Social Icons

twitterfacebook

Saturday, February 28, 2015

ECF2015 - Gambar Sesi Get to Know!

Gambar-gambar program Education & Career Fair 2015, daripada slot "Get to Know" yang diadakan pada sebelah petang di Bilik Tutoran dan sekitar Anjung Siswa.

Tarikh program: 14 Februari 2014
Lokasi: Kolej Matrikulasi Perak
Kehadiran: Para pelajar KMPk dan para Alumni KMPk



























































Nantikan gambar-gambar daripada slot lain juga. :)

"Menuju Alumni Berprestij!"

Tuesday, February 17, 2015

Education & Career Fair 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Alhamdullilah, program ini telah berlansung dengan jayanya dengan kehadiran para pelajar ke forum 'Oh My Career' di Dewan Sri Kinta pada sesi pagi dan Get To Know di Bilik Tutoran pada petangnya. Kehadiran para Alumni yang turun memberi sokongan juga telah menambahkan lagi kemeriahan pada program kali ini. Disini, MBA ingin berkongsi gambar-gambar sebelum, semasa & selepas program.

Persediaan oleh AJK dan wakil IPT sebelum program pada keesokan hari.
AJK sedang menyiapkan bunting.



Taklimat kepada wakil IPT daripada Tuan Presiden.
Taklimat kepada wakil IPT daripada Tuan Presiden

'Opening Talk' oleh Puan Mastura Mansor dan Forum 'Oh My Career' daripada panel-panel jemputan.
Pendaftaran Alumni, di booth Alumni

Menunggu ketibaan VIP

Para pelajar semasa yang dahagakan ilmu

Mencatat untuk rujukan pada masa hadapan

Panel-panel bersama HEP dan Tuan Presiden

Pada sebelah petang program diteruskan dengan 'Get To Know' oleh wakil-wakil IPT. Di Anjung Siswa dan Bilik Tutoran.




Annual Meeting.

Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk

Selepas Annual Meeting, post mortem ringkas telah diadakan. Pada Ahad pagi, meeting untuk program Misi Pasca Banjir telah diadakan. Pengumuman untuk mencari AJK dan sukarelawan akan diumumkan. Pastikan Alumni semua peka dengan pengumuman ini. :)

Program kali ini juga mendapat respon positif daripada pelajar semasa KMPk. Diharapkan program seperti ini dapat menarik lebih ramai Alumni untuk tutun ke KMPk dan berbakti kepada masyarakat.

Jangan lupa untuk berdaftar menjadi ahli persatuan. :)

Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar program Education & Career Fair, boleh klik link ini. https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.10152598990786402&type=1

Kepada para Alumni berkerjaya, mohon kerjasama anda untuk isikan borang Alumni Berkerjaya ini bagi membolehkan kami menjayakan Rangkaian Alumni yang sedang dalam perancangan. Rangkaian Alumni ini akan menjadi medan perkongsian maklumat dan info berkenaan hala tuju lepasan matrikulasi.

Borang Alumni KMPk Berkerjaya: http://goo.gl/oHQGcH

Kepada para Alumni sekalian, kami menjemput anda untuk memberikan respon kepada Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk ini. Kami mahu mendengar pendapat dan idea anda berkenaan persatuan. :D


Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk: http://goo.gl/U30bCA

"Menuju Alumni Berprestij"

Monday, February 9, 2015

Education & Career Fair 2015 - Opening Talk



Program Education & Career Fair 2015 yang akan berlansung pada 14 Februari depan akan dimulakan dengan Opening Talk bertajuk "Hala Tuju Selepas Matrikulasi" yang akan disampaikan oleh Puan Mastura Mansor

Kenal beliau?

Beliau adalah antara Alumni-Alumni terawal yang berusaha menubuhkan NGO Alumni KMPk. Beliau juga adalah mantan Pegawai Tertinggi NGO Alumni KMPk.

Beliau sangat dikenali dalam kalangan Alumni KMPk dan juga dalam kalangan para pensyarah dengan panggilan mesranya 'Kak Mas'.


Kini beliau bekerja sebagai Career Coach dan profesional trainer di Career Cube. Pernah bekerjasama dengan pakar motivasi terkenal seperti Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi.


Para Alumni yang pernah bertemu beliau, pernah mendengar perkongsian daripada beliau pasti tahu betapa bersemangatnya beliau dalam perkongsian-perkongsian beliau. Dan seringkali semangat yang beliau bawa akan dapat juga dirasai oleh penonton-penonton.

Jadi buat adik-adik, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pastikan diri anda bersedia untuk mendengar dan menerima input daripada Puan Mastura Mansor.

Jumpa anda 14 Februari nanti. ;)

"Menuju Alumni Berprestij!'

Education & Career Fair 2015 - Panel 'Oh My Career!'

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat alumni semua. :)

Hari ini MBA ingin berkongsi serba sedikit tentang panel 'Oh My Career' semasa program Education & Career Fair pada Sabtu nanti. Seperti yang sahabat Alumni semua telah maklum, terdapat 7 orang panel daripada pelbagai kerjaya yang akan berkongsi pengalaman dengan adik-adik kita nanti.



Panel pertama 'Oh My Career' ialah Ahmad Zulkamal bin Mohd Ziyadi dari batch 07/08. Beliau dari bidang kerjaya Pembinaan dan Seni Bina. Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Architecture. Beliau pernah bekerja di Tunas Selatan Construction SDN BHD sebagai Assitant Design Coordinator. Sekarang, beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat Master di UiTM.



Panel kedua 'Oh My Career' ialah dalam bidang Kejuruteraan iaitu Hairi bin Ahmad juga dari batch 07/08. Selepas matrikulasi, beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan 'Geomatic Engineering'. Pernah bekerja di Schlumberger pada tahun 2012 hingga 2014 sebagai Seismic Engineer. Sekarang beliau merupakan seorang perunding kewangan Prudential BSN Takaful.



Panel ketiga 'Oh My Career' ialah dari batch 08/09. Nama beliau ialah Fitri Norshakila binti Muhamad. Menyambung pengajian dalam bidang pendidikan di University of Surrey pada tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2012 hingga 2013 beliau menyambung pengajian dengan mengambil sijil pascasiswazah dalam bidang pendidikan di St. Mary's University College London. Sekarang beliau merupakan seorang pensyarah Fizik di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Panel keempat 'Oh My Career' ialah seorang Jurutera. Juga dari batch 08/09 iaitu Mohd Shahrul Nizam bin Ishak. Pada tahun 2009 hingga 2013 beliau menyambung pengajian dalam bidang Software Engineering di Universiti Teknologi Malaysia. Sekarang beliau bekerja di Intel Microelectronics, Penang sebagai Software Platform Application Engineer.

Panel kelima 'Oh My Career' ialah dari batch 07/08 iaitu Fadhil bin  Mohamad Affendi. Beliau menyambung pengajian di UiTM Shah Alam pada tahun 2008 hinga 2011 dalam jurusan Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Sekarang beliau merupakan seorang Ahli Perniagaan.



Panel keenam 'Oh My Career' ialah dadri bidang Perubatan, iaitu Wan Izzah Hafizha binti Wan Othman dari batch 08/09. Mengambil bidang  Perubatan di Management & Science University (MSU). Sekarang beliau sedang menunggu posting sebagai Houseman.



Panel terakhir 'Oh My Career' juga dari bidang perubatan. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian pada tahun 2014. Dari batch 07/09, Siti Noorhidayatul Jannah binti Abdul Malik. Merupakan bekas pelajar Universiti Malaya dalam bidang Peruatan (MBBS). Sekarang beliau bekerja sebagai Pegawai Perubatan (siswazah) gred UD 41.

Semoga perkongsian dari 7 orang panel 'Oh My Career' ini dapat memberi gambaran kepada adik-adik kita untuk memilih bidang kerjaya pada masa hadapan.


"Menuju Alumni Berprestij"

Saturday, February 7, 2015

Education & Career Fair 2015 - Annual Meeting




Seperti yang diwar-warkan di laman sosial, program Education & Career Fair 2015 akan berlansung pada 14 Februari depan di Kolej Matrikulasi Perak. Antara pengisian program adalah Annual Meeting yang akan diadakan pada sebelah malam di Auditorium, LH5 KMPk.

