Social Icons

twitterfacebook

Sunday, June 26, 2016

Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kembali Aktif

Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang jejaka daripada Alumni KMPP. Rupanya beliau adalah presiden bagi sesi terbaru untuk persatuan tersebut.
Alumni Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dahulunya pernah berdaftar sebagai NGO sama seperti Alumni KMPk. Tetapi kerana status yang tidak aktif, dimatikan status NGO mereka oleh ROS.
Kini, bersama presiden yang baru mereka mengatur langkah untuk kembali aktif dan layak digelar NGO.
Sama-sama kita doakan kejayaan Alumni KMPP untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Alumni KMPk serta Alumni KML.
Saya mengharapkan setiap alumni matrikulasi seluruh Malaysia dapat mengambil semangat mereka untuk turut aktif menabur bakti pada matrikulasi masing-masing.
Semoga impian untuk mewujudkan NGO Gabungan Alumni Matrikulasi Semalaysia boleh dijadikan realiti.
"Menuju Alumni Berprestij!"
Muhammad Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk

Sunday, June 12, 2016

Berminat nak Jadi AJKO? Baca Penjelasannya Disini

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk, Hasnul Adin berkenaan AJKO dan MPPB.


Pada para alumni yang sudi luangkan masa untuk menjayakan ToT AJKO dan MPPB pada kali ni, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.
Walaupun masing-masing punya urusan lain di kampus dan tempat kerja, tapi kalian tetap berusaha untuk hadir dan bantu. Ada yang datang sehari dua sahaja, ada yang datang, balik dan datang semula dan ada yang terpaksa batalkan niat di saat akhir. Ada juga yang terpaksa balik awal sebab nak menghadapi peperiksaan. Apa pun terjadi, yang penting niat kalian untuk membantu tu yang penting.

Tahniah pada kalian semua.
Bagaimana nak jadi AJKO?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AJKO hanya dipilih dari kalangan pelajar yang tamat pengajian di KMPk pada tahun yang sama. Jadi untuk MPPB tahun 2017 contohnya, para AJKO hanya akan dipilih dari kalangan pelajar-pelajar KMPk sesi 2016/2017 sahaja.
Untuk alumni pula (bekas-bekas pelajar sesi lain) telah disediakan kuota khas. Biasanya kuota alumni untuk MPPB hanya seramai 10 orang sahaja. Dan tugas alumni pula tidak sama seperti AJKO. Alumni akan bertindak untuk membantu para AJKO sepanjang MPPB berlangsung. Bukannya melakukan tugas-tugas mengikut unit-unit tugasan mereka.
Antara alumni yang menjayakan ToT AJKO kali ini.
Dengar-dengarnya untuk MPPB tahun hadapan kuota alumni akan ditambah. Jadi kepada mana-mana alumni yang berniat dan berminat untuk turut serta pada MPPB tahun hadapan, saya syorkan kalian mula aktifkan diri dan libatkan diri dengan program-program NGO Alumni KMPk dari sekarang. Disebabkan ada kuota, jadi kita terpaksa beri keutamaan kepada mereka yang aktif dengan program-program alumni dan mereka yang pernah terlibat dengan MPPB sahaja.
Bulan Julai dan Ogos ini NGO Alumni KMPk akan mengajurkan beberapa program yang memerlukan tenaga penggerak. Info lanjut berkenaan program kita akan umumkan di Facebook page dan Instagram rasmi persatuan kelak.
Buat para alumni yang baru tamat pengajian sesi 2015/2016, saya ingin menjemput kalian untuk join group rasmi Alumni KMPk di Facebook Groups. Antara medium yang kalian boleh gunakan nanti apabila hendak bertanyakan soalan berkenaan kos dan universiti yang bakal kalian mendaftar.
'Menuju Alumni Berprestij!'

Saturday, June 11, 2016

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2016/2017 yang Gemilang


Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas kelancaran Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) sesi 2016/2017 yang telah berlansung selama seminggu daripada 5 hingga 9 Jun yang lalu. MPPB kali ini pada saya lebih mencabar kerana ianya berlansung di dalam bulan Ramadhan. Namun begitu, saya cukup berbangga kerana para alumni dan AJKF telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi walaupun masing-masing penat berpuasa. Sungguhlah puasa itu bukan penghalang untuk kita berikan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Saya bagi pihak NGO Alumni KMPk ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para alumni yang komited, AJKF yang sentiasa bersemangat dan para pensyarah kerana telah bersama-sama menjayakan MPPB kali ini. 

Buat para alumni yang sudi meluangkan masa dan tenaga sepanjang MPPB kali ini, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Khas buat para AJKF, saya mendoakan agar kalian dipermudahkan urusan kemasukan ke universiti. Semoga kalian terus maju dimasa hadapan. 

Dikesempatan ini, saya juga ingin menyeru para AJKF untuk terus melibatkan diri bersama-sama dengan NGO Alumni KMPk. Terdapat pelbagai aktiviti dan program di dalam perangcangan yang memerlukan penggerak. Terdekat, kita akan menganjurkan aktiviti gotong royong perdana sempena hari raya di KMPk.

Kepada para pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2016/2017, tahniah dan selamat datang ke kolej terbaik Malaysia ini. Semoga kalian menggunakan kesempatan dan peluang yang telah diberikan ini sebaik mungkin. Jadilah insan berguna di masa hadapan kelak.

Buktikan kita terbaik!

'Menuju Alumni Berprestij!'

Izzah Nadhirah Dzulkifli
Naib Presiden II
NGO Alumni KMPk

Monday, June 6, 2016

Training of Trainer AJKO 2016

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Training of Trainer (ToT) merupakan program yang  dijalankan sebelum Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB) dan diadakan di Kolej Matrikulasi Perak. Program yang berlansung selama 3 hari ini diadakan untuk membentuk para AJKO yang bersemangat dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi seminggu tempoh MPPB.

Pada sesi kali ini, seramai 100 orang AJKO telah terlibat sepanjang program berlansung dan mereka telah dilatih oleh barisan alumni yang berpengalaman menjadi Ahli Jawatankuasa Organisasi (AJKO).

Berikut merupakan antara slot pengisian program Training of Trainer beserta gambar.



Sesi Pengenalan
Dikendalikan oleh Hasnul Adin, Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk.






Sesi Ice Breaking
Dikendalikan oleh Liana Ramli, mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015.











Sesi senaman pagi.





Sesi Team Building 1










Sesi Team Building 2
Diketuai oleh Hasnul Adin, Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk.



















Perjumpaan AJKO bersama Timbalan Pengarah KMPk, Encik Azman Mokhtar.







Slot Kerjaya vs Minat
Disampaikan oleh Tuan Hilmi Ismail, Presiden NGO Alumni KMPk.



Slot Imej dan Personaliti
Disampaikan oleh Puan Nurul Illianida Roslan, mantan Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk sesi 2014/2016.