Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, December 11, 2012

GET TO KNOW 2013 Datang Lagi!

Assalamualaikum wbt.
Salam bahagia, salam keamanan!



Insya Allah pada 23 februari 2013 akan datang, akan diadakan satu program yang diberi nama GET TO KNOW di Kolej Matrikulasi Perak. Program ini adalah anjuran Alumni Kolej Matrikulasi Perak bersama pihak KMPk sendiri.

Program GET TO KNOW ini adalah satu program pendedahan awal bagi bidang-bidang dan Universiti kepada para pelajar KMPk, dimana kita akan mengadakan kerjasama dengan MPP dan beberapa wakil Alumni KMPk dari setiap universiti untuk membuka booth dan mempromosikan universiti masing-masing dan memberi pencerahan kepada para pelajar KMPk dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa di unirversiti

Maka dengan ini, kami membuka pendaftaran untuk mencari sukarelawan  bagi sesiapa yang berminat dalam 2 kategori :

1) Sukarelawan AJK Gerak Kerja Get To Know - Mejadi AJK dalam melaksanakan program ini
2) Sukarelawan Wakil Universiti  - Membantu pihak universiti yang dijemput dalam memberi penerangan kepada para pelajar KMPk


Kriterianya adalah seperti dibawah :

AJK Gerak kerja 
  1. Mestilah bekas pelajar KMPk 
  2. Komited dalam tugas 
  3. Boleh berada di KMPk sehari awal sebelum program dijalankan.
Wakil Universiti
  1. Mestilah bekas pelajar KMPk 
  2. Memahami cara pengendalian di Universiti
  3. Boleh berada di KMPK semasa program dijalankan


JOM rebut peluang ini! Bila lagi kan dapat ke KMPk. Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk berbakti kepada KMPk. InsyaAllah.

KLIK SINI jika berminat untuk menjadi AJK Gerak kerja GET TO KNOW
KLIK SINI jika berminat untuk menjadi Wakil Univerisiti 

ATAU boleh KLIK pada TAB LINK di atas blog ini.

JOM!


Friday, December 7, 2012

Pandang-pandang GET READY TO NIKAH

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Salam bahagia, salam keamanan!

Alhamdulillah, atas sokongan Alumni semua, akhirnya program berjaya dilaksanakan walaupun dalam keadaan yang sederhana. Terima kasih semua! Ini antara gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang program.

InsyaAllah selepas ini, ada banyak lagi aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Alumni. Jangan malu, jangan segan untuk turut serta walaupun sudah meninggalkan alam matrikulasi bertahun-tahun lamanya. WE ARE A FAMILY!

ALUMNI FAMILY!

Alangkah ruginya siapa yang tidak turut serta (seperti penulis sendiri!). Maka selepas ini, JOM rebut peluang untuk turut serta, menimba ilmu, melakar kenangan bersama warga Alumni bersama-sama. InsyaAllah.

Terimalah PANDANG-PANDANG GET READY TO NIKAH!

Tuan Presiden Alumni, Faiz dan Tuan Naib Presiden 1 bersama Tuan AMIN IDRIS
[Terus bersemangat dalam pelaksanaan aktiviti]

Sepanjang program dijalankan, slot pertama bersama Tuan AMIN IDRIS dan slot kedua bersama Puan MUNA 'IZZAH. Menarik! Banyak praktikal dijalankan dalam program ini.

Ada ke yang bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni? :)

Happy! Apa agaknya yang best dekat depan tu? :)

Bersama Puan MUNA 'IZZAH :)

Moga bermanfaat buat semua! :)
Next! GET TO KNOW 2012
Nantikan perkembangan seterusnya. Teruskan bersama kami :)
InsyaAllah.

Monday, November 5, 2012

Get Ready to NIKAH

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Salam bahagia 1 Malaysia buat semua Alumni KMPk.


Untuk Ahli RM25 SAHAJA?
Tawaran ISTIMEWA untuk AHLI BERDAFTAR!

JOM DAFTAR SEKARANG!
KLIK SINI pada tab diatas untuk semak nama sebagai ahli ALUMNI KMPk.
Atau KLIK SINI untuk paparan yang lebih jelas.

Apa TUNGGU lagi? :)
Yang sedang tekun study, boleh teruskan study.
Yang tekun bekerja, boleh terus gigih bekerja.

Untuk pencerahan semua, program ICE yang sebelum ini dirancang masih tetap akan dikekalkan konsepnya. Cuma kali ini ditambah dengan subject matter untuk diperbincangkan bersama. Maka, bertambah ILMU dan MANFAATNYA. Insya Allah. Dengan nama baru, GET READY TO NIKAH!

Insya Allah. Jangan lepaskan ini mengikuti program ini disamping dapat bersemuka bersama Alumni yang lain. Susah nak jumpa kan? Inilah masanya, sambil menambah ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik, dapat merapatkan, menemukan kembali sahabat yang sebelum ini berjauhan. Boleh juga berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat yang selama ini berada dalam satu matrikulasi, namun tidak mengenali antara satu sama lain.

Inilah MASANYA!

GET READY TO NIKAH bukan sahaja untuk yang sudah dekat tarikh NIKAHNYA, bukan juga untuk yang sudah ada calon PASANGAN sahaja atau yang seangkatan dengannya. GET READY TO NIKAH adalah untuk SEMUA! Terbuka untuk SEMUA, termasuk bukan Alumni KMPk.

GET READY TO NIKAH masih mengenalkan konsep IMEJ, KOMUNIKASI dan ETIKA sepertimana yang dirancang dalam ICE sebelum ini.

OK, JOM DAFTAR SEKARANG!
KLIK di SINI untuk mendafar atau KLIK DAFTAR GET READY TO NIKAH pada tab di atas.

Insya Allah.
Dah GET READY TO NIKAH?
Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke gerbang itu.
Bukan semudah A B C.

GET READY TO MAKE A CHANGE,
TO MAKE A CHANGE, YOU NEED A STEP!


Apa tunggu lagi, JOM DAFTAR!
Moga bermanfaat untuk semua. Insya Allah.



Thursday, October 25, 2012

Raya Haji 1433H


| SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA ALUMNI |

Pengorbanan itu memerlukan mujahadah yang berterusan. Pengorbanan itu tidak pernah mudah. Walaupun pengorbanan itu berkehendakkan kita untuk jatuh, jangan gentar untuk bangun. Jangan pengorbanan itu akhirnya menjadikan diri kita sendiri yang terkorban.

Berkorban atau terkorban?
Kita punya pilihan!

JOM buat pilihan :)
Muhasabah diri sejauh mana diri sanggup berkorban.
Muhasabah diri sejauh mana diri telah terkorban.

Waallahu'alam.

P/s: Maaf dah lama sangat tidak menulis di sini. Teruskan sokongan anda!

Tuesday, September 11, 2012

Bengkel ICE - Image - Communication - Etiquettes | Breaking The Habit


Saksikan video promo bengkel (tarikh dibawa ke 1 Disember 2012),


Poster rasmi bengkel,


*Makanan tengahari disediakan

Butiran program :

 8.00 a.m  -  9.00 a.m   : Pendaftaran

 9.00 a.m  - 11.00 a.m  : Expressive Communication oleh Cikpuan Mastura Mansor 

11.30 a.m -   1.30 p.m  : Professionalisme via Etiquettes oleh Puan Muna 'Izzah 

  3.00 p.m -   5.00 p.m  : Image Magnetic (Groom & Boom Your Image) oleh Tuan Amin Idris

  5.00 p.m -   5.30 p.m : Penutup

Daftar segera! 
Tempat adalah terhad. 
Untuk mendaftar klik disini. 

Lagu Motivasi Hari Ini (^_^)


Dengarkan dan hayati. 
Motivasi diri datang dalam pelbagai cara.

[JSU]

Friday, September 7, 2012

Hadiah Istimewa!

l ISTIMEWA l

Hadiah ISTIMEWA menanti pendaftar dalam gandaan ke-50 (50, 100, 150 dan seterusnya)
Jangan lepaskan peluang ini! :)

JOM daftar sekarang!

Insya Allah bersama kita tingkatkan jumlah ahli persatuan Alumni kita ini. Juga bersama kita meramaikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang akan diadakan nanti. Insya Allah moga bermanfaat pada semua.

Thursday, August 30, 2012

Merdeka!


SALAM KEMERDEKAAN ke 55 buat ALUMNI jauh dan dekat!
Alhamdulillah 55 tahun.

Setinggi-tinggi keyukuran kepada Pencipta, atas anugerah yang tidak ternilai ini iaitu keamanan yang bukan semua penduduk dunia dapat rasainya. Bukan semua penduduk dunia mampu tersenyum di kala ini. Ada yang dikala ini menangis derita, ada juga yang bersemangat mempertahankan tanah air mereka. Kita?

Ayuh refleksi diri, apa itu erti kemerdekaan?

Apa erti kemerdekaan andai minda masih belum merdeka?
Masalah sosial di sana sini. Harga diri dicampak sesuka hati.

Apa erti kemerdekaan andai kita masih terus leka?
Apa erti kemerdekaan andai hiburan terus bermaharajalela?


Muhasabah diri,
Betul kah kita sudah merdeka, sedangkan fikiran masih dijajah?

Wahai warga Alumni yang disayangi,
Merdekakanlah jiwa, fikiran kita.
Jangan lupa, keamanan bukan untuk diperdagangkan tetapi dipertahankan.

JOM MERDEKAKAN DIRI KITA!

Wassalam.

Jom Masuk U!

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Sudah lama tidak bersua di Medan Bicara Alumni ini. Kini ramai kembali ke pusat pengajian masing-masing, tidak kurang juga adik-adik yang sibuk membuat persiapan bagi memasuki alam Universiti tidak lama lagi. Insya Allah bakal bergelar Mahasiswa dan Mahasiswi.

Dup dap, dup dap...
Berdebar-debar menantikan hari itu kan.

"Boleh ke aku survive ni?"

"Boleh ke aku realisasikan impian mak ayah aku ni?"

"Boleh ke ni??"

:)

Alhamdulillah Alumni senior sentiasa berlapang dada memberi maklumat, pandangan kepada adik-adik di Facebook. Alhamdulillah! Harap budaya memberi ini boleh terus disemarakkan dalam keluarga Alumni ini. Insya Allah.

Dalam sesi lawatan ke Group Alumni KMPk, scroll sampai ke bawah untuk mencari mutiara-mutiara ilmu, pesanan yang dapat dikongsikan bersama di sini. Admin tidak mampu scroll ke bawah lagi, maka ini yang dapat dikongsikan buat masa ini. Harap bermanfaat, dan dapat dijadikan panduan dalam menempuh alam Universiti nanti.

Jom layan, scroll sampai bawah :)




Lagi pesanan abang kakak :)


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian!

  

Perbanyakkan doa agar sentiasa diberi kekuatan demi sebuah kejayaan,
Ingat, kejayaan itu bukan untuk dibangga-bangga tetapi untuk kebaikan bersama. Naikkan semangat untuk berbakti! :)


 Baru fasa pertama, bersedialah untuk fasa yang berikutnya...


Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang tidak buat kita lupa, tetapi yang dapat buat kita tunduk syukur kepada Pemilik segala ilmu ini. Hebatnya kita bukan hebatnya bidang yang kita dalami, tetapi hebatnya kita kaitkan ilmu itu kepada isi alam supaya lebih dekat jiwa-jiwa ini kepadaNya.

Kejayaan bukan milik hakiki kita.
Jauh takbur, larikan diri daripada sifat sombong dan bongkak.


Kita-kita punya jalan hidup yang berbeza,
Maka, hadapilah jalan-jalan ini dengan setenang-tenangnya :)

 

Itu dia pesanan-pesanan abang kakak yang dapat dikongsikan bersama. Moga bermanfaat buat adik-adik, juga kepada Alumni yang kini sudah pun berada di alam Universiti. Dengan ini, harapnya dapat mengingatkan kita untuk perbetulkan niat dan teruskan usaha hingga ke akhirnya.

Tidak ketinggalan pesanan Admin, moga mahasiswa/mahasiswi Alumni KMPk akan terus cemerlang! :)
Insya Allah!


Pesanan mutiara hikmah Alumni kita :)


Ok, berhenti merungut dan perbanyakkan syukur padaNya. Teruskan usaha, gunakan segala daya untuk terus berjaya. Insya Allah dunia akhirat.

Alhamdulillah pesanan-pesanan yang amat bernilai!

Terima kasih atas kerjasama menghidupkan Alumni kita ini. Moga terus bersama, menambah segala apa jua kekurangan. Insya Allah untuk kebaikan bersama :)

Ada apa-apa cadangan, boleh kemukakan di Group Alumni KMPk ya!
JOM MASUK U!!!
Sekian.
Wassalam.

Thursday, August 23, 2012

Raya


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah hampir seminggu kita beraya. Ada yang daripada jauh pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada juga yang cuti panjang dan dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Daripada pihak Alumni sendiri mengambil peluang ini, Insya Allah masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.
(Al-maklumlah Admin juga sibuk beraya dengan mengguna sebaik mungkin cuti yang ada)

TaqabalAllahu minna wa minkum, Insya Allah!

Semoga kita terus istiqamah dengan pentarbiyyahan Ramadhan. Moga gelombang fenomena Ramadhan terus kita raikan bersama. Insya Allah.

Pastinya sekarang ramai adik-adik kita yang sibuk dengan persiapan masuk universiti kan. JOM MASUK U! Sertai kami, Insya Allah moga kejayaan menanti kita semua di akhir pengajian. Dan diharapkan buat sahaja kejayaan di akhir pengajian dengan menggenggam segulung ijazah, tetapi bagi yang beragama Islam, moga kejayaan itu punya redhaNya dunia dan akhirat InsyaAllah.

Sekian dahulu.
Semoga Alumni KMPk terus maju jaya, Insya Allah.

Tour raya Alumni? Ada ke tahun ini ye?

Wassalam.

Tuesday, July 24, 2012

Fenomena Ramadhan 2.0

Alhamdulillah Ramadhan tiba lagi dengan pelbagai ganjaran yang pastinya tidak diperoleh pada bulan-bulan lain. Tawaran lumayan bukan?

Pelbagai azam dan matlamat jangka pendek serta panjang dirangka agar Ramadhan kali ini tidak sia-sia. Diisi sepenuhnya dengan amalan-amalan yang mendekatkan hambaNya kepada Pencipta yang menguasai segala apa yang ada di antara langit dan bumi.


Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu beli kurma,
Tidak kurang juga yang beli telekung baru,
Tidak kurang juga yang beli kopiah, songkok baru,
Meriah Ramadhan kali ini!

Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu ke masjid untuk solat tarawikh,
Tidak kurang juga yang berazam untuk baca al-Quran 30 juzuk,
Tidak kurang juga yang berazam untuk laksanakan amalan-amalan sunat,
Meriah Ramadhan kali ini!

Bulan Ramadhan,
Ramai berpusu-pusu memberi sumbangan sana-sini,
Tidak kurang juga yang ziarah ke rumah anak yatim dan orang-orang tua,
Tidak kurang juga yang ziarah ibu bapa di kampung untuk berbuka puasa bersama,
Meriah Ramadhan kali ini!
Lebih meriah Ramadhan kali ini jikalau amalannya dibawa ke bulan-bulan seterusnya kan?
JOM ISTIQAMAH!

Jika fenomena sebelum ini negatif, namun itu adalah sebagai pembuka mata supaya kita melihat semula diri kita, muhasabah diri kita di mana jasad dan ruh yang sebelum ini kita abaikan mengikut acuan dunia. Ya, manusia itu yang sering menzalimi diri mereka sendiri.

JOM ISTIQAMAH dengan amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan ini!
:)

JOM kita jadikan fenomena Ramadhan ini suatu fenomena umat Islam akhir zaman yang AWESOME!
Insya Allah, tidak mustahil kan?
JOM!

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,
Buat semua warga alumni KMPk yang disayangi!

Thursday, July 19, 2012

Greetings + Checklist


Ramadhan dirai dengan pesta ibadah,
Pesta ibadah mendekatkan diri kepada Pencipta.


