarikat konsultansi yang memfokuskan kepada penyediaan program latihan dan konsultansi berkaitan kerjaya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Career Cube, sila lawati laman web mereka di www.careercube.com.my



Tips percuma buat calon temuduga.

Apabila dipanggil ke temuduga, ini bermakna anda layak secara teknikalnya. Jika sudah layak, kenapa perlu disaring lagi?

Kompeten. Menggali nilai kompeten calon adalah matlamat panel temuduga. Pastinya, cara dan teknik calon menjawab soalan panel adalah amat penting.

Ada calon, penampilan dan etika pembawaan diri sudah bagus, cuma komunikasinya kurang meyakinkan dan tidak telus. Terlepaslah peluangnya.

Ada calon, penampilan dan etika pembawaan diri bagus, komunikasi menambahkan keyakinan panel untuk memilihnya. Terpilih!

Temuduga memerlukan persediaan. Persediaan memerlukan teknik.

Berikut merupakan antara tips persediaan temuduga:

















Kenali Program Matrikulasi - Respon Terhadap Cadangan Penamatan Program Matrikulasi

NOTA EDITOR: Perkongsian daripada Puan Mastura Mansor, Pengasas NGO Alumni KMPk berikut merupakan respon terhadap cadangan untuk menamatkan Program Matrikulasi oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud. Baca artikel tersebut disini.

Puan Mastura Mansor adalah antara pengasas NGO Alumni KMPk dan beliau juga merupakan mantan pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bagi sesi 2010/2012.

Beliau kini merupakan seorang Konsultan Kerjaya di Career Cube, sebuah syarikat konsultansi yang memfokuskan kepada penyediaan program latihan dan konsultansi berkaitan kerjaya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Career Cube, sila lawati laman web mereka di www.careercube.com.my











Penurunan mendadak kemasukkan pelajar lepasan SPM ke matrikulasi. Maknanya, matrikulasi tidak menjadi pilihan pelajar untuk sambung belajar sebelum memasuki kampus (ijazah sarjana muda). Sayang...

1. Laluan pintas
Ya, sistem matrikulasi sesingkat 1 tahun pengajian (2 semester) sahaja. Lulus cemerlang, boleh terus sambung ijazah sarjana muda. Diperkenalkan juga, program dua tahun (PDT) yang memberikan masa yang lebih kepada pelajar beradaptasi dengan tahap ilmu yang makin mendalam berbanding SPM.

2. Syarat kemasukkan
Fokus matrikulasi adalah sains, teknikal dan akaun. Jadi, lepasan SPM yang cemerlang (baca: kredit, minimum C) di dalam mata pelajaran berkaitan akan menjadi pilihan sistem dan ditawarkan.

3. Quota Bumiputera
Di awal penubuhan, matrikulasi hanya untuk rakyat Bumiputera. Sekitar 2001-2002 quota bukan Bumiputera dibuka 10-20%.

4. Kes "jurusan lelong"
Jurusan yang ditawarkan untuk ijazah sarjana muda, tidak satu pun yang berkait dengan yang dimohon untuk kemasukkan ke universiti. Puncanya: TIADA STRATEGI, TIDAK UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.

Contoh: PNGK 2.74, mohon untuk jurusan pendidikan (upu). RISIKO. PNGK minimum untuk pendidikan adalah 3.00. Tempat yang disediakan di universiti tidak seramai mereka yang mendapat 3.00 ke atas.

5. Katak bawah tempurung
Banyak program yang membantu pelajar matrikulasi memilih jurusan untuk sambung belajar. Hanya yang rajin berhenti depan papan kenyataan dan BACA poster/pengumuman, dapat manfaatnya. Dukacitanya, ramai yang tidak cakna. Sedih!

6. Matrikulasi jua yang dipersalahkan
Susah. Susah. Susah. Seolah-seolah belajar STPM, Diploma semua tu senang. Ia adalah sikap. Sikap dan nilai diri terhadap kahidupan.

Pelajar yang rajin ke kuliah, fokus belajar, jaga hubungan dengan pensyarah dan pelihara amanah menuntut ilmu, insyaAllah inilah pelajar yang sekarang ini menjadi pakar di dalam bidangnya.
Maka, sebaliknya buat pelajar yang ponteng kuliah, skip tugasan, kurang hormat pasa pensyarah dan tidak amanah dengan ilmu, mereka menyalahkan matrikulasi. Susah.

