Social Icons

twitterfacebook

Monday, December 20, 2010

Sebiru Hari Di Malam Interpretasi Harapan

Assalamualaikum..Salam ceria...!! Buat yang setia menghadirkan diri saban tahun pada aktiviti tahunan yang begitu gah diadakan bersama barisan alumni KMPK, pasti tidak asing lagi dengan aktiviti ‘Sireh Pulang Ke Gagang (SPKG)’ kerana berjaya mengumpulkan kembali dan menggamit n0stalgia para alumni KMPK..Namun, pada tahun 2010 yang sudah sampai ke penghujungnya, SPKG tidak diadakan dan digantikan dengan Malam Interpretasi Harapan..Apa ada pada namanya yang begitu simb0lik? Semegah namanya, seindah kenangan yang tercipta pada malam itu…Pasti ada yang tertanya-tanya? “ Eh, apakah Malam Interpretasi Harapan nie? Dengar macam best ja..” Jawab admin, mestilah best..Apa-apa sahaja pr0gram yang dibuat 0leh alumni KMPK sentiasa berusaha untuk memberikan kepuasan kepada anda semua..=)

Berbalik kepada cerita kita..Malam Interpretasi Harapan a.k.a Dinner yang diadakan pada tanggal 11 Disember 2010 bertempat di H0tel Grand Kampar..Keunikan dinner yang diadakan kali ini berbanding SPKG yang tiap-tiap tahun diadakan ialah majlis makan malam @ dinner yang dibuat di luar KMPK..Buktinya, H0tel Grand Kampar dipilih bagi mengabadikan sejuta kenangan para alumni yang sudi melapangkan masa..Namun, sebelum saya menaip lebih panjang perjalanan majlis makan malam yang begitu meriah, izinkan saya memperkenalkan barisan AJK yang telah bertungkus lumus meluangkan masa dan menyumbang idea dalam menjayakan dinner ini..=)

Segalanya bermula di sini, tanggal 04 Disember 2010..

K.A.M.I, 6 bersaudara bertemu di KMPK..bertemu untuk menyumbang tenaga mengatur acara majlis makan malam kali ini..Pengarah pr0gramnya, Lutfi a.k.a Abg Lulu hadir bersama dua jejaka yang lain iaitu Luqman a.k.a Abg Adeq dan Hakym a.k.a Pen..Manakala siswi yang hadir ialah Suhaila, Ummi dan Illea..Kami berenam tidak pernah mengenali..mungkin hanya bersua nama barangkali..Apa yang pasti selama seminggu di KMPk mengajar kami beribu erti..erti kemanisan bersaudara..dan kerjasama..=)

Hari pertama bekerjasama secara rasmi, kami diagihkan kepada tugas masing-masing..hari pertama, kejanggalan sudah dapat diatasi..cabaran pertama, menyiapkan kad jemputan untuk para VIP..siapakah VIP nya? Sudah tentulah para pensyarah..pensyarah didahulukan, kad jemputan disiapkan..=) Lebih kurang 200 + kad berjaya kami siapkan dalam masa setengah hari..walaupun pada mulanya ada sedikit salah faham dengan printer kesayangan bilik JPP..” Yes! “ Kami begitu gembira apabila masalah printer berjaya diselesaikan dengan mudahnya..misi hari itu, mengedarkan kesemua kad jemputan pada pensyarah sambil menerangkan dan mempr0m0sikan Malam Interpretasi Harapan pada para pensyarah..=) Berbagai gelagat dapat dilihat..menjelang lewat petang, badan menuntut untuk rehat..pada sebelah malamnya, diadakan meeting bersama JPP untuk memperkenalkan pada mereka k0nsep majlis makan malam yang kami bawakan..0pps! Lupa pula untuk saya jelaskan di sini..Tidak lengkap rasanya sesebuah majlis makan malam tanpa tema @ k0nsepnya..Jadi, tema pada malam itu ialah ‘Santai senp0i’, di mana para hadirin dibenarkan berpakaian kasual seperti t-shirt tanpa perlu pening kepala memikirkan baju yang grand untuk digayakan..Best kan? =)

Hari kedua..menyiapkan n0tis untuk diedarkan kepada para pelajar..fuh! mencabar minda dan jiwa raga..memerah idea bagaimana ingin menarik minat para pelajar semasa untuk turut sama memeriahkan dinner bersama alumni..fikir..fikir..fikir…! Dan akhirnya n0tis berjaya ditampal di setiap bl0k asrama dan di sekitar kmpk..pada sebelah malamnya..SURPRISE!! Terkejut kami dibuatnya melihat sebuah kek bercahayakan beberapa lilin terpampang di depan mata..” Eh, kek apa nie? Bitrhday siapa hari nie?”, tanya salah se0rang dari kami..” Nah! Kek untuk kita berenam la..sempena menyuntik semangat dalam mengumpul 100 0rang pelajar semasa dan 50 0rang pensyarah..”, balas Abg Adeq sambil tersenyum riang..Wah..terima kasih…dengan gembiranya kek blueberry lenyap ditelan bersama senyuman yang tak lekang di bibir kami..sambil memikirkan strategi seterusnya pada hari es0k..=)

Hari ketiga..pagi disambut dengan ceria..berbekalkan azam dan semangat, kaki melangkah ke kubikel pensyarah bagi menuntut resp0n untuk ke majlis makan malam sambil mengutip bayaran..untuk makluman semua, bayaran yang dikenakan sebanyak RM30 untuk para alumni, pensyarah dan pelajar semasa..fuh! Tingkat demi tingkat didaki..tak kira masa dan ketika..kami terus berusaha mempr0m0sikan kepada para pensyarah..dan akhirnya menjelang lewat petang, seramai 10 0rang pensyarah bersetuju untuk memeriahkan dinner alumni..sekalung penghargaan diucapkan! Jeng3..malam menampakkan dirinya kala siang melabuhkan tirai…masa untuk membalut hamper-hamper..wah! banyaknya hamper yang perlu dibalut…Nampak mudah pada mulanya namun memerlukan skill juga..=) Cubaan pertama tidak menjadi..” Sedihnya teng0k hamper nie..buruk ja..”, keluh abang adeq..” Ayuh! Jangan give up..banyak lagi nie..”, kata ilea..Jadi, kami pun berganding bahu membalut hamper sehingga lewat malam..akhirnya, kesemua hamper berjaya dibalut dengan cantiknya..alhamdulillah..=)

Hari keempat, kemesraan antara kami semakin dirasai..walau berbeza, kami punya misi yang sama..mencipta mem0ri di tempat yang sama..kesibukan semakin dirasa..tugas-tugas yang diberikan masih tidak selesai..pada siangnya, ke hulu ke hilir mengumpul nama para pelajar..pada malamnya, membingitkan bl0k asrama dengan pengumuman kepada para pelajar..dan akhirnya data dapat dikemas kini..seramai 180 pelajar berjaya kami dapatkan…terima kasih adik-adik batch 2010/2011 yang sudi memeriahkan lagi majlis makan malam bersama alumni ini…=)

Hari kelima, detik yang ditunggu semakin tiba..tinggal sehari sahaja lagi..bilik JPP yang merupakan markas kami berenam semakin meriah dengan kehadiran seni0r yang dikenali ramai, Abang Pian, batch pertama sekali..ditambah pula dengan kehadiran Kak Syidah, Kak Mira a.k.a Cik K0tak, dan Abg Shahrul..bergandingan dengan Kak Mas yang sanggup berulang-alik dari tempat kerjanya..riuh rendah suasana memandangkan sudah lama tidak bersua..banyak bicara yang ingin dik0ngsi bersama..sambil para AJK menyiapkan n0mb0r cabutan bertuah dan menyelesaikan tugas-tugas yang sepatutnya disiapkan..pada lewat petangnya, sesi taklimat bersama pelajar semasa dan JPP diadakan bagi memaklumkan kepada mereka tempat pendaftaran dan masa berkumpul untuk bert0lak ke h0tel..sebanyak 2 bas kesayangan KMPK disediakan untuk kemudahan para pelajar dan alumni..=)

Hari keenam, tanggal 11 Disember 2010..detik yang ditunggu tinggal beberapa jam sahaja lagi..sambil meneliti barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke h0tel, tangan pantas bergerak menyiapkan segala keperluan yang masih terbengkalai..jam 2 petang, para AJK dan pelajar yang terlibat dengan persembahan berangkat meninggalkan KMPK ke h0tel bagi sesi rehearsal agar majlis makan malam berjalan dengan lancar..iya la..nak susun n0mb0r meja..nak susun hadiah..nak susun barang-barang persembahan..segalanya memerlukan masa yang secukupnya..manakala AJK yang terlibat dengan pendaftaran masih setia di KMPK bagi memastikan perjalanan para pelajar dan alumni yang terlibat..bahangnya mula terasa..tik..t0k..tik..t0k..bunyi jam tangan masing-masing menandakan majlis makan malam yang gilang gemilang akan bermula tidak lama lagi..perjalanan dari KMPK ke H0tel Grand Kampar mengambil masa selama lebih kurang 25 minit tidak dirasai lantaran debaran yang begitu membara..sampai sahaja di perkarangan h0tel, masing-masing mempamerkan senyuman..semuanya tampak segak bergaya..=)

Jam 9 malam…semua tetamu sudah memenuhi dewan makan..majlis dimulakan dengan kata alu-aluan 0leh Pengacara Majlis, Ummi..Selesai bacaan d0a, kelihatan kelibat Abg Pian tampil ke hadapan pentas memberikan ucapan tanda menghargai kedatangan para tetamu..Tampil pula Puan R0syidah, insan yang banyak berjasa dalam memberikan s0k0ngan kepada para alumni memberikan sepatah dua kata sekaligus merasmikan Malam Interpretasi Harapan yang julung-julung kali diadakan di luar KMPK..gimik perasmian begitu menarik perhatian apabila p0ppers diletupkan 0leh Abg Pian dan Puan R0syidah di atas pentas diiringi letupan p0ppers di kanan dan kiri pentas tanda menghargai kehadiran semua tetamu…ternyata sambutan yang diberikan cukup mengharukan..sambil para tetamu enak menikmati makanan, pelbagai persembahan disajikan di pentas utama bagi menghiburkan tetamu..di selang-selikan dengan acara cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah berupa hamper kepada mereka yang bertuah..Gelak, tawa, senyum dan senda yang dipamerkan pada malam itu kan sentiasa berputar di layar fikiran dan tersimpan kukuh di ingatan kami..Persembahan tarian, “ N0b0dy” yang dip0pularkan 0leh artis dari K0rea mengakhiri persembahan pada malam itu..sungguh c0mel sekali lagak para penari yang terdiri dari AJK lelaki..ramai yang tercuit dengan aksi mereka..
Nampaknya sampai di sini saja pertemuan kita di dunia maya kali ini..berakhirlah sudah epis0d alumni di KMPK pada layar tahun 2010..Malam Interpretasi Harapan kan tetap terpahat di ingatan kami dan anda semua yang telah menghadirkan diri..Di bawah ini, disajikan gambar-gambar yang berjaya diambil bagi mengabadikan kenangan yang tercipta..Sebiru Hari Ini..=)


Kak Syidah & Kak Mira sibuk menyiapkan sijil-sijil...aik..senyumlah sikit..=)


Abg Lulu ( baju belang ) bersama Hakym..terbalik mike yang kamu pegang..=p


Ummi bersama Hakym khusyuk mengadap lappy masing-masing..ish3...


Kak Mira, Abg Adeq dan Illea bekerjasama membalut hadiah..ha..buat kerja cepat!!


Illea sempat lagi bermain chess..Aik, Sue, awat sedih ja nampak..( tudung pink )..


" Sedihnya hamper nie tak jadi..apa la nasib badan..", kata Abg Adeq sambil memeluk hampernya..


Cubaan pertama membalut hamper...=)


Surprise!!!! Nah! Kek untuk kita berenam..=)


Sempat lagi p0sing di h0tel...Buat kerja la!!!


Kak Mira bersama Abg Apai..=)


Abg Hilmi dengan hampernya...nak sikit!!


Puteri idaman KMPK..=)


Abg Pian dengan senyuman manisnya..=)


Jejaka idaman KMPK..=)


Sebahagian VIP dan VVIP yang hadir..arigato!!! =)


Ish3...mereka nie yang suka berp0sing...muka layu sebab x sempat makan..

Illea, Ummi dan Hakym bersama Abg Faiz...


VVIP yang sp0rting...arigato!!!


Gelagat para pensyarah bersama suami masing-masing...=)


Abg Apai, Hakym dan Kak Mira..hanya mampu tersenyum..=)

Seindah hari ini..
Indahnya bak permaidani taman syurga..
Seindah hati kita..
Walau kita kan terpisah...

Jumpa lagi semua..!!! =) InsyaAllah..

Monday, September 27, 2010

Pendaftaran Keahlian (Online) Kini Dibuka!!!

Setelah menunggu lama untuk mendaftar menjadi ahli rasmi persatuan alumni KMPk, akhirnya kami telah membuka pendaftaran secara online untuk semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang ingin bergerak aktif bersama alumni dan memberi sumbangan kepada Kolej Matrikulasi Perak tercinta.

Sebelum itu, sila baca perkara-perkara di bawah terlebih dahulu.

  • Syarat-syarat mendaftar :
  1. Merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak.
  2. Telah habis belajar di Kolej Matrikulasi Perak.

  • Yuran Pendaftaran :
  1. Yuran Tahunan - RM 10.00 sahaja.
  2. Yuran Seumur hidup - RM 100.00 sahaja.
  3. Yuran Pendaftaran - RM 3.00 sahaja.
Terdapat dua jenis yuran yang dikenakan pihak persatuan kepada ahli-ahli yang baru mendaftar. Seperti di atas yuran tersebut adalah yuran tahunan dan yuran seumur hidup.

Anda boleh memilih untuk membuat bayaran salah satu jenis yuran dengan disertakan yuran pendaftaran.

Maka, jika anda memilih untuk membayar yuran tahunan jumlah yang anda perlu bayar ialah RM 13.00 sahaja dan RM 103.00 sahaja jika anda memilih untuk membayar yuran seumur hidup.

Pendaftaran yang dibuat secara online diwajibkan untuk membuat pembayaran yuran secara bank-in atau online transfer atau ATM transfer ke akaun sementara persatuan iaitu Maybank 162263378798 (Mohd Lutffi Abd Latif).

  • Kelebihan mendaftar sebagai ahli persatuan alumni :
  1. Setiap program yang dijalankan oleh persatuan akan dimaklumkan melalui email anda.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada alumni yang telah berdaftar sebagai ahli bagi menyertai program yang melibatkan alumni. (Contoh: AJK Orentasi Minggu Pengurusan Pelajar Baru)
  3. Memudahkan pihak persatuan untuk memanggil semula para alumni yang berkelapangan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan di matrikulasi. (Contoh: Sireh Pulang Ke Gagang)

Jadi, pihak persatuan amatlah berharap agar para alumni yang selalu merindui dan ingin berbakti kepada Kolej Matrikulasi Perak dapat mendaftarkan diri masing-masing sebagai ahli persatuan yang rasmi.

Sila klik untuk mengisi borang keahlian Persatuan Alumni KMPk Borang Pendaftaran Online.

Setiap permohonan pendaftaran yang berjaya di proses akan di maklumkan melalui email.

Maklumat tambahan

Yuran Tahunan
Yuran jenis ini perlu dibayar setiap tahun bermula dari tarikh anda mendaftar menjadi ahli. Jumlah yang perlu di bayar hanya RM 10.00 sahaja. Peringatan pembayaran yuran akan di hantar melalui email dan juga ke alamat rumah anda. Keahlian anda akan terbatal secara automatik jika anda tidak membayar yuran tersebut dalam tempoh sebulan dari tarikh peringatan pembayaran yuran di hantar.

Yuran Seumur Hidup
Yuran ini jenis berjumlah RM100.00 sahaja. Sekiranya anda memilih untuk membayar yuran jenis ini, tiada yuran tahunan akan dikenakan. Bayaran yuran seumur hidup hanya dikenakan sekali sahaja.

Yuran Pendaftaran
Berjumlah RM 3.00 sahaja sebagai kos pendaftaran dan hanya di bayar sekali sahaja semasa pendaftaran kali pertama bersama-sama dengan yuran persatuan (mengiku jenis yuran yang dipilih)

Keahlian
Setiap permohonan keahlian yang berjaya di proses akan dimaklumkan melalui email dan kad keahlian persatuan akan di hantar ke alamat rumah anda. Pastikan setiap maklumat yang di isi adalah benar dan tepat. Keahlian akan terbatal sekiranya anda melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan persatuan.

PERINGATAN
Setiap alumni diingatkan untuk membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang pendaftaran online bagi memudahkan pihak anda mengisi ruang tarikh, masa dan jenis yuran dan cara pembayaran yang telah dibuat pada borang pendaftaran online nanti.


Friday, August 13, 2010

Jejak Siswa

Perkara Satu

Terkini dari Kolej Matrikulasi Perak, kaunselor kita telah meminta bantuan alumni bagi menjejaki para pelajar sesi 2009/2010 yang lepas, kini tahun 1 di IPT untuk simpanan data.

Butir-butir yang diperlukan hanya NAMA PENUH, JURUSAN DI IPT dan NAMA IPT.

Bagi memudahkan kutipan data tersebut kami telah menyediakan satu borang online yang boleh di dapati di http://bit.ly/9IwuQv

Isikan borang tersebut dan seterusnya sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan anda yang pernah belajar di KMPk sepanjang sesi 2009/2010. Sebagai penegasan, kutipan data ini hanya untuk bekas pelajar sesi 2009/2010 sahaja.

Tarikh serahan data-data tersebut oleh pihak alumni kepada kaunselor kolej ialah pada 18 September 2010.


Perkara 2


Sepanjang bulan Ramadhan ini, akan berlangsungnya Bazar Juadah Berbuka bertempat di tempat parking kereta HEP.

Pihak kolej telah berbesar hati untuk mempelawa mana-mana alumni yang berada di sekitar Gopeng dan Ipoh untuk turut berniaga di bazar tersebut.

Mana-mana alumni yang berminat sila hubungi pihak kolej sebelum AHAD (15.8.2010) ini bagi urusan tapak gerai jualan. Sewa tapak hanya RM150!

Jika berminat cepat-cepat bertindak.


Perkara 3


Nantikan Karnival Kolej Matrikulasi Perak pada hujung November ini! yeay!

Sunday, June 20, 2010

Kem Induksi 24 Hours JPP

Salamun'alaik dan selamat sejahtera kepada semue warga KMPk. Alhamdulillah selesai la sudah Kem Induksi 24 Hours JPP yg telah berlangsung pada 12 hingga 13 Jun 2010 baru-baru ni dan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) untuk pelajar program dua tahun (PDT) yang berlangsung dari 14 hingga 19 Jun baru-baru ni.

Satu minggu yg sangat menarik dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua AJKO yang terlibat yang bersama memeriah kan MPPB PDT kali ni dan terima kasih kepada pihak pentadbiran KMPk kerana masih memberi peluang kepada kami Alumni KMPk untuk turun berjumpa dengan adik-adik baru ni.

Ni ada sedikit gambar-gambar sepanjang program untuk tatapan umum :

KEM INDUKSI 24 HOURS JPP




MPPB PDT


dan ini adalah tayangan multimedia untuk hari penutup MPPB PDT, Enjoy~~ :

video

Saturday, May 29, 2010

Al-Fatihah

Takziah diucapkan untuk salah seorang daripada MT AlumniKMPk kita iaitu Siti Habesah atas pemergian ibundanya yang tercinta kelmarin.Moga rohnya ditempatkan dikalangan para solehah dan moga berada di bawah rahmat Allah insyaAllah.

Moga beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ni.Yakinlah bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yang telah ditetapkanNya insyaAllah.

Wednesday, May 19, 2010

Pengumuman!!!

SALAMUNALAIK...
TAHNIAH diucapkan kepada salah seorang dari MT Alumni KMPk kita kerana bakal menamatkan zaman bujang nya bulan 6 ni.
MT tersebut adalah AHMAD SUHAIMI BIN MOHD SALLEH a.k.a. ABANG SAM.

jadi pada semua AlumniKMPk dan warga KMPk, siapa-siapa yang ada kelapangan, marilah kita memeriahkan lagi majlis sambutan raja sehari Abang Sam kita.(^_^)






kami dari AlumniKMPk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Abang Sam dan bakal isteri. Moga ikatan suami isteri yang terjalin akan berkekalan hingga ke syurgaNya insyaAllah. BARAKALLAHULAKUMA(^_^).

Tuesday, May 18, 2010

Result Exam

Buat adik-adik KMPk batch 2009/2010 yang baru saja dapat tahu keputusan untuk PSPM 2, tahniah diucapkan kepada semua.

-Kepada yang berjaya dengan cemerlang, jangan lupa diri, keep your feet on the ground.Jangan lupa untuk melakukan sujud syukur kerana dari Allah juga lah datangnya segala kejayaan.

-Kepada yang dapat keputusan yang tidak sama macam yang diharapkan, jangan bersedih hati, jangan putus asa sebab ini bukan pengakhirannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kuat kan semangat dan tabah kan hati. Rezeki itu di mana-mana. Pasti ada hikmah di setiap apa yang tejadi.(^_^)

Akhir sekali kemaskinilah pemilihan UPU tu sebaik yang mungkin. Fikir masak-masak semasak yang mungkin sebelum buat pilihan.

P/S : Tidak lupa juga pada semua alumni-alumni KMPk yang result final exam juga akan keluar tak lama lagi, semoga berjaya diucapkan.(",)

MPPB 2010/2011

Alhamdulillah tamat sudah minggu pengurusan pelajar baru(MPPB) untuk pengambilan pelajar sesi 2010/2011. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MPPB kali ni terutama pihak pentadbiran KMPk.

-Semoga adik-adik pelajar KMPk baru enjoy menjalani hidup baru di KMPk. Cuma satu pesanan dari kami, ""ENJOY EVERY MINUTE OF YOUR LIFE AT KMPk".=)

-Kepada adik-adik AJKO baru, moga ini bukan kali pertama dan kali terakhir libatkan diri dalam menyumbang kepada kolej.InsyaAllah pihak Alumni akan cuba merangka dan melaksanakan lagi program-program selepas ni. Jadi adik-adik semua boleh turut serta.

-Di bawah ada sedikit tatapan umum(^_^) :