Social Icons

twitterfacebook

DAFTAR AHLI


Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak (Alumni KMPk) PPM-013-08-0807209 merupakan sebuah NGO berdaftar yang ditubuhkan bagi mengumpulkan bekas-bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak. 

Badan ini bermatlamat untuk menjadi sebuah badan alumni yang profesional dan aktif serta menggunakan segala pengalaman dan kepakaran bekas pelajar untuk menjadi pemangkin kecemerlangan kolej. Melalui badan ini juga kebajikan ahli-ahli akan dijaga dengan mewujudkan rangkaian ke arah mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kerjaya di samping membina semangat setia kawan. 

[KEAHLIAN]
Semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak layak untuk mendaftar sebagai ahli. Ahli-ahli persatuan yang berdaftar perlu mematuhi peraturan-peraturan seperti yang tertakluk pada perlembagaan persatuan. 

Untuk melihat perlembagaan persatuan: http://alumnikmpk.blogspot.my/p/pengenalan.html

[PENDAFTARAN KEAHLIAN]

Terdapat satu jenis keahlian sahaja; KEAHLIAN SEUMUR HIDUP dengan yuran pendaftaran sebanyak RM 50.00 sahaja.

Para alumni yang ingin mendaftar akan dikenakan bayaran RM 10.00 sebagai deposit Pra Pendaftaran.  Tempoh 2 tahun akan diberikan untuk melangsaikan baki bayaran sebanyak RM 40.00 tersebut.

Namun begitu terdapat juga pilihan untuk membuat bayaran penuh RM 50.00 sekali gus.

RM 10.00 – Pra Pendaftaran
Baki RM 40.00 – Wajib dilangsaikan dalam tempoh 2 tahun.

KAEDAH PENDAFTARAN

Untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni KMPk, anda boleh tekan salah satu link dibawah:

www.wasap.my/60164495264/DaftarAhli

www.wasap.my/60174171961/DaftarAhli

Anda juga boleh menyemak status keahlian anda di nombor yang sama.

'Bersama Menabur Bakti'


No comments: