Social Icons

twitterfacebook

Thursday, March 21, 2013

THOUSAND WORDS FOR GAZA.



Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu selesai sudah program THOUSAND WORDS FOR GAZA. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah hasil kerjasama pihak Alumni KMPk, JPP, JMM dan Aqsa Syarif.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Ini terbukti dengan kejayaan pengumpulan dana sebanyak RM14000 hasil sumbangan para pelajar dan warga KMPk seluruhnya.

Tahniah diucapkan kepada yang berusaha untuk menjayakan program hebat ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para Alumni yang terlibat menjayakan program ini. Pengorbanan dan sokongan anda sangatlah awesome.

Tidak ketinggalan, sekalung tahniah kepada JPP dan JMM terutamanya YDP JPP, Muhammad Hakeem Huseinal atas usaha mengemudi program ini dengan jayanya.

Moga segala usaha anda diberkati!

Ini adalah gambar-gambar sepanjang program yang disusun mengikut kronologi.


 Kain rentang ditandatangani bagi menunjukkan sokongan.

 Pameran sepanjang program berjalan.

Antara booth jualan. Mafla dengan logo KMPk!


Konsert Mahabbah Hafiz Hamidun.
Barisan Alumni yang turun memberi sokongan bergambar bersama Hafiz Hamidun.

 DDUG! Duduk Diam Untuk Gaza.

DDULD! Duduk Diam Untuk Lahad Datu.

 Antara aksi ketika flash mob.

 Silence is betrayal!

 Darah yang tertumpah!

 Doa senjata mukmin!

 Freedom!

 Kita semua bersatu! Melawan zionis!

Palestine will be free!
Tuan presiden, Muhammad Faiz B Kamaruddin bergambar bersama Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi.

 Tuan Presiden dan YDP JPP 2012/13.

 Ustazah Fatimah Syarha. 

Dr. Farhan Hadi.

Ustaz Ahmad menyampaikan sumbangan hasil kutipan dana sebanyak RM14000 kepada wakil Aqsa Syarif.

Wakil Alumni KMPk bergambar bersama Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. 

Antara muka-muka yang menjayakan program. 

Seluruh warga gerak kerja program. Alumni KMPk, JPP dan JMM.







Semoga kita bertemu lagi di program-program lain. =)

Thousand words,
ONLY for GAZA :)
And all muslim country :)

Thursday, March 7, 2013

Thousand Words for Gaza: Perasmian

Assalamualaikum wbt,
Selamat keamanan sejagat!

Alhamdulillah, admin berkesempatan untuk turut serta dalam majlis perasmian program THOUSAND WORDS FOR GAZA. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Antara yang turut hadir adalah Ustaz Ahmad, Hairi Ahmad (Alumni batch 2007/2008)), Fatin Nabila Hamsan (Alumni batch 2010/2012) dan admin sendiri. Alhamdulillah, boleh dijadikan program perintis bagi program-program kemanusiaan sejagat yang lain. InsyaAllah.

THOUSAND WORDS FOR GAZA (7 Mac - 16 Mac 2013)
JOM datang beramai-ramai wahai Alumni semua.
Bagi sesiapa yang ingin hadir, sila bagi nama pada saudara Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi (0134018787) bagi memudahkan urusan keluar masuk Alumni yang hadir. InsyaAllah.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil~

Semangat waja dalam kesibukan :)

Pengisian yang bermanfaat :)

Fokus pada matlamat dan perjuangan

Teruskan berjuang, selamat berbakti :)

Mujahid harapan

Wakil Alumni, saudari Hairi bersama wakil Aqsa Syarif menurunkan tandatangan

Moga Allah bersama kamu, wahai rakyat Palestin!

Ustaz Ahmad turut bersama :)

Sila tandatangan ya :)
1,000 words!

Pengerusi majlis, Jazakallah

Antara muslimaat yang hadir :)
JOM ramaikan, indahkan ikatan mahabbah yang terbina sesama Alumni. InsyaAllah.
InsyaAllah banyak lagi program menarik dan bermanfaat menanti semua.
Jangan lepaskan peluang ini.

:)

Thousand words,
ONLY for GAZA :)
And all muslim country :)

Wednesday, March 6, 2013

Thousand Words for Gaza: Volunteer & Tentatif

Assalamualaikum wbt,
Selamat petang nan indah buat semua!

InsyaAllah, sepertimana yang sedia maklum, 8 - 16 MAC 2013 akan diadakan program THOUSAND WORDS FOR GAZA. Ya, program ini julung-julung kali diadakan di peringkat matrikulasi. InsyaAllah :)

InsyaAllah.

Seminggu ini akan dipenuhi dengan ILMU-ILMU yang bermanfaat. Pastinya untuk semua warga KMPk, juga Alumni. InsyaAllah. Jangan lepaskan peluang untuk bersama merasai kehangatan program ini (hehe!). Bagi sesiapa yang berminat untuk hadir, sila berikan nama kepada saudara Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi, boleh hubungi beliau melalui FB atau no yang tertera di bawah.

Sehubungan dengan program ini, pihak Alumni ingin mencari beberapa orang volunteer. Bagi sesiapa Alumni yang berminat untuk jadi volunteer, sila PM atau hubungi saudara Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi (013-4018787).

Volunteer diperlukan bagi:
Unit publisiti (InsyaAllah akan ada kerjasama dengan pihak Aqsa Syarif)
Flash Mob (wakil alumni, InsyaAllah lagi ramai lagi bagus)

Ini adalah tentatif THOUSAND WORDS FOR GAZA selama seminggu ini;

7 Mac 2013 (Khamis)
Perasmian program THOUSAND WORDS FOR GAZA 
InsyaAllah bakal berlangsung esok malam, yang bakal dihadiri oleh pihak HEP KMPk, wakil Alumni dan pastinya wakil daripada pihak Aqsa Syarif Sdn Bhd. Tabung kemanusiaan juga akan dilancarkan pada malam ini dan juga ada pengisian tentang isu palestin. InsyaAllah.

11 - 16 Mac 2013 (seminggu)
- Jualan di booth Aqsa Syarif dengan pameran
- Pameran oleh Unit Dinamika KMPk
- Gerakan skuad tabung kemanusiaan

12 Mac 2013
Ceramah Pemuda Islam (oleh Ustaz Farid)

14 Mac 2013
Motivasi Jalan yang Pasti (oleh Ustaz Abdullah Khairi)

15 Mac 2013
Konsert Motivasi Musikal (bersama Hafiz Hamidun, InsyaAllah)

16 Mac 2013 (HARI KEMUNCAK) 
- FLASH MOB GAZA
- DUDUK DIAM UNTUK GAZA (DDUG)
- EXPO ISLAM (Booth daripada agensi-agensi kemanusiaan akan dibuka)
- Forum Cappucino Cinta (oleh FATIMAH SYARHA dan DR FARHAN HADI)

Ada kelapangan, ringankan langkah kaki ke sana. InsyaAllah tidak pulang dengan tangan kosong. Pulang dengan hadiah input-input berharga yang boleh disebarkan untuk ummah di luar sana. InsyaAllah.

Suka admin berpesan, luruskan niat untuk hadir sama, InsyaAllah barakah-Nya ada bersama. Moga program ini dapat menyuntik kesedaran dalam diri, dan juga pentarbiyyahan hati yang dahaga dengan pengisian ilmiah. Inilah masanya untuk bergerak.

Moga-moga matlamat program ini diadakan tercapai dan dapat berkongsi manfaat dengan semua. InsyaAllah.

JOM2!
Kedatangan semua amat dialu-alukan :)

Saturday, March 2, 2013

Latest TWF Gaza

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,
Salam keamanan sejagat buat semua.

Alhamdulillah.
Masih dikurniakan nikmat hidup hari ini dengan pelbagai kecukupan.

Dalam masa yang sama, pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Malaysia yang kini menjadi lebih perihatin dengan isu semasa. Moga pergolakan itu berakhir dalam masa yang terdekat. Sedekahkanlah al-Fatihah buat pejuang yang terkorban, moga ruh mereka dicucuri rahmat Ilahi. InsyaAllah.MBA turut mendoakan agar isu ini diselesaikan sewajarnya.

InsyaAllah di sini ada berita baik untuk semua warga Alumni yang teringin, rindu untuk datang ke KMPk. InsyaAllah akan diadakan program yang dinamakan THOUSAND WORDS FOR GAZA pada 8 hingga 16 Mac ini. Program yang bakal diadakan selama seminggu ini InsyaAllah mempunyai pengisian-pengisian yang mantap buat warga KMPk, Alumni dan lainnya.


Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah:
-  Majlis perasmian dan penyerahan tabung kemanusiaan
-  Jualan dan pameran kesedaran isu Palestin
-  DDUG (duduk diam untuk Gaza)
-  Flashmob, nasyid
-  Forum 'Cappucino Cinta'
-  Pengisian isu Palestin terkini




Menarik kan?

Semalam, kami sempat bertemu dengan wakil Aqsa Syarif untuk berbincang aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung nanti. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Pihak Aqsa Syarif sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Alumni dan pihak KMPk.

 

Pihak JPP dan seangkatan dengannya juga memberikan kerjasama yang sangat baik dengan perancangan dan idea yang sangat AWESOME! InsyaAllah moga dilancarkan dan dipermudahkan setiap apa yang telah dirancang ini. InsyaAllah.

Nantikan THOUSAND WORDS FOR GAZA :)
Together we care, InsyaAllah.