Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, December 30, 2009

Annual Grand Meeting 2009 Alumni KMPk

Annual grand meeting (AGM) Alumni KMPk 2009 akan diadakan pada 20/2/10 Sabtu ,di sekitar KL (akan di confirmkan kemudian )...Borang keahlian rasmi Alumni akan diedarkan semasa sesi pendaftaran sebelum AGM bermula ....Semua dijemput hadir dan tolong hebahkan..Sekian, terima kasih..=)

Sunday, December 20, 2009

KMPk Accountacy Alumni Fiesta & Kem Motivasi

Assalamualaikum, selamat sejahtera, pada 4,5,6 Disember lepas Alumni kmpk telah berjaya mengadakan satu reunion pelajar akaun yg bertempat di KMPk. Bertemakan "The Spirit of Debit and Credit" reunion ini telah dijalankan dengan jayanya dengan penglibatan lebih dari 100 orang bekas pelajar alumni serta pelajar kmpk. Tahniah diucapkan kepada Saudara Fadhil Bin Mohammad Affendi ( Apai ) serta ahli gerak kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Turut tidak dilupakan, pensyarah yang banyak berjasa bagi menjayakan program ini, Puan Rohaida, Ustazah Wan Khairunisa' serta Puan Rosyidah Bin Abdul Rahman selaku penasihat Alumni. Dan akhir nya terima kasih diucapkan kepada semua bekas pelajar yang hadir bagi menjayakan program ini.

Satu kem motivasi juga turut diadakan bagi membantu pelajar-pelajar KMPk dalam menempuh Semester 2 ini. Disini kami mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar KMPk yang hadir dalam menjayakan program ini. Kami Alumni KMPk sentiasa mendoakan anda semoga mendapat keputusan yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah diri..









Pelajar dari kaum cina turut tidak terkecuali..





Wednesday, November 18, 2009

Pengumuman!!!

Salam..warga alumni KMPk sekalian..Pada 4,5 dan 6 Disember 2009, alumni KMPk akan mengadakan suatu program yang dianjurkan oleh alumni akaun KMPk. Program ini dinamakan "KMPk Accountancy Alumni Fiesta" dan penglibatan hanya dikhususkan buat alumni akaun sahaja. Bagi alumni akaun KMPk yang berminat untuk menyertai program ni,anda boleh terus klik pada link di bawah..


Sekian, Terima kasih.

Utusan dari Presiden AlumniKMPk
(disebabkan ini adalah paparan di skrin komputer,tandatangan tidak diperlukan)

Wednesday, October 21, 2009

Final Exam!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua warga Alumni KMPK..

Kami dengan ini mengucapkan semoga anda selamat menduduki peperiksaan akhir semester yang mendatang dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan.
Jumpa lagi..=)

Tuesday, October 20, 2009

Happy Deepavali


A very Happy Deepavali to all Hindus (ex-KMPK,current student and lecturers)..
May the beauty of Deepavali season,
Fill your home with happiness,
And may the coming year,
Provide you with all that bring you joy..
Regards,
AlumniKMPK

Monday, October 5, 2009

Rumah Terbuka & Meeting Bersama Pengarah & Ketua Jabatan

Tanggal 2 hb Oktober yang lepas, pada jam 10 pagi bertempat di Kolej Matrikulasi Perak berjalan satu mesyuarat AJK Alumni bersama Pengarah KMPk, En Ismail Kalam, Timb Pengarah serta ketua-ketua jabatan.
Beberapa perkara yang dibincangkan selama hampir 2 jam mesyuarat berlansung.

