Social Icons

twitterfacebook

Monday, April 18, 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) sesi 2015/16 dan Tahniah!


NOTA EDITOR: Berikut merupakan kenyataan oleh Naib Presiden 1 NGO Alumni KMPk, Cik Puan Noor Marinah Sahri untuk mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar Program Matrikulasi yang akan menduduki PSPM dan ucapan Tahniah buat bakal pelajar Program Matrikulasi sesi 2016/17.




Saya mewakili NGO Alumni Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pelajar Program Matrikulasi seluruh Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan semester akhir bermula hari ini.

Manfaatkan masa yang ada untuk pecutan terakhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Mantapkan
 hafalan dan kefahaman ilmu yang diperolehi sepanjang sesi pembelajaran di matrikulasi. Jangan pernah lelah dalam menimba ilmu dan beramallah dengan ilmu yang dipelajari.


"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.” - Imam Syafie


Sebelum menghadapi peperiksaan, mohonlah restu daripada ibu dan ayah serta semua pensyarah. Semoga semuanya dipermudahkan.


Buat yang terbaik! Anda selangkah menuju alam universiti.


Tidak dilupakan, setinggi-tinggi ucapan tahniah buat semua pelajar lepasan SPM yang mendapat tempat untuk menyambung pelajaran dalam Program Matrikulasi bagi sesi 2016/17.

Manfaatkan peluang yang diperolehi bagi mencapai cita-cita kalian dan jangan sia-siakan peluang ini. Rahsia kecemerlangan di matrikulasi adalah 'RAJIN'. 

Sesungguhnya Allah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Yakinlah!

Kepada bakal pelajar Kolej Matrikulasi Perak, NGO Alumni KMPk mengalu-alukan kedatangan warga baru KMPk ke tempat pengajian nan indah ini. 

'Menuju Alumni Berprestij!'

Noor Marinah Sahri
Naib Presiden 1
NGO Alumni KMPk

No comments: