Social Icons

twitterfacebook

Monday, September 27, 2010

Pendaftaran Keahlian (Online) Kini Dibuka!!!

Setelah menunggu lama untuk mendaftar menjadi ahli rasmi persatuan alumni KMPk, akhirnya kami telah membuka pendaftaran secara online untuk semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang ingin bergerak aktif bersama alumni dan memberi sumbangan kepada Kolej Matrikulasi Perak tercinta.

Sebelum itu, sila baca perkara-perkara di bawah terlebih dahulu.

  • Syarat-syarat mendaftar :
  1. Merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak.
  2. Telah habis belajar di Kolej Matrikulasi Perak.

  • Yuran Pendaftaran :
  1. Yuran Tahunan - RM 10.00 sahaja.
  2. Yuran Seumur hidup - RM 100.00 sahaja.
  3. Yuran Pendaftaran - RM 3.00 sahaja.
Terdapat dua jenis yuran yang dikenakan pihak persatuan kepada ahli-ahli yang baru mendaftar. Seperti di atas yuran tersebut adalah yuran tahunan dan yuran seumur hidup.

Anda boleh memilih untuk membuat bayaran salah satu jenis yuran dengan disertakan yuran pendaftaran.

Maka, jika anda memilih untuk membayar yuran tahunan jumlah yang anda perlu bayar ialah RM 13.00 sahaja dan RM 103.00 sahaja jika anda memilih untuk membayar yuran seumur hidup.

Pendaftaran yang dibuat secara online diwajibkan untuk membuat pembayaran yuran secara bank-in atau online transfer atau ATM transfer ke akaun sementara persatuan iaitu Maybank 162263378798 (Mohd Lutffi Abd Latif).

  • Kelebihan mendaftar sebagai ahli persatuan alumni :
  1. Setiap program yang dijalankan oleh persatuan akan dimaklumkan melalui email anda.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada alumni yang telah berdaftar sebagai ahli bagi menyertai program yang melibatkan alumni. (Contoh: AJK Orentasi Minggu Pengurusan Pelajar Baru)
  3. Memudahkan pihak persatuan untuk memanggil semula para alumni yang berkelapangan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan di matrikulasi. (Contoh: Sireh Pulang Ke Gagang)

Jadi, pihak persatuan amatlah berharap agar para alumni yang selalu merindui dan ingin berbakti kepada Kolej Matrikulasi Perak dapat mendaftarkan diri masing-masing sebagai ahli persatuan yang rasmi.

Sila klik untuk mengisi borang keahlian Persatuan Alumni KMPk Borang Pendaftaran Online.

Setiap permohonan pendaftaran yang berjaya di proses akan di maklumkan melalui email.

Maklumat tambahan

Yuran Tahunan
Yuran jenis ini perlu dibayar setiap tahun bermula dari tarikh anda mendaftar menjadi ahli. Jumlah yang perlu di bayar hanya RM 10.00 sahaja. Peringatan pembayaran yuran akan di hantar melalui email dan juga ke alamat rumah anda. Keahlian anda akan terbatal secara automatik jika anda tidak membayar yuran tersebut dalam tempoh sebulan dari tarikh peringatan pembayaran yuran di hantar.

Yuran Seumur Hidup
Yuran ini jenis berjumlah RM100.00 sahaja. Sekiranya anda memilih untuk membayar yuran jenis ini, tiada yuran tahunan akan dikenakan. Bayaran yuran seumur hidup hanya dikenakan sekali sahaja.

Yuran Pendaftaran
Berjumlah RM 3.00 sahaja sebagai kos pendaftaran dan hanya di bayar sekali sahaja semasa pendaftaran kali pertama bersama-sama dengan yuran persatuan (mengiku jenis yuran yang dipilih)

Keahlian
Setiap permohonan keahlian yang berjaya di proses akan dimaklumkan melalui email dan kad keahlian persatuan akan di hantar ke alamat rumah anda. Pastikan setiap maklumat yang di isi adalah benar dan tepat. Keahlian akan terbatal sekiranya anda melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan persatuan.

PERINGATAN
Setiap alumni diingatkan untuk membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang pendaftaran online bagi memudahkan pihak anda mengisi ruang tarikh, masa dan jenis yuran dan cara pembayaran yang telah dibuat pada borang pendaftaran online nanti.