Antara hasil perbincangan adalah :
1) Pelantikan Penaung Alumni KMPk : En Ismail Kalam

Penasihat : Pn Roshidah

Pemantau : Ustazah Wan Khairunisa

2) Blog AlumniKMPK akan di"link"kan dengan laman web utama KMPk

3) Setiap program yang ingin dilaksanakan oleh mana-mana bekas pelajar KMPk mestilah melalui AJK AlumniKMPk terlebih dahulu

4) Fokus program AlumniKMPK ialah berkaitan dengan siasah dan akademik pelajar semasa KMPk

5) Setiap aktiviti mestilah selaras dengan objektif AlumniKMPk



Pada jam 2.30 petang pada hari yang sama berlansungnya Rumah Terbuka KMPk bersempena dengan hari raya aidilfitri bertempat di Dewan Seri Kinta KMPk. AlumniKMPk telah dijemput untuk meraikan bersama dan 30 orang ahli AlumniKMPK hadir pada hari tersebut.

Keesokan harinya, kesemua alumni membalas jemputan Pemantau AlumniKMPk, Ustazah Wan Khairunisa untuk bertandang ke rumah beliau. Kemudian kami semua menuju ke rumah Timbalan Setiausaha AlumniKMPK, Nur Shahidah di Manjung untuk menghadiri rumah terbuka.



Terima kasih kepada pengarah KMPk yang sudi meluangkan masa untuk bermesyuarat bersama dan tidak lupa juga kepada pihak KMPk yang menjemput kami untuk menghadiri rumah terbuka tersebut. Semoga aktiviti yang sihat seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Sunday, September 27, 2009

Sembang-sembang Raya

Salam 1 MALAYSIA buat semua Alumni sekalian...

26th September 2009
saTu majlis sembang-sembang/chit-chat raye telah berlangsung dengan jayanya..
disertai seramai lebih kurang 15 orang alumni bek lelaki mahupun perempuan...
rumah yang berjaya diterjah adalah milik nenek kepada salah seorang alumni kite..

kepada TUAN RUMAH
jutaan/ribuan terima kasih di atas jemputan..
pelbagai juadah yang tersedia..
menjamu perut-perut kami sehingga kekenyangan..=D

kepada PARA ALUMNI yang menghadirkan diri
jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami MT di atas masa yang diluangkan dan idea yang dikongsikan bersama..

HASIL PENYEMBANGAN..
perkara-perkara yang akan ditanya/diusulkan bersama pengarah KMPK pada 2hb ini..
a) excess card untuk alumni yang berdaftar
b) pendaftaran online
c) PROGRAM LAMEGA
d) pengebahan mengenai alumni kepada pelajar semasa
dan lain-lain=D
berikut adalah gambar yang sempat kami ambil untuk tatapan alumni semua..


Peringatan Terakhir !!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

PERHATIAN!!!! peringatan terakhir

Kepada alumni KMPK yang berkeinginan untuk turut serta dalam MAJLIS JAMUAN RAYA KMPK '09..sila DAFTARkan DIRI anda kepada

a) KAK SYIEDA - 013-7029158

b) KAK MAS - 013-2355801

*hanya pendaftaran dengan wakil di atas sahaja yg diterima pakai*

WALAU SIAPA PUN ANDA, anda diWAJIBkan untuk MEMBERI NAMA anda kepada wakil yg dinyatakan di atas.

Sesungguhnya, senarai nama ini amat diperlukan bg membolehkan anda melepasi/memasuki kawasan kolej.

Setakat ini, masih terdapat dalam 10 tempat kosong yg masih perlu diisi...

Kepada sesiapa yg tersedar/menyedari yg dirinya BELUM MENDAFTAR...silalah gapai hp anda dan dail no di atas...

Harap Maklum~

Musibah Melanda Timb. Presiden Alumni KMPk !!!


Assalamualaikum n salam sejahtera..
Timbalan presiden alumniKMPk, Ahmad Zulkamal di masukkan ke wad pembedahan pada pukul 8 pagi tadi kerana menghidap appendix. Dia kini berehat di Selangor Medical Centre di Seksyen 20, Shah Alam selama lebih kurang sehari atau dua hari. Semoga dia cepat sembuh dan dapat menyertai program alumni di KMPK pada 2 hb oktober ini.. amin..

Friday, September 18, 2009

Jamuan Raya DI KMPk

Pengumuman rasmi, 2 oktober ini akan diadakan jamuan raya di KMPk dr pukul 3pm-7pm serta perasmian alumni,maka ahli alumni yang ingin hadir boleh bgkan nama di Alumnikmpk@yahoogroups.com atau menghubungi terus kak mas,0132355801, or nur shahidah roselan 0137029158 SHJ,daftar selain dr org yng disebutkan or email lain x diterima, hanya 40org ,siapa awal die dpt...harap maklum, dan pastikan berikan butir seperti ini:
1)Nama
2)Ic
3)IPT
4)No plat kenderaan (jika ingin datang menaiki kenderaan)

dan juga insya Allah Naib Setiausaha alumni saudari Shahidah Roselan ,turut membuat jamuan dirumah beliau pada 3hb,maka alumni yang dpt hadir pada 2 oct itu turut dijemput tuk hadir,so mari lah meramaikan..Semoga Alumni akan terus maju ...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Berjuang

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi Selasa (3.15 am) yang lepas bersamaan 15 Sept 09, 2 orang alumni KMPk telah berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Mereka yang dimaksudkan ialah saudari Banan Syahidah bt Yaakub dan juga saudari Rabi'atul Adawiyah bt Sulaiman. Seawal jam 10 malam lagi sudah kelihatan beberapa orang alumni KMPk yang lain di KLIA. Kebanyakan alumni yang belajar di sekitar Lembah Klang turun untuk menghantar pemergian 2 orang alumni yang banyak berjasa ini ke Mesir. Bagi alumni yang turun dari UTM Skudai terima kasih diucapkan. Satu pengorbanan yang sangat besar dari anda. Semoga Allah membalasnya. InsyaAllah..

Jam 12 tengah malam, suasana di KLIA semakin gamat dengan riuh rendah alumni yang semakin ramai membanjiri KLIA. Ditambah lagi dengan kehadiran saudara Faizal dan saudara Luqman menceriakan keadaan yang pada asalnya diselubungi kesedihan. Terima kasih diucapkan. Sesi bergambar kenang-kenangan diadakan bagi semua alumni yang hadir.

~alumni KMPk yang hadir~

Kira-kira jam 2 pagi, saudari Banan dan Rabi'atul dikehendaki pergi ke Balai Pelepasan Antarabangsa selepas 'check in' barang dilakukan. Suasana yang hening pada pagi itu memilukan hati kami, alumni yang hadir. Jam mencecah angka 3, semua alumni beransur pulang ke kampus dan rumah masing-masing. Bagi kami, alumni yang belajar di sekitar Lembah Klang telah bercadang untuk konvoi ramai-ramai bersahur bersama. Bertempat di sebuah gerai, kami menikmati juadah sahur bersama. Kira-kira jam 4.30 pagi, semua alumni beransur pulang ke kampus masing-masing.

Kepada saudari Banan dan Rabi'atul, selamat berjuang di tempat baru. Moga kalian tabah dan sabar menempuh kehidupan di sana. InsyaAllah...Akhir kata, selamat maju jaya daripada kami, alumni KMPk yang lain. Semoga berjaya membawa balik segulung ijazah yang diimpikan. InsyaAllah...Doakan kejayaan kami, alumni KMPk yang berada di sini. Semoga bertemu lagi 6 tahun akan datang. Wallahualam...

p/s: gambar akan di'update' kemudian

Monday, September 14, 2009

Team Building JPP Bersama Alumni

Tanggal 4-6 September 09 lepas bersamaan dengan hari Jumaat-Ahad satu program alumni bersama JPP telah diadakan. Kebanyakan alumni tiba di KMPk pada petang jumaat. Bertempat di bilik JPP kami di'briefing' pada malam tersebut serba sedikit mengenai program yang bakal berjalan keesokannya.


Mesyuarat di bilik JPP


Pengarah Program


Penerangan diberikan oleh saudari Jannah

Pagi 5 September 09, Program Team Building JPP bersama alumni bermula. Program bermula pada pukul 9 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah debat, 'kerana dirimu berharga', cara membuat kertas kerja, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menarik. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan ahli biro yang mahir dalam mengendalikan tugasan yang diberikan di samping mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan alumni. Program ini tamat pada jam 5.30 petang.

Pada sebelah malamnya pula, semua alumni telah mengadakan 'iftar jamaie' (berbuka puasa) di restoran KFC. Suasana meriah tatkala semua alumni berkumpul untuk menikmati juadah berbuka setelah penat berhempas-pulas pada sebelah pagi dan petang.

6 September 09 jam 8.00 pagi, semua alumni diminta untuk berkumpul di bilik JPP untuk membincangkan post-mortem sebagai penambahbaikan kepada aktiviti alumni yang bakal diadakan pada masa hadapan.


Ucapan oleh Pengarah Program


Saudara Sam memberi komen

Akhir kata, majulah alumni untuk KMPK.Wallahualam..Jumpa lagi..=)

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA KE 52 !!!




Erti merdeka bukan pada mewahnya kita hari ini, bukan pada bangunan tinggi pencakar langit yang meninggi, tapi pada sejauh mana sejarah merdeka itu dihargai dan dihayati. Sejauh mana paradigma anak muda pada negara mereka yang merdeka. Sejauh mana perspektif mereka pada erti jiwa dan minda yang merdeka. Bukan sekadar tanah air yang telah ditinggalkan penjajah. Tapi pemikiran dan mentaliti penjajah juga harus kita tinggalkan. Merdekakanlah mindamu. Bebaskanlah jiwamu. Alumni KMPk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 kepada semua warga kolej matrikulasi peral serta para alumni kolej matrikulasi perak tidak mengira bangsa, melayu,cina,india,kadazan dan lain-lain ,salam satu malaysia!!

Meeting MT & Berbuka Puasa

Pada tanggal 29 ogos 09, satu meeting yang pertama selepas mendapat kelulusan ROS, telah diadakan di library UKM, insya Allah satu perlaksaan dan satu program besar insya Allah akan diadakan insya Allah pada thn hadapan iaitu LAMEGA, semoga Alumni KMPK akan terus maju!


MT alumni serta beberapa ahli alumni




Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


[Sahih Bukhari : Volume 3, Book 31, Number 120]
Narrated Sahl (Radi Allah Anhu): The Prophet Muhammad (sal-allahu- alleihi-wasallam ) said, "There is a gate in Paradise called Ar-Raiyan, and those who observe fasts will enter through it on the Day of Resurrection and none except them will enter through it. It will be said, 'Where are those who used to observe fasts?' They will get up, and none except them will enter through it. After their entry the gate will be closed and nobody will enter through it."

Wednesday, August 19, 2009

Kronologi Alumni KMPk






Tepat jam 4.57 ptg, hari ini 19/08/09...pengesahan daripada pegawai Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak memaklumkan bahawasanya, Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak (Alumni KMPk) telah diluluskan penubuhannya berkuatkuasa 07/08/09! Tiada kata yang mampu kuucapkan ketika itu selain kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Ilahi atas perkhabaran itu. Lantas, Sony Ericson W660i ku capai dan dengan pantas jari jemari ini menaip mesej dan dihantar kepada semua MT dan AJK Alumni KMPk mengenai perkhabaran itu. Tidak lupa, insan yang paling banyak bersama Alumni di kala susah dan senang, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMPk, Puan Roshidah Abdul Rahman dihubungi. Segala yang berlaku amat mengejutkan kami...kerana inilah percubaan pertama kami menghantar permohonan sebagai NGO dan alhamdulillah...terus lulus. Kini, Alumni KMPk merupakan alumni kolej-kolej matrikulasi KPM yang ke-2 berjaya berdaftar sebagai NGO selepas Alumni Kolej Matrikulasi Melaka (AKMAL).

