Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, July 28, 2009

Program Bersama Pelajar PDT Hasil Kerjasama Alumni KMPk Bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM (PMFST)

--------&----------


Assalamualaikum diucapkan, pada 25 -26 julai yang lalu, Alumni KMPk telah mengambil inisiatif mengadakan satu kerjasama dengan rangkaian luar bagi meluaskan dan mempromosikan lagi Alumni KMPk,maka dengan itu satu program bersama pelajar PDT telah diadakan hasil dari kerjasama dengan PMFST, alhamdulilah program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan bagi pihak-pihak yang menjayakan program ini terutamanya, pihak kolej,PMFST,pelajar-pelajar PDT dan juga alumni-alumni yang hadir.

Antara objektif program ini adalah :
1)Mempromosikan dan meluaskan rangkaian alumni kmpk
2)Membantu pelajar PDT meningkatkan prestasi akademik mereka
3)Membantu pihak kolej bagi merialisasikan objektif, visi, dan misi kolej matrikulasi perak

Satu mesyuarat MT juga turut diadakan selepas program ini dijalankan, dan insya Allah butir-butirnya akan dimasukkan ke dalam blog dalam masa yang terdekat. Bagi merapatkan ukhuwah antara sesama alumni yang hadir semasa program itu, satu trip ke lata kinjang yang diketuai oleh kak mas,naib presiden I alumni kmpk turut diadakan.

Gambar-gambar sepanjang program






Naib Presiden Kak mas sedang memberi tunjuk ajar


Salah seorang pelajar PDT



YDP PMFST


Kuliah maghrib dari mantan PMFST

Gambar trip ke lata kinjang,,,






Semoga ukhuwah kita sesama alumni kmpk berkekalan ...amin

Wednesday, July 15, 2009

Hasil Perjumpaan Dengan Puan Roshidah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada Ahad yang lalu bersamaan dengan 12julai 2009,
saya, banan dan beberapa lagi orang alumni telah berjumpa dengan Puan Roshidah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan aktiviti alumni dan blog alumni

Antara hasil perbincangan adalah :-
1. Membuat "hyperlink" di dalam website KMPk untuk terus ke blog alumniKMPk
2. Mereka yang belum berdaftar boleh mendaftarkan diri sebagai alumniKMPk secara online
3. Menyediakan kad keahlian untuk ahli2 alumni yang aktif sahaja bagi mudah untuk mereka bergerak masuk ke dalam kolej
4. tak ingat

Penerangan :
1. "hyperlink" tersebut akan diletakkan di bawah unit HEP
2. borang untuk pendaftaran masih lagi dalam proses perangkaan dan akan dimasukkan ke dalam blog ini setelah siap
3. kad tersebut akan mempunyai gambar, nama, ic, no siri dan bermcm2 lagi maklumat. Kad ini tidak boleh dipindah hak milik. (sama macam kad metrik la)
4. kalo ade sape2 yg ingat tolong bagitau... =P

Saturday, July 4, 2009

Tahniah Cik Nur Mastura Mansor!!!

Hari ini pada jam 3petang, muncullah muka Cik Nur Mastura Mansor di kaca tv seluruh Malaysia di TV1.
Tahniah di ucapkan kerana terpilih menjadi salah seorang ahli panel untuk forum generasi y.
Kami tumpang berbangga atas kejayaan ini sebagai salah seorang wakil alumni KMPk yang berjaya muncul di kaca tv.
Tahniah sekali lagi, lepas ni promote la blog ni ye.. Mane taw sy bole dpt kontrek jage blog yb ke..huhu

Friday, July 3, 2009

Seorang Lagi ke ICU

Seorang sahabat kita, aeman kembar dari batch 08/09 dimasukkan ke ICU kerana didapati positif demam denggi.
Dah 5 hari dia demam. Same2lah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan semoga sahabat2 yg lain turut mendapat kesihatan yang baik.

Kami sangat sedih dengan kejadian yang berlaku pada sahabat2... :'(

Thursday, July 2, 2009

Kemalangan Menimpa ex-KMPk

Pada 25 jun, 3orang sahabat kita, sahal, muzakkir dan shahrul akbar mengalami satu kemalangan yang agak dasyat di Terengganu. ketika sedang memandu di sebuah simpang, mereka dilanggar oleh sebuah kereta perdana mengakibatkan saudara Sahal tercampak keluar dari kereta sejauh lebih kurang 4meter. Kepalanya terhantuk. Akibatnya dia koma dan dimasukkan ke dalam ICU. Manakala Shahrul pula mengalami retakan pada lengannya dan Muzakkir cedera ringan. Selepas beberapa hari koma, sahal menjalani pembedahan untuk memasukkan salur pernafasan di tekakknye pada 30jun pada jam 9pagi. Kini dia ditempatkan di wad biasa walaupun masih belum sedar.

Berita daripada kakak saudara Sahal, "Dr. kate hari ni kmungknn pndh ke wad biasa walaupun dia x sedar. sahal bernafas tnpa menggunakan alat bantuan.Sedar dia tu b'gantung pd nasib.ada cepat,ada lmbt. gerak mulut ckit,mata t'buka ckit.semua ok cuma lmbt utk sedar.Doalah."

Sama-samalah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.. Amin....

p/s : sekiranya sesiapa yang mempunyai perkembangan terbaru di minta menyampaikn pada kami..