Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, February 27, 2013

Pentas : Get To Know (Part 2)

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,
Salam keamanan buat semua!

Lagi tentang GET TO KNOW 2013. InsyaAllah sempat menyiapkan satu short video Alumni buat tontonan semua. InsyaAllah moga terus mengorak langkah berbakti, menikmati hidup memberi.

Short video ini ditayangkan di booth Alumni tempoh hari yang menceritakan detik-detik bersama melaksanakan program Alumni. Di mana bermula satu ikatan yang menjalinkan hati-hati insan bersaudara ini. Ikatan yang erat dan InsyaAllah tidak akan pernah putus.

Daripada tahun ke tahun keluarga Alumni bertambah ramai. Dan bersama mencipta kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. JOM sertai keluarga Alumni. Besarkan keluarga, moga bertambah meriah, bertambah AWESOME! :)

InsyaAllah.
Terimalah, daripada kami untuk semua :)


Credit to Mr. Shahrul Nizam (Exco Multimedia Alumni) :)

Tuesday, February 26, 2013

Pentas : Get To Know (Part 1)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Salam keamanan penuh kesejahteraan,

23 Februari 2013 yang lepas, telah berlangsung dengan jayanya GET TO KNOW 2013 yang pastinya dinanti-nantikan oleh adik-adik kita matrikulasi Perak. Apa yang boleh dikatakan, memang AWESOME, PERGHHH... Trademark daripada MPPB 2012/2013 yang kini terus meninggalkan kesannya sehingga ke hari ini.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
KMPk menjadi tempat singgah,
Ilmu dan pengalaman dikongsi bersama.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
KMPk akan terus tersemat di hati,
Moga terus berbakti untuk program akan datang.

Berpantun admin kali ini. (Ehemm) Pengalaman kali ini, tiba di KMPk seawal 1 pagi, hari sabtu. Seterusnya ada taklimat sehingga jam 2 pagi. Wakil-wakil universiti mula menjejakkan kaki ke KMPk, ada yang tiba awal pagi, lewat malam, dan ada juga yang tiba 1, 2 jam sebelum program bermula. Memang awesome, komited!

JOM kita ke pentas GTK :)



Universiti yang turut sama kali ini adalah USM, UPM, UMS, UNIMAS, UTEM, UiTM, UTM, UNIMAP dan UPSI. Memang meriah, hot sangat! Masing-masing memang memainkan peranan sebaiknya sebagai wakil universiti dan juga wakil alumni.



Tahniah Tahniah Tahniah buat semua wakil universiti.
Sangat bersungguh-sungguh membantu adik-adik yang banyak persoalan dalam kepala.

Tahniah Tahniah Tahniah buat adik-adik semua.
Berani bertanya, mencari jalan keluar bagi setiap persoalan. Walaupun ada soalan yang tidak punya jawapan yang pasti, tetapi sekurang-kurangnya adik-adik kita sudah mula nampak jalan. InsyaAllah.



Alumni turut membuka booth pendaftaran ahli dan jualan. Memang terbaik! Semua berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Selain itu, ada slot bersama wakil universiti di dewan kuliah. Inilah masa untuk promote unversiti masing-masing. Yang lebih penting adalah memberi info dan pendedahan kepada adik-adik mengenai alam universiti.



Secara keseluruhannya, program ini dengan jayanya mencapai objektif dan matlamatnya. InsyaAllah. Alhamdulillah. Moga untuk tahun-tahun akan datang, lebih ramai lagi universiti dan alumni yang dapat turut serta. InsyaAllah. Bertambah-tambah lah meriahnya nanti.

Happiness is all around :)
Congratulations to u'olls!

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyokong Alumni sehingga ke hari ini. InsyaAllah akan terus memberi, melebarluaskan pintu-pintu kebaikan.

Daripada kami buat semua. InsyaAllah.


InsyaAllah semoga bermanfaat buat adik-adik dan alumni sendiri.
Get to know U!
Get to know YOU ALL!

Alhamdulillah.
Waallahu'alam.


Friday, February 22, 2013

Diari Reunion si Pemburu Ilmu

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,
Salam keamanan satu Malaysia,

Reunion si Pemburu Ilmu :)

Hasil tangan insan yang turut sama dalam program ini, moga sedikit sebanyak memberi gambaran pada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. InsyaAllah.

Daripada Abu Hurairah R.A. dan Abu Sa'id R.A., kedua-duanya berkata :

"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tidak duduk satu kaum mengingati Allah, melainkan mereka dilingkungi para malaikat dan dilimpahi rahmat. Dan ketenangan turun mencurah-curah ke atas mereka, Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di sisi-Nya ( para malaikat )." ( HR Muslim )


Memanfaatkan cuti semester yang lalu, atas inisiatif sahabat-sahabat seperjuangan, berlangsunglah satu program ilmu iaitu 'Reunion Pemburu Ilmu' yang dijalankan di Homestay Masjid Sg. Rokam, Gopeng. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 1 Februari sehingga 3 Februari 2013. Setelah hampir 2 bulan membuat persiapan, akhirnya kami pasukan ahli jawatankuasa program berjaya melaksanakan impian semua sahabat, yeayyy!

Hari pertama dimulakan dengan kedatangan sahabat sahabat dari pelusuk Perak. (Ate nyer ramai yang datang kebanyakkan orang Perak). Kelihatan wajah-wajah yang gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak jumpa. Semuanya berehat dan meluangkan masa bersama sama di dalam bilik yang ditempah. Selepas solat Isyak berjemaah, Abdullah Zahid Shaharudin mengambil tempat selaku pengarah program, memberikan ucapan alu-aluan buat semua sahabat. Sebelum memulakan aktiviti malam itu, kami memberi ruang kepada Nasa’i selaku AJK disiplin, memberi taklimat disiplin dan perjalanan program selama 3 hari ini.

Antara perkara yang harus setiap sahabat lakukan adalah :
-  semua aktiviti harus berjemaah.
-  suapan untuk sahabat. (ketika makan)
-  selawat 500x harus dihabiskan sebelum program tamat pada hari ketiga.
-  bersedia untuk ditabiyyah.

Memulakan hari kedua dengan berqiamulail secara berjemaah. Walaupun program tamat agak lewat pada malam sebelum itu, kelihatan semua sahabat sangat bersemangat dan bertenaga untuk bertemujanji dengan Khaliq yang satu. Seronok dan terasa manisnya ukhwah apabila sahabat tolong kejutkan sahabat yang lain sehingga ada yang ‘marah’ kerana tidak dikejut.

Kuliah subuh :)
Selepas habis solat subuh berjemaah, kami mengambil peluang untuk mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh mufti Perak. Rasanya sangat bertuah kerana dapat berada dalam majlis ilmu dan tepat masanya ia diadakan ketika kami mengadakan program di situ. Pengisian yang sangat mantap sehingga tidak sedar masanya untuk kami gerak untuk beriadah. Namun, sekali lagi kami langkah kanan kerana kami dijemput untuk menjamu sarapan pagi bersama kariah masjid. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra bersama penduduk sekitar yang hadir.

Riadah bersama :)
Program diteruskan dengan riadah pagi. Muslimat mengambil tempat di padang sekolah rendah yang terletak di sebelah masjid manakala muslimin berada di court futsal yang terletak tidak berapa jauh dari masjid. Muslimin memanfaatkan riadah pagi mereka untuk bermain futsal bersama manakala muslimin memanfaatkan riadah pagi dengan amali pertahanan diri yang dikendalikan oleh 2 orang sahabat iaitu Anis Amirah Amalina dan Hafizah. Matlamat aktiviti riadah ini dijalankan bukan sekadar mengisi masa yang luang malah bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara kami dan membina satu semangat persaudaraan.