7. Alumni
Hanya yang pernah melalui sistem ini tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saya melihat ramai rakan sekuliah sewaktu di matrikulasi, yang kini bergelar DOKTOR, JURUTERA, ARKITEK, GURU, USAHAWAN, PENSYARAH, PTD, AKAUNTAN (ACCA) dan banyak lagi.

Mereka ini sewaktu belajar dahulu, MEMANFAATKAN 1 TAHUN UNTUK KESENANGAN 30 TAHUN AKAN DATANG.
Sememangnya, matrikulasi sangat istimewa buat pelajar yang tahu untuk memanfaatkan masa hadapan mereka.


Mastura Mansor
Alumni Kolej Matrikulasi Perak

Tuesday, April 19, 2016

Sekitar Perjumpaan Bersama Pengarah Kolej Matrikulasi Perak







Program 'Retreats' NGO Alumni KMPk yang telah diadakan pada hujung minggu lalu telah membuka peluang pertemuan antara barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk dengan pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perak. 
Pihak Pengurusan Tertinggi KMPk telah diketuai oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Datin Roslina Abdul Rashid yang ditemani oleh Timbalan Pengarah, Encik Azman Mokhtar dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Encik Suffian Sauri Mahaidin.

Manakala barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk pula telah diketuai oleh Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk, saudara Abdullah Zahid Shaharudin.

Pertemuan ini diadakan untuk membentangkan hala tuju, visi, misi dan objektif serta takwim program yang telah disusun oleh kepimpinan NGO Alumni KMPk sesi 2016/18 kepada Pengurusan Tertinggi KMPk . Semoga sokongan yang diberikan oleh pihak Pengurusan Tertinggi KMPk terhadap NGO Alumni KMPk dapat diteruskan untuk sesi ini dan sesi-sesi akan datang.






Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Datin Roslina Abdul Rashid telah menyatakan sokongannya terhadap NGO Alumni KMPk dan berharap agar para alumni secara umum dan persatuan secara khususnya dapat menjadi contoh yang baik kepada para pelajar yang sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Perak dan juga kepada bakal pelajar. Menurut beliau, para alumni lebih memahami pelajar kerana alumni telah melalui fasa sebagai pelajar matrikulasi. Oleh itu, alumni pasti tahu apa yang dimahukan oleh para pelajar dan program yang disusun pasti besar impaknya terhadap para pelajar.

Beliau juga menyatakan bahawa alumni yang berjaya adalah lambang kepada keberkesanan sesebuah kolej dan bukti bahawa sistem matrikulasi itu mampu mengeluarkan produk-produk yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya.

Datin Roslina Abdul Rashid turut berbangga dengan pencapaian NGO Alumni KMPk yang merupakan satu-satunya persatuan Alumni Kolej Matrikulasi yang masih aktif sehingga ke hari ini. Beliau sempat berpesan supaya barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk yang telah terpilih memainkan peranan masing-masing dalam mencapai objektif persatuan yang telah ditetapkan. 





NGO Alumni KMPk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perak atas kesudian untuk mengadakan pertemuan dengan barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk sesi 2016/2018. Semoga pertemuan ini mendatangkan manfaat buat persatuan dan kolej.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Jabatan Setiausaha
NGO Alumni KMPk

Selamat Menjadi Warga Matrikulasi dan Selamat Datang ke KMPk

Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan oleh Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk, Tuan Hasnul Adin untuk mengalu-alukan kedatangan bakal pelajar Program Matrikulasi sesi 2016/2017.





Tahniah kepada adik-adik yang telah menerima tawaran ke Program Matrikulasi sesi 2016/2017.

Saya mewakili NGO Alumni KMPk mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada warga matrikulasi buat semua bakal pelajar Program Matrikulasi.

Kepada bakal pelajar Kolej Matrikulasi Perak, selamat datang ke KMPk. 

NGO Alumni KMPk merupakan persatuan alumni yang mengumpulkan bekas pelajar KMPk yang telah menamatkan sesi pembelajaran di KMPk. Antara matlamat penubuhan NGO Alumni KMPk adalah untuk membantu pihak kolej dalam meningkatkan kualiti pelajar ke arah modal insan yang berketrampilan melalui program-program yang dirancang.

