Social Icons

twitterfacebook

Monday, December 22, 2014

Wakil IPT: Education & Career Fair 2015 [Part 2]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman sahabat-sahabat Alumni semua, kami masih mencari Wakil IPT untuk program Education & Career Fair.
Program akan diadakan 13 & 14 Februari tahun depan di KMPk.
IPT yang masih belum ada Wakil IPT;
UM: 3 orang wakil.
UTHM: 2 orang wakil.
UPNM; 3 orang wakil.
UMS: 1 orang wakil.
Jika anda masih menuntut di salah sebuah IPT berkenaan dan berminat untuk turut serta menggerakkan program ni, silakan hubungi;

Basit Nazri:
FB: https://www.facebook.com/basit.nazri?fref=ufi
HP: 019-500 3440
Marinah Sahri:
FB: https://www.facebook.com/marinah.sahri?fref=ufi
HP: 013-469 4602
Jom, turut serta. Bila lagi nak join program Alumni KMPk kan? 


Friday, December 12, 2014

Mesyuarat MT NGO Alumni KMPk

Assalamualaikum.
Para MT NGO Alumni KMPk sedang bermesyuarat ketika ini. 





Banyak yang dibincangkan kali ini. Doakan semua berjalan lancar perbincangan dan perlaksanaannya.

Thursday, October 30, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, hari mulia penuh barakah. 


Tiada kata-kata hikmah yang indah ingin dikongsikan pada penghulu segala hari ini, melainkan bicara tentang kelebihan-kelebihan hari Jumaat.

Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Antara sunnah-sunnah Rasullulah SAW yang boleh diamalkan pada hari Jumaat:
  1. Perbanyakkan selawat ke atas Rasullulah SAW.
  2. Mandi & membersihkan diri bagi yang mahu menunaikan solat Jumaat.
  3. Datang awal ke masjid.
  4. Memotong kuku.
  5. Mencabut bulu ketiak, menggunting misai & mencukur bulu ari-ari.
  6. Memakai wangi-wangian.
  7. Memakai pakaian yang bersih & cantik (digalakkan warna putih).
  8. Memperbanyakkan doa.
  9. Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti bersedekah.
  10. Membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat & siangnya.
Marilah kita rebut peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Basahkan lidah dengan ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW, serta mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. 

اللهم صل على النبي الهاشمي
سيدنا محمد و على آله و صحبه
و سلم تسليما

Monday, October 27, 2014

Wakil IPTA - Education & Career Fair



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Program Education & Career Fair anjuran NGO Alumni KMPk akan berlansung pada 13 & 14 Februari tahun depan di Kolej Matrikulasi Perak.

Salah satu pengisian dalam program ini adalah "Get To Know" dimana objektif utamanya adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian kepada para pelajar KMPk sesi 14/15 tentang kos-kos yang ditawarkan di IPTA serta cara gaya hidup di kampus kelak. 

Untuk "Get To Know" ini, kami mencari wakil-wakil IPTA untuk mewakili universiti masing-masing. Wakil IPTA ini akan bertugas menjaga booth yang akan dibuka semasa program.

Senarai IPTA terpilih:


Bil.
Nama Universiti
1.
Universiti Sains Malaysia
2.
Universiti Malaysia Perlis
3.
Universiti Utara Malaysia
4.
Universiti Kebangsaan Malaysia
5.
Universiti Perguruan Sultan Idris
6.
Universiti Teknologi MARA
7.
Universiti Malaya
8.
Universiti Malaysia Kelantan
9.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
10.
Universiti Putra Malaysia
11.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
12.
Universiti Malaysia Terengganu
13.
Universiti Teknologi Malaysia
14.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
15.
Universiti Malaysia Sarawak
16.
Universiti Malaysia Sabah
17.
Universiti Malaysia Pahang
18.
Universiti Sains Islam Malaysia
19.
Universiti Sultan Zainal Abidin
20.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Jika anda masih menuntut di IPTA dan berminat untuk mewakili universiti anda, silakan untuk mengisi borang yang tersedia di link di bawah. :)

http://goo.gl/zrZ0BW

Sebarang soalan boleh diajukan kepada:
Marinah: 013-4694602
Basit: 019-5003440

"Menuju Alumni Berprestij!"

Sunday, October 26, 2014

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Assalamualaikum, salam ukhuwah, salam sejahtera dan salam perjuangan sahabat-sahabat. ☺☻

Alhamdullilah, musim peperiksaan tiba lagi.
Sedar tak sedar, esok 27 Oktober 2014 maka bermulalah Peperiksaan Semester Program Matrikulasi, PSPM 1 dan PSPM 3 bagi pelajar Kolej Matrikulasi sesi 2014/2015, 2013/2015. 

Kepada pelajar sesi 2013/2015, 2014/2015 selamat menghadapi PSPM 1 dan PSPM 3. Ø¥Ù† شاء الله 
segala usaha yang dilaburkan selama ini akan membuahkan hasilSemoga tenang, yakin dan diterangkan hati dalam menjawab kertas peperiksaan nanti.


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Kepada alumni-alumni, mari kita sama-sama mendoakan kejayaan buat adik-adik kita. Semoga mereka diberikan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan, dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yang diberikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. Ø§Ù„لهم أمين

Akhir kata, selamat berjuang! dan selamat maju jaya! 


".....Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya"
(surah Ali Imran: 159)

Salam Maal Hijrah 1436

Assalamualaikum, salam ukhuwah dan salam sejahtera sahabat-sahabat alumni semua. ☺☻

 Selamat Tahun Baru Hijrah 1436! 

Alhamdullilah, apabila tiba sahaja Tahun Baru Hijrah, umat Islam akan saling mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah. dari sudut syariatnya itu suatu perbuatan yang cukup mulia. Sudah semestinya sebagai seorang Islam merasa gembira dan bersukur menyambut kedatangan tahun baru Islam. 

Akan tetapi, apakah tujuan dan maksud sebenarnya HIJRAH?

Hijrah itu memiliki makna pindah, yang harus dilakukan oleh seluruh umat Islam yang telah dewasa dan berakal sihat. Menjadi seorang MUKMIN.

PINDAH dari seorang MUSLIM yang belum BERTAUHID menjadi seorang MUKMIN yang BERTAUHID.

PINDAH dari seorang MUSLIM yang BELUM MENGENAL diri sebenar-benarnya menjadi seorang MUKMIN yang MENGENAL diri sebenar-benarnya.

PINDAH dari seorang MUSLIM yang FANATIK kepada SYARIAT semata-semata dan merasa paling benar menjadi seorang MUKMIN yang BIJAK.



                                                            surah
                                                                             An-Nisa'
                                                                                ayat
                                                            100
"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, 
nescaya mereka mendapati di muka bumi ini 
tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. 
Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud 
berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, 
        kemudian kematian menimpanya        
   (sebelum sampai ke tempat yang dituju), 
    maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah, dan 
    adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"


Semoga perkongsian ini berguna dan dapat memberikan manfaat kepada kita semua dalam perjalanan untuk menjadi seorang MUKMIN yang diredhai-NYA. Ø¥Ù† شاء الله


Thursday, October 16, 2014

Education Career Fair

Assalamualaikum, salam ukhuwah dan salam sejahtera sahabat-sahabat alumni semua. ☺☻

☼ Education and Career Fair! 

Program anjuran NGO Alumni KMPk yang seterusnya. Program ini akan dijalankan pada bulan Februari tahun depan. Program ini khas untuk pelajar semasa KMPk.

Tujuan diadakan program ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang alam universiti dan kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang.

Melalui program ini, pelajar dapat mengetahui tips serta panduan pemilihan universiti dengan lebih bijak, juga dari sudut kerjaya dan mahasiswa IPTA itu sendiri.


Dengan adanya program sebegini diharapkan agar pelajar dapat menguruskan diri, terutama dalam pelajaran, masa dan tekanan disamping membuat persediaan awal dengan lebih sistematik untuk menempuh alam universiti kelak.


Akhir kata, dengan ucapan bittaufiq wannajah, moga program Education Career Fair ini dapat memberikan input untuk para pelajar, supaya lebih berjaya di masa hadapan. Ø¥Ù† شاء الله

Sunday, June 15, 2014

Ready to Lead JPP KMPk 14/15

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat alumni semua.

Ready To Lead merupakan suatu program yang diadakan untuk mempersiapkan para JPP agar menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber. 

Dahulu ianya dikenali sebagai 24Hours JPP. Kini dengan penambahbaikan dari segi modul perlaksanaannya, JPP yang dipilih akan dilatih untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dan saling mengenali antara satu sama lain.

Program dijalankan selama 2 hari satu malam dan kali ini buat julung kalinya diadakan diluar kolej dengan Gua Kandu ECOADVANTURES menjadi lokasi pilihan.

Selepas pilihan raya kolej selesai dan keputusan undian di maklumkan, semua JPP yang dipilih bergerak ke lokasi program di Gua Kandu yang terletak di sekitar Gopeng juga.

Setibanya di lokasi, mereka diberikan taklimat berkenaan program. Kemudian mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan sesi ice breaking dijalankan.







Antara slot-slot yang ada di dalam tentatif program Ready To Lead JPP KMPk 14/15 adalah slot Fun with Alumni, Malam Kebudayaan, Blindtrail, Caving, Sesi Pembentangan Manifesto dan Sesi Pembentangan Kertas Kerja.






























Majlis penutup bagi program Ready To Lead telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Tuan Haji Shamsuddin Bin Nordin.




Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KMPk sesi 2014/15 bergambar bersama
Tuan Haji Shamsuddin Bin Nordin, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

Barisan alumni yang meluangkan masa untuk menjayakan
Ready To Lead JPP KMPk 14/15.

Semoga barisan kepimpinan kali ini dapat meneruskan kecemerlangan KMPk dalam akademik dan sahsiah.

 

Friday, April 25, 2014

PENDAFTARAN AHLI NGO ALUMNI KMPk

Assalamualaikum

Pendaftaran sebagai ahli NGO Alumni KMPk

Dengan ini, pendaftaran ahli NGO Alumni KMPk dibuka kepada semua bekas pelajar KMPk.

Apakah yang akan diperoleh jika mendaftar sebagai ahli?

-Jika mendaftar sebagai ahli Tuan/Puan akan mendapat diskaun sebanyak 5% bagi setiap program berbayar NGO Alumni KMPk.
-Kad keahlian akan diberikan kepada alumni-alumni yang mendaftar.

Terdapat dua jenis keahlian persatuan. Tuan / Puan hanya perlu memilih salah satu jenis keahlian sahaja.:

- Ahli seumur hidup (yuran berjumlah RM100.00; dibayar sekali seumur hidup)
- Ahli tahunan (yuran berjumlah RM 20.00; dibayar untuk setiap dua tahun/sepenggal).

Segala maklumat berkenaan kaedah pendaftaran dan prosedurnya ada di link yang disertakan di bawah ini.

https://docs.google.com/forms/d/1pudwHodb6WlDd_9dOqx_QfQSzKUeFnRPKI_Vrxymkjw/viewform

:D

"Menuju Alumni Berprestij"





Friday, April 18, 2014

PSPM 13/14

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga NGO Alumni KMPk yang budiman.

Setiap kejayaan pasti ada kegagalan. Setiap kegagalan pasti ada usaha. Setiap usaha pasti ada tawakal. Pada 21 April 2014 - 29 April 2014, seluruh pelajar Program Matrikulasi di Malaysia akan menghadapi PSPM II. Sudah semestinya memberi debaran buat adik-adik kita yang kini sudah bersiap sedia untuk menempuh minggu yang terpenting sebagai pelajar Program Matrikulasi khususnya Kolej Matrikulasi Perak.

Sejajar dengan objektif NGO Alumni KMPk untuk membantu pelajar semasa Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang akademik, kami sentiasa di sisi adik-adik untuk memberikan bantuan motivasi dan sokongan yang padu dalam menetapkan masa depan karier mereka. Harapan kami untuk adik-adik terus disemai seiring dengan harapan para pensyarah, ibu bapa dan masyarakat Malaysia amnya.

Dengan harapan yang tinggi, kami daripada barisan Pegawai NGO Alumni KMPk mendoakan kejayaan adik-adik Kolej Matrikulasi Perak dalam menghadapi Peperiksaan Program Matrikulasi (PSPM) II bagi sesi 2013/2014. Semoga kalian berjaya menjadikan KMPk nombor satu bagi sesi kali ini.

"Menuju Alumni Berprestij"

Muhammad Hilmi Bin Ismail
Presiden NGO Alumni KMPk