Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, March 14, 2012

Kursus Pengurusan Operasi 2012 (KPO)



Salam Sayang. Sekembalinya dari SIREH Pulang Ke Gagang VI kira-kira sebulan yang lalu, organisasi baru Alumni KMPk telah dilantik secara majoriti melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Para pimpinan yang dilantik akan memegang amanah selama 2 tahun bagi sesi 2012/2014.

MT yang Kacak Bergaya lagi Ayu Manja =)

Exco yang Comel =)

Sehubungan dengan itu, bagi memantapkan lagi sesi pimpinan Alumni KMPk kali ini, sebuah kursus telah selamat dijayakan baru-baru ini yang dinamakan Kursus Pengurusan Operasi (KPO) 2012. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 – 11 Mac 2012
Tempat : Sekitar Shah Alam

Kursus yang diadakan selama 3 hari ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menerajui sebuah badan organisasi bukan kerajaan (NGO) seterusnya memantapkan lagi Alumni KMPk dalam menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya Alumni dan pelajar semasa Kolej Matrikulasi Perak.

Apa yang menarik, beberapa slot telah dibahagikan dan diberi pengisian yang berguna dalam menonjolkan kredibiliti sebagai pemimpin. Antaranya slot "Keorganisasian Al-FATEH" yang disampaikan oleh Tuan Syaari Abd Rahman, slot C.A.N LEAD oleh Saudari Nur Mastura Mansor a.k.a Kak Mas sebagai Consultant dari NTT Training & Consultancy dan slot 

Dalam kesibukan mengharungi kehidupan, tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi Alumni KMPk serta barisan exco kerana sudi memberikan komitmen yang tinggi. Maklumlah, ada yang sudah bekerja dan ada juga yang masih belajar . Semoga segala jasa baik dan titik peluh anda diberkati dunia akhirat.
Secara ringkas, antara beberapa perkara penting yang telah dibincangkan sepanjang kursus ini ialah Visi, Misi dan Matlamat Alumni KMPk dalam melaksanakan program yang bermanfaat.

VISI

Jangka panjang

Menerajui NGO Alumni Kolej-kolej Matrikulasi Di Malaysia

Jangka pendek

Penjenamaan Semula Keorganisasian Persatuan Alumni KMPk

MISI 
  •  Meningkatkan pendaftaran dan penglibatan ahli alumni sebanyak 100%.
  •  Membantu pihak kolej dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  •  Menyelaraskan segala sistem dokumentasi persatuan.


Selain merencanakan strategi dalam mencapai visi dan misi di atas, perkara penting seperti prosedur pendaftaran ahli secara online turut dibahaskan dengan teliti dan diperbaharui sistemnya agar lebih sistematik dan mesra ahli. Nantikan sistem pembayaran secara online ini yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Antara kelebihan menjadi ahli ialah:

·         Ahli yang mendaftar akan mendapat kad keahlian di mana diskaun 20% diberikan bagi sebarang program berbayar Alumni KMPk.

Maklumat lanjut berkenaan sistem pendaftaran ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat =)

Tidak ketinggalan juga, sesi pimpinan Alumni KMPk bagi sesi 2012/2014 telah merancang dengan teliti variasi program sepanjang 2 tahun ini yang telah disatukan sebagai takwim Alumni KMPk.

Justeru, dalam mempertahankan status Alumni KMPk sebagai NGO, marilah sama-sama memberikan sokongan agar kemanisan ukhwah antara kita dapat dirasai bukan hanya semasa program bahkan di luar batasan pertemuan. Sokongan anda, inspirasi Alumni KMPk! Sekian, nantikan program  seterusnya =)