Kami, para alumni bersedia membantu adik-adik bakal pelajar KMPk dalam membuat persedian untuk menghadapi dunia matrikulasi. Jika ada sebarang soalan berkenaan matrikulasi, terutamanya berkenaan KMPk, anda boleh ajukan soalan tersebut kepada kami di Facebook page rasmi NGO Alumni KMPk.

Justeru, saya berbesar hati ingin menjemput adik-adik bakal pelajar matrikulasi, terutamanya bakal pelajar KMPk untuk 'like' Facebook page rasmi persatuan di NGO Alumni KMPk.

Untuk bakal pelajar KMPk, insyaAllah satu 'group' rasmi untuk pelajar kemasukan sesi 2016/2017 akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk mengumpulkan bakal pelajar KMPk sesi 2016/2017. Di dalam 'group' tersebut anda boleh bertanyakan sebarang soalan berkenaan persediaan sebelum bergelar pelajar matrikulasi. Soalan-soalan anda akan dijawab oleh para pegawai dan alumni. 

Para alumni yang mempunyai saudara mara atau kenalan yang bakal bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Perak, jika ada sebarang soalan berkenaan persediaan sebelum bergelar pelajar matrikulasi, bolehlah bertanya di Facebook page rasmi NGO Alumni KMPk atau bertanya di dalam 'group' Alumni KMPk (Group bekas pelajar KMPk).

InsyaAllah kami sedia membantu dan memudahcara urusan adik-adik bakal pelajar semua.

Selamat menjadi Warga Matrikulasi!


'Menuju Alumni Berprestij!'

Hasnul Adin
Naib Setiausaha Agung
NGO Alumni KMPk

Monday, April 18, 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) sesi 2015/16 dan Tahniah!


NOTA EDITOR: Berikut merupakan kenyataan oleh Naib Presiden 1 NGO Alumni KMPk, Cik Puan Noor Marinah Sahri untuk mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar Program Matrikulasi yang akan menduduki PSPM dan ucapan Tahniah buat bakal pelajar Program Matrikulasi sesi 2016/17.




Saya mewakili NGO Alumni Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pelajar Program Matrikulasi seluruh Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan semester akhir bermula hari ini.

Manfaatkan masa yang ada untuk pecutan terakhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Mantapkan
 hafalan dan kefahaman ilmu yang diperolehi sepanjang sesi pembelajaran di matrikulasi. Jangan pernah lelah dalam menimba ilmu dan beramallah dengan ilmu yang dipelajari.


"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.” - Imam Syafie


Sebelum menghadapi peperiksaan, mohonlah restu daripada ibu dan ayah serta semua pensyarah. Semoga semuanya dipermudahkan.


Buat yang terbaik! Anda selangkah menuju alam universiti.


Tidak dilupakan, setinggi-tinggi ucapan tahniah buat semua pelajar lepasan SPM yang mendapat tempat untuk menyambung pelajaran dalam Program Matrikulasi bagi sesi 2016/17.

Manfaatkan peluang yang diperolehi bagi mencapai cita-cita kalian dan jangan sia-siakan peluang ini. Rahsia kecemerlangan di matrikulasi adalah 'RAJIN'. 

Sesungguhnya Allah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Yakinlah!

Kepada bakal pelajar Kolej Matrikulasi Perak, NGO Alumni KMPk mengalu-alukan kedatangan warga baru KMPk ke tempat pengajian nan indah ini. 

'Menuju Alumni Berprestij!'

Noor Marinah Sahri
Naib Presiden 1
NGO Alumni KMPk

Team Alumni Gigih (TAG) Gigih Melangkah!

Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan rasmi Presiden NGO Alumni KMPk, Tuan Hilmi Ismail bagi memperkenalkan Team Alumni Gigih (TAG) kepada umum.




Alhamdulillah, NGO Alumni KMPk bagi sesi 2016/18 telah selesai menjalankan program 'Retreats' bersama AJK yang dilantik. Pelbagai perancangan yang terperinci telah dibuat bagi memastikan visi, misi dan objektif persatuan untuk sesi kali ini tercapai.
Kesemua AJK ini digelar 'Team Alumni Gigih' atau lebih dikenali sebagai TAG. Nama ini bertepatan dengan semangat dan kegigihan yang ditonjolkan para AJK dalam mencorak langkah persatuan ini dengan lebih jauh.

Untuk makluman, TAG telah ditubuhkan buat kali pertama pada lepas iaitu sesi 2014/16. Walaupun datang daripada pelbagai latar belakang dan umur yang berbeza, ahli TAG mampu bersama dan bersatu menjadi satu unit yang bergerak dengan efisien.


TAG ini terdiri daripada AJK daripada Jabatan Setiausaha, Jabatan Bendahari, Biro Pembangunan Kualiti, Biro Multimedia Kreatif, Biro Perhubungan dan Biro Rangkaian Kerjaya.

Kami masih lagi membuka peluang kepada semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak untuk menjadi ahli Team Alumni Gigih. Tidak ada sebarang yuran yang dikenakan. Syarat utama adalah komitmen dan semangat untuk melihat persatuan ini berjaya.

Saya memohon sokongan penuh daripada semua ahli NGO Alumni KMPk kepada kami. Semoga persatuan ini dapat terus melangkah jauh ke hadapan.

'Menuju Alumni Berprestij'

Hilmi Ismail
PresidenNGO Alumni KMPk

Tuesday, April 12, 2016

Retreats NGO Alumni KMPk Demi Kelancaran Gerak Kerja Persatuan

Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan rasmi Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk berkenaan program 'Retreats' yang dijalankan untuk Team Alumni Gigih (TAG).



NGO Alumni KMPk akan mengadakan program 'Retreats' pada 14 sehingga 17 April ini yang mana ia adalah kursus santai Pegawai NGO Alumni KMPk bersama ahli jabatan dan exco seperti yang telah ditetapkan semasa Kursus Pengurusan Organisasi yang diadakan pada Februari lalu.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk merancang dan menyelaraskan gerak kerja antara Jabatan dan Exco serta memberi kelancaran dalam gerak kerja persatuan ini. Selain itu, ia bertujuan mewujudkan sebuah persatuan yang tersusun dalam sistem organisasi sejajar dengan moto 'Menuju Alumni Berprestij!'.

Akhir kata, semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan impak yang terbaik.

"Menuju Alumni Berprestij"

Abdullah Zahid Shaharudin
Pengarah
Retreats 2016

Saturday, April 9, 2016

Bantahan Terhadap Cadangan Penamatan Sistem Matrikulasi

NOTA EDITOR: Kenyataan oleh Presiden NGO Alumni KMPk ini adalah respon terhadap artikel berkenaan cadangan untuk menamatkan sistem matrikulasi oleh ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud. Baca artikel tersebut disini.




Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pelajar lepasan SPM 'takut' untuk masuk ke dalam sistem Matrikulasi kerana guru-guru disekolah dan ahli keluarga mengatakan Matrik ini susah. Pengambilan pelajar ke matrikulasi juga semakin berkurangan.

Fenomena takut ke matrikulasi ini merupakan satu perkara yang amat pelik. Sistem Matrikulasi KPM telah berjaya melahirkan ramai pakar dan profesional yang mempunyai kemahiran dalam memajukan negara. Ramai doktor, engineer, pakar IT dan pelbagai lagi yang lahir dari sistem matrikulasi.

Mustahil pembelajaran di matrikulasi itu susah sekiranya mereka benar-benar fokus di dalam sesi pembelajaran. Kebanyakan yang gagal di matrikulasi adalah mereka yang banyak bermain dan ponteng kuliah.

Pada hemat saya, para pelajar yang MALAS dan suka BERMAIN di dalam kelas berpunca daripada kekurangan pendedahan mengenai kepentingan pendidikan dan perancangan kerjaya di masa hadapan. Ini menyebabkan mereka belajar tanpa hala tuju. Perkara ini perlu diselesaikan di peringkat sekolah lagi oleh ibu bapa dan guru. Ini lah punca utama pelajar tidak 'matang' seperti disebut YB.

Belajar di Matrikulasi adalah percuma. Bahkan di'bayar' elaun setiap semester. Kenapa masih 'takut' untuk masuk ke matrikulasi?

'Menuju Alumni Berprestij!'


Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk