Social Icons

twitterfacebook

Friday, August 13, 2010

Jejak Siswa

Perkara Satu

Terkini dari Kolej Matrikulasi Perak, kaunselor kita telah meminta bantuan alumni bagi menjejaki para pelajar sesi 2009/2010 yang lepas, kini tahun 1 di IPT untuk simpanan data.

Butir-butir yang diperlukan hanya NAMA PENUH, JURUSAN DI IPT dan NAMA IPT.

Bagi memudahkan kutipan data tersebut kami telah menyediakan satu borang online yang boleh di dapati di http://bit.ly/9IwuQv

Isikan borang tersebut dan seterusnya sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan anda yang pernah belajar di KMPk sepanjang sesi 2009/2010. Sebagai penegasan, kutipan data ini hanya untuk bekas pelajar sesi 2009/2010 sahaja.

Tarikh serahan data-data tersebut oleh pihak alumni kepada kaunselor kolej ialah pada 18 September 2010.


Perkara 2


Sepanjang bulan Ramadhan ini, akan berlangsungnya Bazar Juadah Berbuka bertempat di tempat parking kereta HEP.

Pihak kolej telah berbesar hati untuk mempelawa mana-mana alumni yang berada di sekitar Gopeng dan Ipoh untuk turut berniaga di bazar tersebut.

Mana-mana alumni yang berminat sila hubungi pihak kolej sebelum AHAD (15.8.2010) ini bagi urusan tapak gerai jualan. Sewa tapak hanya RM150!

Jika berminat cepat-cepat bertindak.


Perkara 3


Nantikan Karnival Kolej Matrikulasi Perak pada hujung November ini! yeay!