Kesabaran diuji,
Meningkatkan ketaqwaan dan rasa syukur pada Ilahi.


Ukhwwah Islami terus terjalin,
Jauh mahupun dekat sama merasai nikmat Ramadhan,
Yang datangnya cuma sekali setahun.


Maka, JOM istiqamah dalam perubahan,
Jadi insan yang lebih bersyukur dan dekat denganNya,
Jangan dilupa insan-insan yang lemah di sekeliling kita.
Hargai dan sayangilah mereka :)

JOM sebarkan senyuman dan kasih sayang Ramadhan yang awesome!


JOM tick-tick-tick!
Nantikan artikel FENOMENA RAMADHAN 2!
Insya Allah.

Tuesday, July 3, 2012

Fenomena Ramadhan

RAMADHAN bakal menjelma!
Insya Allah moga kita dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun 2012 ini bersamaan 1433H. Namun begitu, apabila kita sebut perihal PUASA, sudah pasti RAYA juga menjadi perbualan hangat.

'RAYA tahun ni nak pakai baju warna apa?'
'RAYA tahun ni nak beli atau buat sendiri kuih raya?'

Antara soalan yang popular,
'RAYA tahun ni nak beraya di mana?'

Antara soalan hangat bagi pelajar luar negara,
'RAYA tahun ni nak balik beraya bersama keluarga atau beraya di perantauan?'
'RAYA tahun ni agak-agak tiket mahal tak?'


Sehingga terlupa untuk mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa, mempersiapkan diri untuk dididik dan menjadi insan yang terdidik, di mana didikan Ramadhan itu bukan sekadar dalam masa sebulan sahaja tetapi berlanjutan ke bulan-bulan seterusnya. JOM ISTIQAMAH!

Fenomena Ramadhan :)

Dalam bulan-bulan lain,
'Subuh habis pukul berapa ye?'
Maka Subuh itu dilambat-lambatkan,
Sehingga ada istilah 'Subuh Gajah'.

Dalam bulan Ramadhan,
'Subuh masuk pukul berapa ye?'
Mahu lambat-lambatkan sahur katanya,
Namun kadangkala tertidur juga selepas sahur.

Dalam bulan-bulan lain,
Beli makan petang, cukup nasi berlauk dan air,
Makan juga cukup-cukup sahaja.

Dalam bulan Ramadhan,
Beli makanan berbuka, bermacam jenis lauk,
Siap dengan kuih-muih, kek, rojak dan sebagainya,
Tetapi selepas berbuka...erk!
Maka berlaku pembaziran.

Apa jua fenomena dalam bulan Ramadhan ini, perlu kita sedar bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan tarbiyyah yang sangat-sangat istimewa. Segala peluang, ganjaran berlipat kali ganda perlu kita rebut. Insya Allah peluang itu sentiasa ada, cuma kita pilih, NAK ke TAK NAK?

Jom persiapkan diri untuk Ramadhan,
Persiapkan diri untuk berlapang dada ditarbiyyah oleh Ramadhan,
Juga ISTIQAMAH dalam pentarbiyyahan.

Insya Allah.

Moga Ramadhan yang bakal kita tempuh ini lebih baik daripada Ramadhan tahun sebelumnya.

Wahai warga Alumni KMPk,
JOM BERUSAHA JADI LEBIH BAIK!
Insya Allah.

Berapa hari lagi???!
JOM COUNTDOWN!


Nantikan entry berikutnya,
Sekilas pandang 24 HOURS JPP! Memang AWESOME!


Tuesday, June 12, 2012

Exam Mode

Assalamualaikum wbt,
Salam bahagia!


SELAMAT BERJUANG
AHLI-AHLI ALUMNI KMPk SEKALIAN!

Semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Perbaharui niat, tuntutlah ilmu sehingga ke hembusan terakhir. Insya Allah. Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang sekeliling.

MEDAN BICARA ALUMNI KMPk mendoakan yang terbaik buat semua!

Jaga kesihatan, perbanyakkan doa tanpa meninggalkan usaha. Dan berserahlah kepadaNya. Insya Allah moga diberikan keputusan yang terbaik buat kita-kita semua.

LET'S CAMP 2 in progress...

Sebaran bahagia!

Monday, June 11, 2012

Alumni KMPk Gigih!


LOGO BARU!
Awesome!

Di sini lahirnya anak-anak bangsa berjaya,
Mendukung cita-cita wawasan negara,

Bersatu kita bersama,
Mengorak langkah,
Ke satu arah, satu tujuan,
Menuju KECEMERLANGAN....

Insya Allah ALUMNI KMPK kini mengorak langkah bagi penjenamaan semula keorganisasian Persatuan Alumni KMPk dengan misi :
  1. Meningkatkan pendaftaran dan penglibatan ahli alumni sebanyak 100%.
  2. Membantu pihak kolej dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. 
  3. Menyelaraskan segala sistem dokumentasi persatuan.
Ayuh bekas-bekas pelajar KMPk sekalian untuk terus bergiat aktif dalam merealisasikan misi ALUMNI KMPk kita ini. Teruskan berinteraksi dan menyumbang idea bagi kebaikan serta manfaat semua. Sebarkan Persatuan ALUMNI KMPk pada sahabat-sahabat yang masih samar-samar akan kewujudan ALUMNI ini.

Berkongsi ilmu dan pengalaman.
Sebarkan jalinan persahabatan.

Buat pengetahuan semua, ini adalah barisan Majlis Tertinggi Alumni KMPk terkini. Insya Allah bersama kita mengorak langkah dan merasai nikmat dengan memberi, menyumbang kepada kecemerlangan generasi yang berguna bagi bangsa dan agama. Insya Allah.



Presiden : Mohammad Faiz bin Kamarudin 

Timbalan Presiden : Nur Mastura binti Mansor 

Naib Presiden I : Ahmad Zulkamal bin Mohd Ziyadi 

Naib Presiden II : Amira binti Mohd Nasib

Setiausaha Agung : Nurul Illianida binti Roslan

Naib Setiausaha Agung : Mohd Lutffi bin Abd Latif

Bendahari Kehormat : Nur Shahidah binti Roselan 

Naib Bendahari Kehormat : Muhammad Hilmi bin Ismail 

Exco Hubungan Korporat : Mohamad Luqman bin Mohd Din 
Exco Penyelidikan dan Pembangunan : Noor Izzati binti Mohmd Yusof 
Exco Multimedia : Mohd Shahrul Nizam bin Ishak 
Exco Publisiti : Amal Athirah binti Zarzilah 

JOM sama-sama maju ke hadapan!

Hidup bukan selamanya,
Berusaha jadi insan yang terbaik,
Lebih baik daripada hari semalam.

Insya Allah.

ALUMNI KMPk AWESOME!
LET'S MAKE IT!


Insya Allah.

Nantikan program terdekat ALUMNI KMPk, LET'S CAMP 2!
Insya Allah.

Kepada yang sedang atau akan atau telah menduduki peperiksaan,
SEMOGA BERJAYA SEMUA!

Sunday, June 10, 2012

Selamat Hari Bapa

Jika bulan MEI hari ibu disambut, pada bulan JUN ini tiba pula giliran hari bapa. Namun yang demikian, hari ibu dan hari bapa ini bukanlah hanya dirai pada bulan-bulan ini tetapi sewajarnya setiap masa dan hari itu adalah hari-hari istimewa buat mereka. Kita sebagai anak yang akan merealisasikannya!

Sebagai anak, jasa ibu bapa amatlah tinggi nilainya hingga tiada tolok bandingnya. Wang ringgit? Harta kekayaan? Itu bukan ukurannya. Anak sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sebaik-baik kejadian, dikurniakan ibu bapa yang berusaha keras memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tanpa mereka siapalah kita di atas muka bumi Tuhan ini.

Bapa.
Abuyya.
Ayah.
Abah.
Abi.
Papa.
Daddy dan seangkatan dengannya.

Sinonim dengan tugas sebagai ketua rumah tangga. Ibarat nakhoda sebuah kapal yang sarat dengan muatan. Dikemudinya mengikut arah yang telah ditetapkan untuk sampai ke satu destinasi yang hendak dituju. Tugasnya bukan mudah kan? Andai kata salah kemudi, maka salah juga arahnya dan seterusnya sesatlah serta semakin jauh daripada destinasi yang hendak dituju itu.

Bapa,
Insan terpilih di antara kaum adam di dunia,
Menjadi nakhoda berwibawa,
Penunjuk arah mencapai impian yang utama,
Manusia terhormat, pendidik hawa,
Mendidik, rohani dan spiritual.

Bapa,
Dikau insan disegani lagi dihormati,
Dikau insan penuh amanah dan dedikasi,
Dikau insan anugerah Ilahi.

Bapa,
Pengorbananmu itu tiada nilai gantinya,
Hidup sementara ini kau korbankan segala,
Demi keluarga amanah Tuhanmu,
Penat lelah sepi, tiada jemu dalam kalbu.

Bapa,
Insan HEBAT!
AWESOME!


SELAMAT HARI BAPA daripada MEDAN BICARA ALUMNI buat ahli-ahli ALUMNI KMPK yang sudah bergelar bapa dan istimewa buat bapa-bapa sedunia. Semoga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya, dimurahkan rezeki dan dapat menjadi contoh tauladan kepada generasi muda masa ini. Insya Allah.

SELAMAT HARI BAPA!
JOM jadi warga ALUMNI yang tahu hargai jasa BAPA!

Sebarkan kasih sayang dalam keluarga!

Wednesday, June 6, 2012

Sekilas Pandang MPPB 2012/2013


 

Ini adalah kenangan MPPB tahun-tahun lepas yang pasti setiap kali Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini, akan ada kenangan-kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan terutama sekali bagi mereka yang bergelar AJK Orientasi (AJKO). Setiap tahun AJKO punya tagline tersendiri.

Tagline tahun ini, "AWESOME, PERGH!" menjadi pembakar semangat kepada para AJKO yang mempunyai bilangan yang paling sedikit jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Kekuatan AJKO iaitu seramai lebih kurang 90 orang ini berusaha sehabis baik bagi memastikan MPPB kali ini berjalan dengan lancar disamping membantu pihak kolej mencapai matlamat minggu MPPB.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar dan bertabah itu adalah mereka-mereka yang cantik dan handsome!"
 


Dengan kepadatan pelajar baru seramai lebih daripada 2,500 orang iaitu antara bilangan terbesar setakat ini, menjadikan ini salah satu cabaran terbesar buat AJKO-AJKO yang sedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Alhamdulillah. Awesome, pergh!

Tahniah!

Ini adalah perjalanan MPPB secara ringkasnya.

Hari Pertama

Merupakan hari pendaftaran pelajar yang menyaksikan kereta mula beratur seawal 7 pagi. Kesesakan dan kehangatan mula terasa. Namun demikian, pelajar-pelajar masih bersemangat untuk memulakan pengajian di matrikulasi ini. Kesemua AJKO memainkan peranan masing-masing mengikut tugas yang telah ditetapkan.





Semasa Taklimat Waris

Suasana hari pendataran - 28 Mei 2012


Orientasi bersama pelajar bermula pada jam 5 petang selepas taklimat waris sesi kedua yang berakhir pada kira-kira jam 4.15 petang. Pelajar segak menawan mengenakan baju yang diberikan oleh pihak kolej. 
Wajah ceria adik-adik kita


Hari Ke-2 hingga Hari Ke-4

Hari-hari ini diisi dengan sesi taklimat daripada setiap jabatan seperti jabatan peperiksaan, disiplin dan perpustakaan. Selain daripada taklimat, sesi LDK bersama kumpulan mentor mentee turut menjadikan MPPB menarik dan penuh dengan pengisian.

Pada hari ke-2, slot malam dipenuhkan dengan slot bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2011/2012 dimana di dalam slot ini budaya belajar di matrikulasi menjadi topik bual bicara mereka. Slot ceramah perdana pada hari ke-4 dapat menarik perhatian pelajar. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat semua pelajar, juga sebagai bekalan menempuh hari-hari mencabar di matrikulasi nanti.

Perhimpunan pagi - AJKO! Awesome, pergh!

Beg kuning menjadi identiti
(Perhimpunan pagi di dataran)

Smart!

Bersama kumpulan mentor mentee

Hari Ke-5

Tibalah hari penutup. Pelajar lelaki segak berpakaian formalnya bertali leher KMPk manakala pelajar perempuan juga berbaju formal dan bagi muslim bertudung hitam. Mana baju korporat yang diberikan? (Boleh lihat pada Fan Page Alumni KMPk, LIKE!) Memandangkan ada pelajar yang tidak mempunyai seluar slack hitam, maka rancangan pun ditukar. Ini bagi memastikan keseragaman dalam kalangan pelajar.

Tayangan multimedia (Insya Allah bakal di upload) menjadi gimik pada hari penutup, diterima baik oleh pelajar-pelajar. Terbaik! Suasana sepi di dalam dewan bertukar gamat dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh pelajar yang menyaksikan video ini. Tahniah!

Detik perpisahan dengan pelajar baru. Perkongsian sedikit sebanyak daripada AJKO Alumni dan AJKO yang lain harap dapat mempersiapkan adik-adik dalam mengharungi perjalanan hidup di matrikulasi. Yakinlah, usaha, doa dan tawakkal itu dapat membuahkan kejayaan yang cemerlang. Insya Allah.

Tagline MPPB tersemat diingatan:

Kopi O...Kopi O!
Perak macho...Perak macho!

Pepsi, cola, seven-up...Pepsi, cola, seven-up!
Ayuh Perak, don't give up...Ayuh Perak, don't give up!

Matrik gempak mana tu???
Matrik Perak! Matrik Perak!

Matrik gempak mana tu???
Matrik Perak! Matrik Pe...rak!

Suara bangkit semangat daripada AJKO kita ini, Manoosh dan Zairi yang mengetuai sorak menaikkan semangat adik-adik kita. Kerjasama adik-adik, pelajar baru ini memang first class! Alhamdulillah. 

"Apa yang adik-adik inginkan?"
"4 FLAT!!!!"

"Adik-adik, mula ombak daripada tepi sana! sambung dari tepi sana!"
Ommmbaaakkk..."Ooouuuhhhh"
Bunyi lebih, nasib baik ombak menjadi ya.
Terima kasih abang Ombak!

Abang-abang dan kakak-kakak AJKO yang awesome!

Atas bukit ada rumput,
Rumput cantik tak pernah lihat,
Bukit yang cantik, heyy..
Bukit yang cantik...!

Buat adik-adik semua, Insya Allah para AJKO dan Alumni akan mendoakan adik-adik. Jauh di mana, namun akan terasa sentiasa dekat di hati. Insya Allah Alumni telah pun merancang beberapa aktiviti bagi adik-adik semua, kami mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada adik-adik. Nantikan kedatangan kami. Insya Allah.

Semoga berjaya daripada panel MEDAN BICARA ALUMNI! :)
Like Fan Page Alumni KMPk dan ikuti perkembangan aktivti dan program yang dijalankan.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta ya!

Teruskan menyokong aktiviti Alumni KMPk!
Salam bahagia buat semua!
Waallahu'alam.

Tuesday, June 5, 2012

Re-Born MEDAN BICARA ALUMNI

Assalamualaikum.
Salam bahagia buat semua!

Alhamdulillah.
Akhirnya wajah baru blog ALUMNI KMPk dapat disiapkan. Walaupun masih dalam rangka kemaskini, diharapkan blog ini dapat menjadi medium yang menghubungkan ahli-ahli Alumni secara keseluruhannya. Insya Allah. Juga memberi info-info terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh ALUMNI KMPK.

Insya Allah moga bermanfaat buat semua. Sebarang cadangan atau persoalan boleh diajukan disini. Kami daripada pihak Majlis Tertinggi ALUMNI KMPK dan exco-exco yang lain bersedia memberi khidmat yang sewajarnya. Insya Allah.

Teruskan menyokong ALUMNI KMPK!
Follow MEDAN BICARA ALUMNI ini bagi memudahkan kalian mengikuti aktiviti terkini ALUMNI KMPK. Sokongan kalian amat kami hargai. Sekian, salam perpaduan satu ALUMNI KMPK.

Mempersembahkan: