Social Icons

twitterfacebook

Sunday, October 9, 2016

Akan Datang: Education & Career Fair 2017



NGO Alumni KMPk bawakan khas untuk para pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2016/2017 program Education & Career Fair yang mana ini merupakan penganjurannya buat kali yang kedua.

Slot utama program ini adalah Get to Know yang menumpukan kepada perkongsian berkenaan kehidupan sebagai mahasiswa di kampus dan universiti oleh Wakil Universiti dan forum 'Oh My Career!' yang akan membawakan panel daripada 7 bidang kerjaya terpilih.

Menariknya program ini adalah Wakil Universiti dan para panel forum dipilih daripada alumni (bekas pelajar) Kolej Matrikulasi Perak sendiri. 

Selain itu terdapat juga Opening Talk dan Sharing Session.

Baca lebih lanjut berkenaan Education & Career Fair disini.

Education & Career Fair 2017: Pencarian Wakil Universiti!



Get to Know merupakan salah satu slot bagi program Education & Career Fair 2017.

Dalam slot ini, Wakil Universiti yang terpilih akan berada di booth universiti masing-masing dan akan berkongsi pengalaman dan info berkenaan alam kampus dan universiti kepada para pelajar yang berkunjung.

Baca lebih lanjut berkenaan Get to Know disini: Education & Career Fair 2015 - Pengumuman Rasmi dan sini: Pentas: Get to Know (Part 1).

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Wakil Universiti anda, silakan klik sini.

Untuk makluman para alumni, program Education & Career Fair yang akan berlansung kali ini adalah yang kali kedua diadakan. Program ini pertama kali diadakan pada tahun 2015 dengan menggabungkan dua program utama NGO Alumni KMPk iaitu Get to Know dan Oh My Career!.

Baca juga: ECF2015 - Gambar sesi Get to Know.

Monday, August 29, 2016

Selamat Menempuh Alam Mahsiswa dan Salam Sehati Sejiwa



Musim masuk ke Universiti.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat di Universiti Awam dan Swasta. Saya mewakili Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk mendoakan kejayaan kepada semua bakal mahasiswa terutama bekas pelajar KMPk.
Merdekanya negara kita bukanlah satu perkara yang hanya perlu disambut dengan laungan semata.
Sambutlah kemerdekaan dengan kesungguhan menuntut ilmu. Gunakan kelebihan negara kita yang tidak berperang untuk meraih kejayaan di medan universiti dan kerjaya kelak.
Pasakkan impian untuk berjaya di dunia dan akhirat.
'Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tetapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya' - Elbert Einstein -
Salam Kemerdekaan ke-59.
'Menuju Alumni Berprestij'
Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk

Sunday, July 31, 2016

Jamuan Raya di KMPk

Program Jamuan Raya di KMPk merupakan program pertama NGO Alumni KMPk yang bertemakan Hari Raya. Program ini telah diadakan pada 21 dan 22 Julai yang lalu dan mendapat sambutan yang memberansangkan daripada para alumni. Lebih daripada 80 orang alumni daripada sesi pengajian yang berbeza telah menghadirkan diri bagi menjayakan program ini.

Terdapat 2 aktiviti utama yang diadakan semasa program iaitu merewang dan jamuan. Aktiviti merewang telah diadakan di Masjid Al-Maghfirah manakala jamuan pula diadakan di Dewan Sri Kinta.

Ini merupakan program yang pertama kali melibatkan para pensyarah dan alumni untuk menjayakan aktiviti yang dirancang. Para pensyarah dan alumni telah sama-sama melapah seekor kerbau, merewang dan memasak. NGO Alumni KMPk telah diberikan tugas untuk menyediakan juadah utama untuk jamuan iaitu rendang tok dan kari daging.

Berikut merupakan gambar-gambar semasa program.

Aktiviti Merewang

Alumni sedang memotong lemang.

Sempat mengambil selfie bersama Datin Roslina, Pengarah KMPk,

Datin Roslina, Pengarah KMPk mengacau juadah utama.

Melapah daging kerbau bersama Ustaz Ahmad.

Para Alumni sedang memotong daging dan bahan mentah yang lain.

Persediaan untuk memasak sup tulang.
PP HEP 1, Encik Aris Hanafi dan para pensyarah turut membantu.

Para Alumni semasa sesi rewang sebelah malam,


Untuk melihat gambar aktiviti merewang yang lain, sila klik sini.


Jamuan

Booth Jabatan Matematik.

Tuan Hilmi Ismail, Presiden NGO Alumni KMPk bersiap ke jamuan,

Para Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bersama para Pegawai HEP.

Datin Roslina, Pengarah KMPk memberikan ucapan.

Turut diadakan sambutan hari jadi Pengarah KMPk, Datin Roslina. 

Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Perak.

Para Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah KMPk.

Tuan Presiden bersama Naib Setiausaha Agung berduet menyanyikan lagu raya.
Antara alumni yang hadir memeriahkan program.
 Untuk melihat gambar aktiviti merewang yang lain, sila klik sini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pesnyarah, alumni dan pelajar atas kesudian untuk memeriahkan program kali ini.

Jutaan tahniah buat para alumni khususnya para penggerak program atas kejayaan program bertemakan Hari Raya yang pertama ini.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Saturday, July 30, 2016

Ready to Lead 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ready To Lead merupakan suatu program yang diadakan untuk mempersiapkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) agar menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber. 

Dahulu ianya dikenali sebagai 24Hours JPP. Kini dengan penambahbaikan dari segi modul perlaksanaannya, JPP yang dipilih akan dilatih untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dan saling mengenali antara satu sama lain.

Berikut merupakan gambar sepanjang program.




Taklimat Kem


 Sesi Ice Breaking





Sesi Pembentangan Projek




 Majlis Penutup










Sunday, June 26, 2016

Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kembali Aktif

Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang jejaka daripada Alumni KMPP. Rupanya beliau adalah presiden bagi sesi terbaru untuk persatuan tersebut.
Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dahulunya pernah berdaftar sebagai NGO sama seperti Alumni KMPk. Tetapi kerana status yang tidak aktif, dimatikan status NGO mereka oleh ROS.
Kini, bersama presiden yang baru mereka mengatur langkah untuk kembali aktif dan layak digelar NGO.
Sama-sama kita doakan kejayaan Alumni KMPP untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Alumni KMPk serta Alumni KML.
Saya mengharapkan setiap alumni matrikulasi seluruh Malaysia dapat mengambil semangat mereka untuk turut aktif menabur bakti pada matrikulasi masing-masing.
Semoga impian untuk mewujudkan NGO Gabungan Alumni Matrikulasi Semalaysia boleh dijadikan realiti.
"Menuju Alumni Berprestij!"
Muhammad Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk

Sunday, June 12, 2016

Berminat nak Jadi AJKO? Baca Penjelasannya Disini

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk, Hasnul Adin berkenaan AJKO dan MPPB.


Pada para alumni yang sudi luangkan masa untuk menjayakan ToT AJKO dan MPPB pada kali ni, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.
Walaupun masing-masing punya urusan lain di kampus dan tempat kerja, tapi kalian tetap berusaha untuk hadir dan bantu. Ada yang datang sehari dua sahaja, ada yang datang, balik dan datang semula dan ada yang terpaksa batalkan niat di saat akhir. Ada juga yang terpaksa balik awal sebab nak menghadapi peperiksaan. Apa pun terjadi, yang penting niat kalian untuk membantu tu yang penting.

