Social Icons

twitterfacebook

Saturday, February 8, 2014

Kisahnya Sireh Pulang Ke Gagang VII

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tamatlah sudah program Sireh Pulang Ke Gagang ke-7, SPKG VII malam semalam.

Bertemakan "Menuju Alumni Berprestij!", program yang diadakan sehari ini telah diisikan dengan aktiviti-aktiviti seperti Annual Grand Meeting (AGM), Explorace dan Dinner.

Seramai 91 orang alumni telah menghadirkan diri untuk memeriahkan SPKG VII kali ini.

Pendaftaran peserta ke program di KMPk bermula seawal petang jumaat, 7 Februari dan pagi Sabtu 8 Februari.

Annual Grand Meeting (AGM)






AGM dijadualkan bermula jam 9 pagi dan bertempat di LH5. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah HEP, En Aris Hanafi.
 

AGM diadakan untuk memberi ruang kepada kepimpinan Alumni KMPk sesi 2012/14 untuk membentangkan laporan aktiviti persatuan semasa dibawah kendalian mereka.

Kemudian diadakan pemilihan pucuk kepimpinan baru Alumni KMPk untuk sesi 2014/16.



Jawatankuasa Tertinggi Alumni KMPk sesi 2014/16

Presiden: Muhammad Hilmi Ismail

Timbalan Presiden: Nurul Illianida Bt Roslan

Naib Presiden 1: Rahmah Bt Mohamed Razali

Naib Presiden 2: Abu Ubaidah B Tajul Arif

Setiausaha Agung: Fatin Nabila Bt Hamsan

Naib Setiausha Agung: Nor Marinah  Bt Sahri

Bendahari Kehormat: Nor Nadzatul Ain Bt Nazurin

Naib Bendahari: Abdullah Zahid B Shaharudin


Disusuli pula dengan Pembentangan Usul dan Cadangan bagi pimpinan Alumni KMPk sesi 2014/16



Selepas zohor pula aktiviti Explorace pula.









Aktiviti terakhir dalam tentetif untuk SPKG VII adalah Dinner dengan tema A Night to Remember.












Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program SPKG VII kali ini!

:D

Semoga berjumpa lagi.

Untuk melihat gambar-gambar sepanjang SPKG VII, sila ke Group FB Alumni KMPk

Tuesday, February 4, 2014

SPKG VII 2014 di KMPk


[PENGUMUMAN SPKGVII]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengumuman yang dinantikan semua...
Sireh Pulang Ke Gagang VII kini sudah bertukar lokasi ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)!

Daftar segera di http://goo.gl/lRPX8G

Tempat : Kolej Matrikulasi Perak
Masa : 8.30 pagi - 11.00 malam
Bayaran : RM50

*anda boleh membayar DEPOSIT sebanyak RM20 dahulu dan membayar baki RM30 di tempat program.
*bayaran ini termasuk yuran pendaftaran ahli sepenggal, yuran AGM, yuran Dinner dan makan tengahari yang akan disediakan.

Bank-in kan yuran akaun Maybank - 158154284858 ( Muhammad Abu Ubaidah Bin Tajul Arif ) sebelum anda mengisi borang online tersebut

Anda akan diberikan tiket online setelah membuat pembayaran deposit dan pendaftaran online. Sila print tiket tersebut kerana anda akan memerlukan tiket itu untuk masuk ke dalam KMPk.

100 peserta terawal sahaja yang layak mendapat tempat bermalam di KMPk kerana kepadatan pelajar (terutama pelajar perempuan)

_________________________________

Tentatif :-

8hb Februari 2014 (Sabtu)

8.30 pagi - Pendaftaran peserta
9.00 pagi - Mesyuarat Agung/Annual Grand Meeting (AGM)
12.30 t/hari - Lunch
2.00 ptg - Explorace/Family Day
9.00 mlm - Majlis Makan Malam (tema: A Night To Remember)
11.00 mlm - Bersurai


Terima kasih.

Jumpa di KMPk!!