Objektif utama Alumni KMPk adalah:
  1. Menjadi sebuah badan alumni yang profesional dan proaktif.
  2. Mengumpul semula bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan erat antara satu sama lain.
  3. Membantu kolej dalam meningkatkan kualiti pelajar ke arah modal insan yang berketrampilan melalui program-program yang dirancang bersama sama ada aktiviti akademik, kebajikan mahupun kemasyarakatan.
  4. Menggunakan segala pengalaman dan kepakaran bekas pelajar untuk membantu pelajar yang sedia ada seterusnya menjadi pemangkin kecermelangan kolej.
  5. Menjaga kebajikan ahli-ahli dengan mewujudkan rangkaian ke arah mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kerjaya di samping membina semangat setia kawan.
  6. Menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada ahli-ahli yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
  7. Bekerjasama dengan Alumni Kolej-kolej Matrikulasi yang lain di dalam perkara yang memberi faedah kepada Alumni KMPk dan ahlinya.


Menyorot kembali sejarah Alumni KMPk ini, cadangan penubuhan ini telah lama diusulkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu sejak hujung tahun 2005 lagi. Kebetulan, pada 10/12/05 bekas pelajar batch ke-3 (2004/2005) mengadakan program reunion 'Sireh Pulang ke Gagang (SPKG)' yang mengumpulkan hanya bekas pelajar batch ke-3 sahaja. Program itu, pada hemat sy sendiri, penuh dengan memori. Selaku pengarah program, bergandingan dengan sahabat2: Sarah Azizul (UKM), Ahmad Suhaimi (UiTM), Alif Farhan (UTM), Nazihah (UPSI), Anum Bazilla (USM), Nur Baizura (USM), Shikin (UTM), Firdaus, Solehah dan ramai lg la...gerak kerja memang dilaksanakan dengan penuh semangat. Ye la, nak jumpa kawan2 lama satu batch pulak tu...the unexpected, ayah masuk ICU khamis 8/12/05, serangan jantung dan program itu ku lepaskan amanahnya kepada sahabat baikku, Sarah utk meneruskan agenda yang telah dirancang. Pada majlis makan malam SPKG itulah, Puan Roshidah yang ketika itu Pegawai HEP KMPk menyatakan hasrat menubuhkan AJK Penaja Alumni KMPk. Makanya, pemilihan MT pun dilaksanakan. Objektif utama kami adalah menjejak bekas2 pelajar KMPk batch pertama (2002/2003) yang ketika itu berada di tahun 3 pengajian di IPTA. Syarat menubuhkan Alumni ini adalah, semua AJK mestilah telah bergelar graduan (berijazah). Kami perlu menjejak batch pertama ini untuk menubuhkan Alumni KMPk. Mereka melantik MT Penaja Alumni KMPk:
  • Presiden : Ahmad Suhaimi Mohd Salleh
  • Timbalan : Nur Mastura Mansor
  • Naib : Sarah Azizul, Helmi Fendy Mohd Idris, Syed Azman Syed Ismail
  • Setiausaha : Ainaa Abdul Kahar, Alif Farhan Mohd Yamin
  • Bendahari : Nur Izzati Kasim, Mohd Shahfitri Aziz