Tahniah pada kalian semua.
Bagaimana nak jadi AJKO?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AJKO hanya dipilih dari kalangan pelajar yang tamat pengajian di KMPk pada tahun yang sama. Jadi untuk MPPB tahun 2017 contohnya, para AJKO hanya akan dipilih dari kalangan pelajar-pelajar KMPk sesi 2016/2017 sahaja.
Untuk alumni pula (bekas-bekas pelajar sesi lain) telah disediakan kuota khas. Biasanya kuota alumni untuk MPPB hanya seramai 10 orang sahaja. Dan tugas alumni pula tidak sama seperti AJKO. Alumni akan bertindak untuk membantu para AJKO sepanjang MPPB berlangsung. Bukannya melakukan tugas-tugas mengikut unit-unit tugasan mereka.
Antara alumni yang menjayakan ToT AJKO kali ini.
Dengar-dengarnya untuk MPPB tahun hadapan kuota alumni akan ditambah. Jadi kepada mana-mana alumni yang berniat dan berminat untuk turut serta pada MPPB tahun hadapan, saya syorkan kalian mula aktifkan diri dan libatkan diri dengan program-program NGO Alumni KMPk dari sekarang. Disebabkan ada kuota, jadi kita terpaksa beri keutamaan kepada mereka yang aktif dengan program-program alumni dan mereka yang pernah terlibat dengan MPPB sahaja.
Bulan Julai dan Ogos ini NGO Alumni KMPk akan mengajurkan beberapa program yang memerlukan tenaga penggerak. Info lanjut berkenaan program kita akan umumkan di Facebook page dan Instagram rasmi persatuan kelak.
Buat para alumni yang baru tamat pengajian sesi 2015/2016, saya ingin menjemput kalian untuk join group rasmi Alumni KMPk di Facebook Groups. Antara medium yang kalian boleh gunakan nanti apabila hendak bertanyakan soalan berkenaan kos dan universiti yang bakal kalian mendaftar.
'Menuju Alumni Berprestij!'

Saturday, June 11, 2016

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2016/2017 yang Gemilang


Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas kelancaran Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) sesi 2016/2017 yang telah berlansung selama seminggu daripada 5 hingga 9 Jun yang lalu. MPPB kali ini pada saya lebih mencabar kerana ianya berlansung di dalam bulan Ramadhan. Namun begitu, saya cukup berbangga kerana para alumni dan AJKF telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi walaupun masing-masing penat berpuasa. Sungguhlah puasa itu bukan penghalang untuk kita berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Saya bagi pihak NGO Alumni KMPk ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para alumni yang komited, AJKF yang sentiasa bersemangat dan para pensyarah kerana telah bersama-sama menjayakan MPPB kali ini. 

Buat para alumni yang sudi meluangkan masa dan tenaga sepanjang MPPB kali ini, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Khas buat para AJKF, saya mendoakan agar kalian dipermudahkan urusan kemasukan ke universiti. Semoga kalian terus maju dimasa hadapan. 

Dikesempatan ini, saya juga ingin menyeru para AJKF untuk terus melibatkan diri bersama-sama dengan NGO Alumni KMPk. Terdapat pelbagai aktiviti dan program di dalam perangcangan yang memerlukan penggerak. Terdekat, kita akan menganjurkan aktiviti gotong royong perdana sempena hari raya di KMPk.

Kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2016/2017, tahniah dan selamat datang ke kolej terbaik Malaysia ini. Semoga kalian menggunakan kesempatan dan peluang yang telah diberikan ini sebaik mungkin. Jadilah insan berguna di masa hadapan kelak.

Buktikan kita terbaik!

'Menuju Alumni Berprestij!'

Izzah Nadhirah Dzulkifli
Naib Presiden II
NGO Alumni KMPk

Monday, June 6, 2016

Training of Trainer AJKO 2016

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Training of Trainer (ToT) merupakan program yang  dijalankan sebelum Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB) dan diadakan di Kolej Matrikulasi Perak. Program yang berlansung selama 3 hari ini diadakan untuk membentuk para AJKO yang bersemangat dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi seminggu tempoh MPPB.

Pada sesi kali ini, seramai 100 orang AJKO telah terlibat sepanjang program berlansung dan mereka telah dilatih oleh barisan alumni yang berpengalaman menjadi Ahli Jawatankuasa Organisasi (AJKO).

Berikut merupakan antara slot pengisian program Training of Trainer beserta gambar.



Sesi Pengenalan
Dikendalikan oleh Hasnul Adin, Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk.






Sesi Ice Breaking
Dikendalikan oleh Liana Ramli, mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015.











Sesi senaman pagi.





Sesi Team Building 1










Sesi Team Building 2
Diketuai oleh Hasnul Adin, Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk.



















Perjumpaan AJKO bersama Timbalan Pengarah KMPk, Encik Azman Mokhtar.







Slot Kerjaya vs Minat
Disampaikan oleh Tuan Hilmi Ismail, Presiden NGO Alumni KMPk.



Slot Imej dan Personaliti
Disampaikan oleh Puan Nurul Illianida Roslan, mantan Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk sesi 2014/2016.