Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, December 11, 2012

GET TO KNOW 2013 Datang Lagi!

Assalamualaikum wbt.
Salam bahagia, salam keamanan!



Insya Allah pada 23 februari 2013 akan datang, akan diadakan satu program yang diberi nama GET TO KNOW di Kolej Matrikulasi Perak. Program ini adalah anjuran Alumni Kolej Matrikulasi Perak bersama pihak KMPk sendiri.

Program GET TO KNOW ini adalah satu program pendedahan awal bagi bidang-bidang dan Universiti kepada para pelajar KMPk, dimana kita akan mengadakan kerjasama dengan MPP dan beberapa wakil Alumni KMPk dari setiap universiti untuk membuka booth dan mempromosikan universiti masing-masing dan memberi pencerahan kepada para pelajar KMPk dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa di unirversiti

Maka dengan ini, kami membuka pendaftaran untuk mencari sukarelawan  bagi sesiapa yang berminat dalam 2 kategori :

1) Sukarelawan AJK Gerak Kerja Get To Know - Mejadi AJK dalam melaksanakan program ini
2) Sukarelawan Wakil Universiti  - Membantu pihak universiti yang dijemput dalam memberi penerangan kepada para pelajar KMPk


Kriterianya adalah seperti dibawah :

AJK Gerak kerja 
  1. Mestilah bekas pelajar KMPk 
  2. Komited dalam tugas 
  3. Boleh berada di KMPk sehari awal sebelum program dijalankan.
Wakil Universiti
  1. Mestilah bekas pelajar KMPk 
  2. Memahami cara pengendalian di Universiti
  3. Boleh berada di KMPK semasa program dijalankan


JOM rebut peluang ini! Bila lagi kan dapat ke KMPk. Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk berbakti kepada KMPk. InsyaAllah.

KLIK SINI jika berminat untuk menjadi AJK Gerak kerja GET TO KNOW
KLIK SINI jika berminat untuk menjadi Wakil Univerisiti 

ATAU boleh KLIK pada TAB LINK di atas blog ini.

JOM!


Friday, December 7, 2012

Pandang-pandang GET READY TO NIKAH

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Salam bahagia, salam keamanan!

Alhamdulillah, atas sokongan Alumni semua, akhirnya program berjaya dilaksanakan walaupun dalam keadaan yang sederhana. Terima kasih semua! Ini antara gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang program.

InsyaAllah selepas ini, ada banyak lagi aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Alumni. Jangan malu, jangan segan untuk turut serta walaupun sudah meninggalkan alam matrikulasi bertahun-tahun lamanya. WE ARE A FAMILY!

ALUMNI FAMILY!

Alangkah ruginya siapa yang tidak turut serta (seperti penulis sendiri!). Maka selepas ini, JOM rebut peluang untuk turut serta, menimba ilmu, melakar kenangan bersama warga Alumni bersama-sama. InsyaAllah.

Terimalah PANDANG-PANDANG GET READY TO NIKAH!

Tuan Presiden Alumni, Faiz dan Tuan Naib Presiden 1 bersama Tuan AMIN IDRIS
[Terus bersemangat dalam pelaksanaan aktiviti]

Sepanjang program dijalankan, slot pertama bersama Tuan AMIN IDRIS dan slot kedua bersama Puan MUNA 'IZZAH. Menarik! Banyak praktikal dijalankan dalam program ini.

Ada ke yang bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni? :)

Happy! Apa agaknya yang best dekat depan tu? :)

Bersama Puan MUNA 'IZZAH :)

Moga bermanfaat buat semua! :)
Next! GET TO KNOW 2012
Nantikan perkembangan seterusnya. Teruskan bersama kami :)
InsyaAllah.