Social Icons

twitterfacebook

Monday, March 28, 2016

Pindaan Perlembagaan: Keahlian dan Yuran


Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh Naib Presiden 1 NGO Alumni KMPk, Cik Puan Noor Marinah Sahri berkaitan pindaan perlembagaan persatuan yang membawa kepada perubahan pada keahlian dan yuran pendaftaran ahli.



-----


Infografik menerangkan perbezaan jenis keahlian persatuan yang lama dan yang baru.


Semasa Annual Grand Meeting 4 SPKG VIII bulan lalu, pengasas NGO Alumni KMPk iaitu Puan Mastura Mansor telah mencadangkan pemansuhan keahlian sepenggal dan digantikan terus dengan keahlian seumur hidup.


Untuk makluman para alumni, Fasal 6(1) bayaran masuk telah dimansuhkan dan Fasal 6(2) yuran sepenggal telah dipinda kepada yuran seumur hidup dengan bayaran RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).


Para NGO Alumni Kolej Matrikulasi Perak yang menghadiri AGM 4 tempoh hari perlu melakukan penambahan bayaran yuran sebanyak RM 30.00 bagi mendapatkan status keahlian seumur hidup.


Pada sesi-sesi yang lalu, yuran keahlian seumur hidup adalah RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja). Bermula pada sesi ini (sesi 2016/2018), yuran keahlian seumur hidup yang baru iaitu RM 50.00 berkuatkuasa sepenuhnya selepas dipersetujui semasa AGM lalu.


Bagi alumni yang ingin mendaftar sebagai ahli persatuan, bayaran sebanyak RM 10.00 akan dikenakan sebagai deposit dan baki bayaran sebanyak RM 40.00 haruslah dilangsaikan dalam tempoh 2 tahun. Namun begitu, para alumni diberi pilihan untuk membuat bayaran sekali gus atau secara ansuran.


Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak dalam tempoh 2 tahun akan diberikan surat peringatan sebelum keahliannya akan diberhentikan.


Kad keahlian seumur hidup yang baru akan diperkenalkan untuk sesi kali ini dan ianya masih dalam proses perbincangan para Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk.


Segala informasi dan maklumat terkini persatuan akan dihebahkan di halaman Facebook rasmi NGO Alumni KMPk.


'Menuju Alumni Berprestij!'

Noor Marinah Sahri
Naib Presiden 1NGO Alumni KMPk

Thursday, March 17, 2016

Selamat Datang Ke Keluarga Alumni Matrikulasi Buat Alumni KML



Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh Presiden NGO Alumni KMPk, Tuan Hilmi Ismail berkenaan kejayaan Alumni Kolej Matrikulasi Labuan (KML) mendaftar sebagai persatuan NGO alumni matrikulasi yang sah.

-----


Logo rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Labuan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah.

Sekalung ucapan tahniah kepada Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Labuan (KML) atas kejayaan membina satu lagi persatuan NGO alumni matrikulasi. 


Tahniah buat Pengerusi Alumni KML; Juriah Jahimin dan alumni-alumni KML yang berusaha menjadikan ianya satu kenyataan.

Selamat datang ke dalam keluarga NGO alumni matrikulasi.

Dalam pengetahuan saya, hanya tiga sahaja alumni yang berdaftar di bawah ROS sebagai NGO iaitu KMPk, KMPP dan KML (setelah KMM dibubarkan).

Semoga alumni matrik lain turut bersama menjayakan misi alumni masing-masing dalam membina generasi muda yang berpotensi besar memajukan negara Malaysia.

Harapan saya untuk masa hadapan, kita boleh bersama membina satu NGO gabungan alumni-alumni matrikulasi bagi membawa misi yang lebih besar.

"Menuju Alumni Berprestij"

Muhammad Hilmi Bin Ismail 
Presiden
NGO Alumni KMPk

Wednesday, March 16, 2016

Annual Grand Meeting 4 - SPKG VIII: The-Gathering

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya. :)

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Annual Grand Meeting kali ke 4 ketika Sireh Pulang ke Gagang tempoh hari. Annual Grand Meeting ini bertujuan untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan persatuan sesi 2014/2016 dan pembubaran Majlis Tertinggi sesi 2014/2016. Selain itu, turut diadakan adalah lantikan Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi 2016/2018.

Tuan Presiden Alumni KMPk sedang memberi ucapan



Kaunter pendaftaran AGM SPKG VIII
Kad Kehadiran ke AGM kali ke 4
Puan Mastura yang turut hadir pada Malam AGM kali ke 4
En Mahfuz, pensyarah KMPk sedang memberi ucapan
Pembentangan laporan oleh Mantan NGO Alumni KMPk
Suasana di dalam dewan kuliah semasa AGM berlansung




















Ribuan terima kasih diucapkan kepada Alumni yang hadir memberi sokongan, idea dan pendapat untuk AGM kali ini. Semoga NGO Alumni KMPk mampu setanding dengan persatuan Alumni yang lain seperti MCOBA, Alumni MCKK dan mendapat sokongan penuh yang berterusan daripada para Alumni dan pihak kolej. :)

"Menuju Alumni Berprestij"

Family Day Alumni KMPk - SPKG VIII: The-Gathering

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya.

Berikut merupakan gambar-gambar Family Day ketika Sireh Pulang ke Gagang VIII tempoh hari. Terdapat pelbagai permainan yang dijalankan, dimana permainan-permainan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara para Alumni. :)

Persediaan sebelum aktiviti bermula
Kegembiraan yang terpancar di wajah Alumni ketika melakukan aktiviti

































Ribuan terima kasih diucapkan kepada Para Alumni yang sangat sporting dalam menjalankan aktiviti dan sudi memeriahkan Family Day Alumni KMPk kali ini. :D

"Menuju Alumni Berprestij"