Setelah kami rasakan bahawa kami telah pun terjumpa dan berjumpa kakak2 dan abang2 batch pertama ini, kami merancang untuk mengadakan SPKG 2 dan AGM pertama Alumni KMPk01/07/06 pada . Pengarah program dan AJK SPKG 2 terdiri daripada MT dan AJK Penaja Alumni KMPk sendiri. Pada 26/06/06 ini juga, pengambilan pertama pelajar Program Dua Tahun (PDT) untuk semua Kolej Matrikulasi KPM dan semua AJKO PDT 06/08 adalah dalam kalangan Alumni KMPk batch 1 dan ke-3. Selepas tamat orientasi PDT 06/08, terus dilaksanakan SPKG 2 dan AGM 1 Alumni KMPk. Ahmad Suhaimi sebagai Pengarah dan sy sebagai Timbalannya, Ainaa Setiausaha dan Sarah Bendahari. Pada AGM 1 itu, kami MT Penaja melepaskan jawatan dan diganti dengan abang2 dan kakak2 batch 1 untuk menerajui Alumni KMPk untuk setahun.
  • Presiden : Mohd Shafihan Mohd Said
  • Timbalan : Ahmad Rifqi Abdul Rahim
  • Naib: Abdul Hadi Meor Abdul Halim, Azura Ahmad, Nurfajrina Mohd Yusof Sanusi
  • Setiausaha : Khairun Nur Mohd Arif, Ahmad Suhaimi Mohd Salleh
  • Bendahari : Mohd Khusairi Kamarulzaman, Nur Izzati Kasim
Tanggal 02/12/06 telah diadakan Majlis Pelancaran Penubuhan Alumni Kolej-kolej Matrikulasi KPM di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi (BMKPM), Prof. Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad. Mewakili Alumni KMPk ketika itu, lebih kurang 14 orang alumni dari pelbagai latar belakang pendidikan. Ketika inilah Alumni KM Melaka telah berjaya berdaftar sebagai NGO Alumni Kolej Matrikulasi yang pertama.



Setelah setahun, SPKG kembali lagi untuk kali ke-3 dan AGM yang ke-2. Malam Seri Kencana, 23/06/07 menghimpunkan Alumni dari batch 1-5. Seingat sy, pengarah program merupakan Presiden Alumni KMPk sendiri, Mohd Shafihan a.k.a Abg Pian. Seperti tahun 2006, SPKG dibuat sejurus selesai program orientasi PDT. Kemasukan PDT 07/09 ini merupakan batch ke-2 PDT dan 2 tahun berturut2 Alumni KMPk menyumbangkan tenaga sebagai AJKO. Pada tahun 2007 ini juga, Alumni KMPk mara setapak kehadapan dengan mengadakan Kem 24 Hours JPP khas untuk adik2 JPP KMPk. Matlamat kami bukannya mahu menyusahkan apatah lagi menghuru-harakan hidup adik2 JPP sekalian. Objektif utama kami hanya 1, kami mahukan anda semua mengenali secara lebih baik rakan2 seperjuangan anda. Dan pada AGM ke-2 Alumni KMPk yang hadir telah sepakat melantik MT Alumni KMPk yang baru dan juga telah diusul dan dipersetujui bahawasanya MT Alumni KMPk ini akan menjawat jawatan masing2 selama 2 tahun. Pembaharuan lain, mereka yang masih bergelar siswa boleh memegang jawatan. Pastinya, matlamat MT Alumni KMPk 07/09 ini adalah untuk mendaftarkan Alumni KMPk sebagai NGO dan mewujudkan medium internet sendiri.
  • Presiden : Saiful Ramadzan Hairani
  • Timbalan : Hizami Hadri Shaharudin
  • Naib : Mohd Shafihan Mohd Said, Nur Mastura Mansor, Arif Fadhillah
  • Setiausaha : Mohd Asfarizal, Najiah Shaharain
  • Bendahari : Nur Qurratu'aini Ludin, Helmi Fendy Mohd Idris


Keunikan SPKG 4 yang diadakan pada 21/06/08 yang dilaksanakan oleh adik2 batch 5 diketuai oleh Awang Ilham sebagai Pengarah, Nur Shahidah Timbalannya dan Mohd Lutfi Setiuasaha, adalah dari kekreatifan mereka menjayakan SPKG 4 ini. Malam Peterana Kasih menjadi pilihan mereka untuk Majlis Makan Malam SPKG4. Sangat meriah dan memberangsangkan sambutan daripada alumni pelbagai batch dan pelajar semasa. Walaupun tiada AGM pada tahun 2008 ini, namun orientasi PDT tetap diuruskan oleh Alumni KMPk dan Kem 24 Hours JPP ke-2 berjalan seperti yang dirancang sebagai takwim tahunan Alumni KMPk. Tiada pelantikan MT Alumni KMPk yang baru.



Tahun 2009 merupakan tahun keramat Alumni bagi sy...kerana, pertamanya, orang kuat Alumni KMPk seawal penubuhannya telah kembali aktif dengan Alumni KMPk setelah 3 tahun menyepikan diri, Ahmad Suhaimi (Sam). Welcome home, Sam! Keduanya, MT baru yang dilantik amat memberangsangkan dengan semangat dan pengorbanan yang jitu dipertaruhkan untuk Alumni KMPk, sy kagum! Ketiganya, SPKG sudah mencecah usia ke 5 pelaksanaannya. Angka 5 ini menunjukkan sudah setengah dekad Alumni KMPk wujud di Bumi Gopeng ini. SPKG 5 lebih meriah dengan transformasinya yang diketuai oleh Nasz (PDT batch pertama) sebagai Pengarah Program, Habsah Timbalan, Aisyah Setiusaha dan Ummu Bendahari. Gandingan AJK2 SPKG 5 merupakan tulang belakang keberjayaan SPKG 5 ini. Syabas adik2 ku!!! Dan yang terakhirnya matlamat Alumni untuk menjadi NGO berdaftar dan memiliki blog sendiri tercapai. Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Perak meluluskan penubuhan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak (Alumni KMPk) dengan hanya sekali hantar borang permohonan dan ini menjadikan Alumni KMPk sebagai Alumni Kolej Matrikulasi KPM ke-2 berjaya menjadi NGO. Seinfiniti tahniah dan terima kasih kepada adik Hilmi dan rakan2 yang berusaha mewujudkan blog Alumni KMPk yang menjadi medium hebahan segala informasi Alumni KMPk. Well Done, guys!!! Dengan ini, hala tuju Alumni KMPk lebih terarah dan fokusnya lebih jelas. Pastinya, lebih banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam memastikan kelangsungan Alumni KMPk yang ketika ini sudah mempunyai 7 batch yang telah tamat pengajian di KMPk.
  • Presiden : Mohd Shafihan Mohd Said
  • Timbalan : Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi
  • Naib : Nur Mastura Mansor, Awang Ilham Awang Keri
  • Setiausaha : Ahmad Suhaimi Mohd Salleh, Nur Shahidah Roselan
  • Bendahari : Nur Qurratu'aini Ludin, Mohamad Syahmie Mohd Rasidi
  • AJK : Ahmad Muzakkir Ahmad Tajuddin, Amira Mohd Nasib, Mohd Nazrul Mat Saman, Muhamad Fazli Abdul Halim, Banan Syahidah Yaakub

Segalanya, berkat bantuan dan dorongan insan yang tidak pernah jemu dengan Alumni KMPk, pada hemat sy Alumni tidak mungkin berjaya tanpa sokongan padu beliau. Hanya beliau yang seiring seirama, sehati sejiwa, bersama dengan kami, beliau adalah...
Puan Roshidah Abdul Rahman


Terima Kasih semua!!! ~ Moga Allah rahmati ikatan persaudaraan yang terbina antara kita semua...

Monday, August 10, 2009

Al-Fatihah Untuk Bonda Nasai

salam..
ibu mohd nasai bin ab azais (YDP JPP KMPK 08/09) yang mengalami kemalangan tempoh hari telah meninggal dunia pagi tadi (11/8/09).. same2 la kite sedekahkan al fatihah kpd rohnya agar sentiasa tenang dan di tempatkan bersama2 para alim ulama' dan para solihin..doakan sekali untuk ketabahan nasai..
kami dari pihak alumni amat2 sedih apabila mendengar berita ini.. alfatihah...

Program Team Buliding Bersama Biro JPP

Assalamualaikum, disini kami ingin membuat satu pengumuman, insya Allah dalam 29,30,31 ogos ini, kami Alumni ingin
merancang satu program iaitu team building bersama biro Jpp serta Iftar ramadhan bersama alumni, maka dengan ini, kami sekarang dalam process untuk mencari bekas-bekas pelajar KMPk yang sukarela untuk menjadi gerak kerja bagi menjayakan program ini, sukarela yang ingin menawarkan diri mereka mestilah sanggup untuk mengorbankan masa dan juga memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap gerak kerja ini, so sesiapa yang ingin menawarkan diri mereka, anda boleh menghantarkan email di alumnikmpk@yahoo.com, di dalam email tersebut mestilah mempunyai butir-butir ini:
1)Nama
2)Batch
3)Alamat
4)No telefon
5)Email
6)Mempunyai kendaraan atau tidak

Wednesday, August 5, 2009

Takziah Diucapkan!!!

Assalamualaikum diucapkan, kami alumni KMPk mengucapkan takziah atas kemalangan yang menimpa bonda saudara Nasai selaku ex-YDP KMPk batch 08/09, disini kami berharap dan mendoakan supaya mak beliau disembuhkan. Mengikut saudara nasai ,mak beliau sekarang dalam rawatan dan memerlukan darah jenis -A, setakat ni hanya 2 orang yang tampil untuk memberi sumbangan. Dengan itu kami mengharap kepada bekas-bekas pelajar KMPk ,sesiapa yang darahnya adalah darah -A, tampil lah untuk menghulurkan bantuan . Bantuan anda adalah harapan untuk menyelamatkan satu nyawa yang berharga bagi rakan kita ini. Sesiapa yang ingin mendermakan darah boleh menghubungi saudara nasai 0135938449

Tuesday, July 28, 2009

Program Bersama Pelajar PDT Hasil Kerjasama Alumni KMPk Bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM (PMFST)

--------&----------


Assalamualaikum diucapkan, pada 25 -26 julai yang lalu, Alumni KMPk telah mengambil inisiatif mengadakan satu kerjasama dengan rangkaian luar bagi meluaskan dan mempromosikan lagi Alumni KMPk,maka dengan itu satu program bersama pelajar PDT telah diadakan hasil dari kerjasama dengan PMFST, alhamdulilah program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan bagi pihak-pihak yang menjayakan program ini terutamanya, pihak kolej,PMFST,pelajar-pelajar PDT dan juga alumni-alumni yang hadir.

Antara objektif program ini adalah :
1)Mempromosikan dan meluaskan rangkaian alumni kmpk
2)Membantu pelajar PDT meningkatkan prestasi akademik mereka
3)Membantu pihak kolej bagi merialisasikan objektif, visi, dan misi kolej matrikulasi perak

Satu mesyuarat MT juga turut diadakan selepas program ini dijalankan, dan insya Allah butir-butirnya akan dimasukkan ke dalam blog dalam masa yang terdekat. Bagi merapatkan ukhuwah antara sesama alumni yang hadir semasa program itu, satu trip ke lata kinjang yang diketuai oleh kak mas,naib presiden I alumni kmpk turut diadakan.

Gambar-gambar sepanjang program






Naib Presiden Kak mas sedang memberi tunjuk ajar


Salah seorang pelajar PDT



YDP PMFST


Kuliah maghrib dari mantan PMFST

Gambar trip ke lata kinjang,,,






Semoga ukhuwah kita sesama alumni kmpk berkekalan ...amin