Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, May 31, 2011

Hari Pertama MPPB 2011/2012

Assalamualaikum & Salam sejuta rasa! Nampaknya ramai peminat di luar sana yang tidak sabar untuk mengikuti serta menjelajahi kisah di sebalik Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011/2012..Makin ramai pula yang tak sabar menyaksikan santapan video hari terakhir MPPB 2011/2012..Harap maaf..bukan niat untuk melewatkan proses "upload" video yang diminati ramai itu, tapi salah seorang KREW LENSA BERBISA meminta izin untuk 'touch up" buat seketika bagi memastikan kepuasan yang maksima..Harap bersabar lah YAA YAA!! Sedikit masa sahaja lagi..kurang dari satu purnama, saya akan sebarkan video itu di laman sesawang ini dan juga di muka buku tercinta..Okay..Back to the story..

Alkisahnya, tanggal 23 MEI 2011, bersamaan hari Isnin, 19 Jamadil akhir 1432 H, langsir dikuak membiaskan cahaya mentari menembus liang roma kulit..tandanya apa? tanda hari dah siang..detik yang ditunggu oleh warga KMPk telah pun tiba..hari di mana "car park" a.k.a padang KMPk akan penuh secara automatik..hari di mana jualan barang-barang di Kedai Siswa akan laris bagai pisang goreng..hari di mana suasana sekitar blok kediaman menjadi gamat seolah-0lah konsert Maher Zain sedang berlangsung..dan hari di mana episod drama kan terlihat saat para ibu bapa pulang meninggalkan anak-anak mereka dengan seribu harapan..

Langkah demi langkah dihayun bagi meninjau suasana sambil menjalankan tugas sebagai AJKO..Untuk pengetahuan kalian, pada sesi kali ini, pendaftaran pelajar Program Satu Tahun (PST) & Program Dua Tahun (PDT) telah dijalankan secara serentak pada satu hari..jadi bayangkanlah betapa meriahnya suasana KMPk pada hari tersebut..dari pintu gerbang KMPk sehinggalah ke kafe-kafe, semuanya dipenuhi manusia..Selepas kereta diparkirkan di padang KMPk, ibu bapa membawa anak masing-masing yang merupakan pelajar baru untuk mendaftar..bezanya kali ini, pendaftaran dibuat di Makmal Komputer..Tujuannya adalah untuk memudahkan para pensyarah mengesahkan dokumen-dokumen pendaftaran dan pengambilan foto pelajar untuk kad matrik..Di sini, dapat dilihat pelbagai riak muka yang dipamerkan..ada yang masih "blur", ada yang tersenyum berseorangan dan ramai juga yang takut-takut untuk melemparkan senyuman..Senyumlah adik..tak perlu kata apa-apa kan..YAA YAA..! Para AJKO menjadi penyambut tetamu di luar pintu makmal komputer, manakala para pensyarah yang bertugas sudah lama bersedia bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan pendaftaran pelajar..

Selesai sahaja pendaftaran di Makmal Komputer, para pelajar dikehendaki untuk mendaftar di blok kediaman masing-masing..Bagi para pelajar lelaki, sudah semestinya di Seri Ipoh & Seri Iskandar..jangan ada yang tersilap ke asrama perempuan tau..malu setahun nanti..=) Manakala, bagi para pelajar perempuan, blok kediaman Seri Teja, Seri Intan & Seri Kerian, sudah lama tersergam indah menanti kehadiran anda..Pelajar-pelajar yang telah mendaftar di asrama masing-masing akan diberikan satu set cenderahati yang terdapat 2 helai baju berwarna hijau & kuning dilengkapi beg ala-ala beg TESCO..Dalam beg berkenaan, terdapat tali leher KMPk bagi lelaki dan sehelai selendang labuh bagi perempuan..Untung kan mereka? Hargailah ya adik-adik..! Tidak lupa juga, kunci bilik turut diamanahkan kepada para pelajar.." Jaga elok-elok kunci bilik ni..nak mandi pun kena bawa tau"..kata salah seorang AJKO..

Seperti biasa, taklimat waris diadakan di Dewan Seri Kinta (DSK) bagi para ibu bapa bagi menjelaskan sistem pembelajaran di matrikulasi yang sedikit berbeza dengan alam persekolahan..Hal yang paling istimewa ialah Pengarah KMPk, Tuan Hj Ismail bin Kalam turut turun padang bagi memberikan azimat serta hasrat beliau kepada para ibu bapa..Taklimat waris diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada sebelah pagi, jam 10 pagi serta jam 3 petang bagi sesi petang..Terima kasih diucapkan pada para ibu bapa yang prihatin!

Episod drama air mata bermula jam 4 petang..kelihatan rembesan air mata tidak henti-henti membasahi wajah para pelajar yang baru mendaftar..Ada dua tafsiran yang sempat penulis fikirkan..Pertama, mungkin ada yang sedih kerana inilah pertama kali berpisah dari ibu bapa dan keluarga yang tercinta..sebak menjadi anak perantauan yang berkelana di bumi Perak ini..nasihat penulis, sabarlah kerana anda akan merasa teruja kala menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan nanti..tambahan pula, apabila mendengar lagu "Balik Kampung" yang tidak henti-henti mebingitkan telinga anda beberapa bulan akan datang..percayalah..kerana saya telah merasainya..=) Tafsiran yang kedua, mungkin ada pelajar yang terharu kerana saat inilah kebebasan yang mutlak akan dirasai..jeng3.."Aku merdeka"..monolog segelintir pelajar di dalam hati..jaga2 ya..hehe..

Jam 5 petang, padang KMPk mulai lengang..hanya ada segelintir ibu bapa yang masih tidak betah meninggalkan anak mereka..Sabar ya pakcik & makcik..InsyaAllah, anak pakcik & makcik akan belajar sesuatu yang berharga di sini tentang erti kehidupan..Program pertama sempena MPPB 2011/2012 akan berlangsung di DSK..Seperti biasa, DSK akan dipenuhi dan dihimpit bagai sardin dalam tin..walaupun terhimpit dalam tin, rasanya tetap sedap sehingga menjilat jari..begitu jugalah dengan DSK..walaupun udaranya PANAS, ruangnya TERHAD sehinggakan graf kelenguhan badan mendadak dengan maksima, tapi INGATLAH!! DSK akan menjadi tempat yang paling nostalgia sepanjang MPPB.."Adik-adik yang tersayang, sila penuhkan barisan hadapan..", kedengaran suara Abg Kamal selaku penolong ketua AJKO sesi MPPB 2011/2012 kali ini..Dialog yang sama saban tahun kedengaran lagi..Sesi suai kenal dikendalikan dengan menarik bagi menarik perhatian pelajar-pelajar baru..Hasilnya, gelak tawa yang kedengaran berjaya merungkaikan sedikit hati adik-adik baru yang lara dek perpisahan sebentar bersama keluarga masing-masing...

Pada sebelah malamnya, Interaksi 1-Taklimat Pengetua Kolej Kediaman disampaikan oleh Puan Roshidah di DSK kepada pelajar-pelajar baru bagi mengalu-alukan kedatangan mereka sekaligus menerangkan serba sedikit berkenaan kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman..Taklimat selama 2 jam ini berakhir tepat jam 11 malam bagi mebolehkan para pelajar untuk merehatkan jiwa dan fizikal setelah penat lelah sepanjang hari mengangkut barang-barang dan menjalani proses pendaftaran..Maklumlah..KMPk kan besar..! =)

Fakta yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan KMPk, pada sesi 2011/2012, pendaftaran pelajar-pelajar baru adalah lebih kurang 1900 orang. Tahniah diucapkan kepada mereka yang memilih KMPk sebagai satu alternatif selepas alam persekolahan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading..percayalah..KMPk akan menjadi memori indah dan kan terus bersemadi dalam sanubari adik-adik walaupun telah beranak cucu nanti..Tak percaya? Tanyalah abang-abang & kakak-kakak anda yang telah menjadi Alumni KMPk..

Tepat jam 11 malam, jari mula meronta-ronta minta dikasihani untuk berehat buat seketika..Alhamdulillah..Syukur rasa hati ini kerana berjaya juga mencoretkan sepatah dua kata pada hari pertama MPPB 2011/2012 ( Sepatah ke??) Nantikan kisah di hari kedua ESOK ya!!

Pesanan penaja, "Segarkan mata sebelum MEMBACA"..Di bawah ini disertakan aksi-aksi yang berjaya dirakamkan sepanjang hari pertama..Kredit to krew LENSA BERBISA..!


Suasana di blok kediaman perempuan..Aik? Ustaz Saidi pun ada..=)

Sebenarnya ada banyak lagi gambar untuk menghiasi blog kali ini, tapi letih tangan meng"klik" untuk "upload" gambar, tetapi hasilnya tetap mengecewakan..nampaknya hanya satu gambar yang berjaya menjadi santapan mata anda..harap maaf..jika esok blog ini telah kembali pulih, variasi gambar akan kembali menghiasi ruangan ini..jika nak juga tatap gambar-gambar semasa MPPB 2011/2012, silalah lawat mukabuku a.k.a FACEBOOK AlumniKmpk Rasmi YAA YAA!! Jumpa lagi!