Kuliah dhuha :)
Program dengan solat dhuha berjemaah dan seterusnya mendengar kuliah dhuha oleh Ustaz Zubaidi, tenaga pendidik di KMPk. Secara kebetulan, di masjid Sg. Rokam turut diadakan satu majlis pernikahan salah seorang penduduk di situ. Untuk tidak mengganggu perjalanan program, sesi kuliah diteruskan di ruang tamu bilik yang disewa. Tempat yang sempit tidak mematahkan semangat para sahabat untuk meneruskan misi memburu ilmu. Pengisian kuliah disambung oleh Ustaz Hafeez Sabri iaitu salah seorang pendakwah muda. Pengisian pada pagi itu sangat memberansangkan semangat juang kami terus mara dalam menuntut ilmu malah untuk tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Usai solat zuhur berjemaah, para sahabat dikumpulkan untuk mendengar taklimat mengenai perjalanan aktiviti 'street dakwah' selepas itu. Aktiviti ini telah dicadangkan oleh sahabat, Nur Nadirah bagi memberi peluang kepada para sahabat yang lain untuk merasai pengalaman turun berdakwah di lapangan. Hampir kesemua sahabat merasai pengalaman ini untuk pertama kali dan ia disambut baik oleh mereka. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan memberi mereka peluang untuk praktikalkan apa yang telah dipelajari pada kuliah dhuha pada pagi itu.

Street dakwah :)
Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang muslimat dan 4 orang muslimin. Bergerak secara berkumpulan menuju ke lapangan masing-masing. Aktiviti ditamatkan pada pukul 4.30 petang dan bergerak pulang ke masjid bersama-sama. Rata-ratanya kelihatan muka kepenatan namun tetap mengukir senyuman dan gelak tawa kerana gembira dapat bersama sahabat-sahabat. Sesudahnya sampai di masjid, kami terus bersiap untuk solat asar berjemaah.

Langsainya kewajipan solat asar, para sahabat diarahkan untuk berkumpul di perkarangan masjid. Jawatankuasa program yang diketuai oleh Nasa’i telah mengarahkan semua sahabat untuk mengambil beg pakaian masing-masing untuk berpindah tempat penginapan. Aktiviti ini adalah salah satu gimik program di mana matlamatnya untuk memberi penghayatan kepada semua sahabat tentang hijrah Rasulullah s.a.w.

Perang reunion! Ready...go!
Semua sahabat telah diarahkan untuk merangka satu pasukan tentera yang lengkap dengan kedudukan dan strategi peperangan. Bersama beg pakaian, mereka telah dibawa berjalan kaki ke satu tempat yang tidak jauh dari masjid. Di sana mereka telah diberi satu kain putih untuk cipta 'panji-panji' pasukan mereka dan dipacakkan di situ. Ketika sedang membaca mathurat , 'panji-panji' tersebut telah dirampas oleh kami iaitu ahli jawatankuasa yang merangkap sebagai tentera musuh dan dibawa ke tempat lain.

Luruskan barisan..perang!
Ukhwwah sepanjang hayat :)
Di sini, para sahabat di minta merampas kembali 'panji-panji' tersebut tanpa menyerang tentera musuh kerana mereka hanya dibolehkan membuat perisai sebagai pertahanan daripada serangan tentera musuh. Waktu yang ditunggu oleh tentera musuh pun tiba bilamana kami melihat satu pasukan yang berselimutkan kain pelikat dan tudung (yang diikat bersama) datang. Menggunakan strategi serangan 3:3:2, tentera musuh menyerang pasukan 'kain pelikat dan tudung' dengan rancaknya. Sahabat muslimin menjadi ‘target’ utama kami kerana menyangka apabila tumbangnya tentera muslimin maka pasukan tentera tersebut akan kalah. Sangkaan itu meleset kerana rupa-rupanya tentera muslimat mereka bukanlah calang-calang. Setelah berlaku pertempuran sengit , 'panji-panji' tersebut berjaya dirampas kembali oleh mereka. Setelah pertempuran tamat, Nasa’i mengambil tempat di hadapan untuk memberikan ibrah dari aktiviti ini. Kami pulang dengan perasaan yang riang walaupun keletihan.

Makan atas talam..nyum2 :)
Aktiviti disambung semula selepas habis solat isyak berjemaah. Aktiviti dikendalikan oleh saudara Shahril dan Mukhriz. Antara aktiviti pada malam itu adalah sesi kenal berkenalan dan diteruskan dengan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan yang telah dibahagikan, diberi senaskah surat khabar, sekeping kertas mahjung dan satu gulung pita untuk membina satu jambatan yang kukuh dan kreatif. Bermacam-macam rupa dan nama jambatan yang diberikan. Semuanya mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing.

LDK :)
Hari terakhir program dimulakan dengan qiamulail dan seterusnya solat subuh berjemaah serta kuliah subuh. Kuliah dhuha pagi itu disampaikan oleh Ustaz Ahmad, tenaga pengajar di KMPk. Sekali lagi pesanan dan sokongan semangat diberikan oleh Ustaz mengiringi perpisahan kami pada hari itu. Pujian dan ucapan syabas diberikan kepada jawatankuasa pelaksana program kerana mampu mengadakan satu program yang bermanfaat dan penuh pengisian. Cuti semester tidak dihabiskan dengan sia-sia dan berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi selepas ini.

Qasidah :)
Tamat kuliah, sesi bergambar bersama ustaz dijalankan. Selepas solat dhuha berjemaah, kami memulakan majlis penutupan dengan tayangan video. Setelah itu, sesi perkongsian pengalaman dan harapan yang menyusul selepas mengikuti program ini oleh setiap sahabat. Kesemuanya mengucapkan syukur kerana diberi peluang menghadiri program seperti ini. Tak kurang juga ada nada-nada sebak kerana harus berpisah selepas ini. Salam ukhwah dan cinta disampaikan dan berharap agar dapat bertemu lagi selepas ini.


Moga-moga apa yang kami dapat dan semangat yang disuntik oleh para asatizah mampu membawa dan menjadikan kami pemuda pemuda yang memberi manfaat pada agama dan negara. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. InsyaAllah jumpa di pertemuan yang lain.

Terima kasih kepada penyumbang pengalaman dalam bentuk penulisan perihal program ini. Terima kasih banyak-banyak.
Untuk bacaan tambahan dari segi pengalaman, boleh lawati blog Alumni Muslimat dan Alumni Muslimin yang mengikuti program ini. Awesome kan? InsyaAllah moga bermanfaat.

Apa ada dengan esok?
GET TO KNOW 2013 akan berlangsung :)
InsyaAllah moga dapat memberi manfaat kepada adik-adik kita di sana.
Ikuti update program di blog dan facebook :)
InsyaAllah.

Sunday, February 10, 2013

Walimah Abang Pian

Assalamualaikum wa rahmatullah,

2 Februari 2013, hari bermakna buat insan-insan di luar sana termasuklah abang long Alumni ini. Tahniah, mabruk'alaikuma buat Abang Pian dan isteri. Turut sama mengadakan walimah pada tarikh tersebut adalah Kak Nunu dan pasangannya, juga buat keluarga Alumni lain yang turut mengadaka walimah pada tarik yang sama. Alhamdulillah. Seorang demi seorang Alumni melangkah setapak ke alam baru ini.

Antara yang sempat dirakam semasa walimah Abang Pian,






 

 

Semoga berbahagia hingga ke jannah-Nya.
InsyaAllah.

InsyaAllah jemputan keluarga Alumni akan cuba dipenuhi. Melihat kepada kelapangan, InsyaAllah. Jemput-jemput lah ya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. InsyaAllah.

GET TO KNOW just around the corner!
:)

Saturday, February 9, 2013

Selamat Tahun Baru Cina


SELAMAT TAHUN BARU CINA!
Buat sahabat-sahabat Alumni yang berbangsa cina.

Bersumberkan Mr. Google, 2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru, hijau dan ungu.

Mengikut kepercayaan masyarakat cina, individu yang lahir pada tahun ular mempunyai personaliti yang menarik, licik, cerdas, berfikir secara mendalam, bijaksana, lemah lembut, mudah menangis, berani, belas kasihan dan berwaspada. Sifat negatif pula adalah cemas, malas, berahsia dan cerewet.

Ya. Masing-masing ada kepercayaan. Yang positif perlu dikekalkan, manakala yang negatif boleh diperbaiki beransur-ansur. Bagi yang sedang bercuti, SELAMAT BERCUTI! Semester baru bakal bermula, moga lebih baik daripada semester berikutnya. InsyaAllah.

GET TO KNOW 2013 is around the corner!
Gerbang perkongsian ilmu dan pengalaman :)
JOM2!