Kenapa Annual Meeting ini diadakan?

Annual Meeting ini diadakan sebagai medan untuk para pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk membentangkan hala tuju persatuan kepada para Alumni disamping membuka peluang kepada para Alumni-bekas pelajar untuk memberikan pendapat berkenaan persatuan dan berkongsi idea tentang akiviti dan lain-lain.

Antara yang akan berlaku semasa Annual Meeting adalah;
1. Pembentangan laporan program.
2. Pembentangan hala tuju persatuan.
3. Usul perlembagaan.
4. Sesi cadangan perancangan hadapan persatuan(aktiviti dan program)
5. Sesi soal jawab
6. Pencarian ahli Team Alumni Gigih - penggerak persatuan.

Besarlah harapan kami agar sahabat-sahabat Alumni dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama dengan kami menjayakan Annual Meeting ini. Inilah antara sedikit peluang yang para Alumni dan para penggerak persatuan ada untuk mengadakan diskusi secara hadapan dan membincangkan tentang masa depan persatuan.

Jadi, dijemput sahabat Alumni semua untuk sahkan kehadiran anda dengan mengisi borang ini: http://goo.gl/pHKGog

Jumpa anda di KMPk! ;)



Tambahan 1: Kepada para Alumni berkerjaya, mohon kerjasama anda untuk isikan borang Alumni Berkerjaya ini bagi membolehkan kami menjayakan Rangkaian Alumni yang sedang dalam perancangan. Rangkaian Alumni ini akan menjadi medan perkongsian maklumat dan info berkenaan hala tuju lepasan matrikulasi.

Borang Alumni KMPk Berkerjaya: http://goo.gl/oHQGcH

Tambahan 2: Kepada para Alumni sekalian, kami menjemput anda untuk memberikan respon kepada Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk ini. Kami mahu mendengar pendapat dan idea anda berkenaan persatuan. :D


Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk: http://goo.gl/U30bCA

Education & Career Fair 2015 - Perjalanan Program



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kurang dari seminggu lagi sebelum program Education and Career Fair akan berlansung di KMPk tercinta. :-)

Disini ingin dikongsikan tentatif program. Program akan berlansung pada 14 Februari 2015, iaitu pada hari Sabtu. Bermula pada pukul 7.30 pagi para AJK akan mempersiapkan booth-booth dan gerai di anjung siswa. Pelajar semasa KMPk akan memenuhi dewan seawal jam 8.15 pagi.

Ketibaan VIP pada jam 8.45 pagi dan diteruskan dengan acara perasmian program dan gimik. Pengisian pertama program adalah 'Opening Talk' bertajuk 'Hala Tuju Selepas Matrikulasi" daripada Puan Mastura Mansor(Pengasas NGO Alumni KMPk) sebelum forum 'Oh My Career!' daripada Alumni berkerjaya yang dijemput khas.

Program diteruskan pada jam 2 petang dengan Get To Know bertempat di bilik tutorial. Para pelajar boleh mengunjungi bilik tutoran yang diingini; "1 IPT-1 Bilik Tutoran", dan booth informasi di anjung siswa. Manakala untuk para Alumni pula, anda dijemput ke bilik tutoran yang menempatkan IPT masing-masing untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar semasa.

Pada jam 8.00 malam pula Annual Meeting akan berlansung di Auditorium, LH5 KMPk. Annual Meeting ini adalah sebagai medan untuk para pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk membentangkan hala tuju persatuan kepada para Alumni disamping membuka peluang kepada para Alumni-bekas pelajar untuk memberikan pendapat berkenaan persatuan dan berkongsi idea tentang akiviti dan lain-lain.

Diharapkan program kali ini dapat memberi info yang bermanfaat dan lebih jelas kepada pelajar semasa KMPk. Diharapkan juga para Alumni semua dapat menyumbangkan idea untuk memastikan NGO Alumni KMPk terus melangkah kehadapan.

Para Alumni semua masih berpeluang untuk hadir ke KMPk pada 14 Februari nanti. Sila sahkan kehadiran anda dengan mengisi borang penyertaan ini: http://goo.gl/pHKGog

:D
"Menuju Alumni Berprestij"