Monday, May 30, 2011

K.A.M.I L.E.N.S.A B.E.R.B.I.S.A


Lelaki, dari kanan: Shah, Haziq, Emir, Aween, Chem
Perempuan, dari kanan: Suhaila, Wahidah

Assalamualaikum & Salam sayang bersulamkan rindu..Sebelum mata pena maya dilakarkan pada laman laptop usang ini untuk menceritakan perjalanan hari-hari sepanjang MPPB 2011/2012, adalah lebih molek, saya selaku salah seorang penulis setia blog ini memperkenalkan barisan-barisan krew yang bertanggungjawab untuk merakamkan coretan kenangan pahit manis MPPB 2011/2012 agar sentiasa mekar di ingatan warga KMPk..

Menggelarkan diri mereka L.E.N.S.A B.E.R.B.I.S.A..sebisa namanya, itulah mereka..7 orang sahabat yang berbeza usia, jantina, dan perangai bersua di KMPk mencipta sejuta rasa..ada yang saling mengenali, ada yang tidak pernah bersua muka..hanya mengenali sebaris nama..namun, ukhwah yang dibina persis sudah lama bersama..

Pada yang turut sama-sama menjadi AJKO MPPB 2011/2012 pasti mengenali mereka..Pada adik-adik yang baru mendaftar, pasti anda juga mengenali mereka..kerana kelibat mereka ada di mana-mana..selalu mengintai dari tirai kamar MPPB 2011/2012..mewarnai suka duka kehidupan anda mengharungi detik-detik indah & kecewa minggu orientasi..Mari kita berkenalan dengan mereka..

1) EMIR
Ketua Krew LENSA BERBISA..
Batch 2009/2011..
“Hero Hindustan”

2) HAZIQ KUN
Otai Krew LENSA BERBISA..
Batch 2008/2009
“Ustaz Fazilah Kam To You”

3) SHAH @ SHASHA
Otai Krew LENSA BERBISA..
Batch 2008/2009
“Mata ala-ala orang Jepun”

4) AWEEN
Otai krew LENSA BERBISA
Batch 2009/2011
“Misteri di sebalik dirinya”

5) CHEM
Otai Krew LENSA BERBISA
Batch 2009/2011
“Riak muka yang flexible”

6) WAHIDAH
Bunga Krew LENSA BERBISA
Batch 2007/2008
“Kecil-kecil cili Melaka”

7) SUHAILA
Bunga krew LENSA BERBISA
Batch 2009/2010
“Dr. Cinta”

Jika nak berkenalan dengan lebih lanjut,carilah mereka..pesanan krew LENSA BERBISA, jangan biarkan hidup anda diselubungi KAMERA..!

Sunday, May 29, 2011

Tidak Ada Hari Seindah Hari Di KMPk


Aku tidak kan membenci PERTEMUAN walaupun PERTEMUAN lah yang menyebabkan PERPISAHAN kerana jika tidak ada PERTEMUAN & PERPISAHAN, maka tidak akan ada KERINDUAN yang berpanjangan..


Assalamualaikum & Salam sayang kepada semua warga KMPk tidak kiralah di mana anda berada..Nafas ditarik lantas dihembus perlahan-lahan memandangkan banyak yang ingin dikongsi oleh penulis bersama anda sempena MPPB yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini..Jutaan keampunan dipohon kerana sudah lama membiarkan sesawang labah-labah maya menyebarkan koloninya di blog kesayangan ramai ini..Penulis berazam untuk terus menghidupkan blog ini kembali agar terus mekar di hati kita DULU, KINI & SELAMANYA..

Nasihat penulis kepada anda untuk menyegarkan mata anda terlebih dahulu sebelum membaca hasil karya yang seterusnya kerana terlalu banyak untuk diceritakan..(^_^)

Pada yang tertanya-tanya mahupun yang telah tertinggal keretapi zaman berzaman, sebenarnya pada tanggal 23 MEI yang lalu sehinggalah tarikh keramat 28 MEI 2011, telah berlangsungnya detik bersejarah saban tahun iaitu kemasukan pelajar-pelajar baru bagi sesi 2011/2012 atau lebih dikenali sebagai Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB)..Seindah memori yang tercipta di sana, semaraknya semangat dan harapan keluarga..BERSAMBUNG..