Social Icons

twitterfacebook

Saturday, May 28, 2016

Persoalan antara Program Matrikulasi dan Diploma.

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Encik Mahfuz Najhan, Ketua Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Perak berkenaan persoalan antara Program Matrikulasi dan Diploma.






S: Antara matrikulasi dan diploma mana lebih baik?

J: Sistem pasca sekolah mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Ia bergantung kepada kecenderungan kita. Sebelum memilih anda perlu tetapkan haluan anda dan tahu bagaimana anda boleh mencapainya.

S: Sijil marikulasi tidak diiktiraf?

J: Matrikulasi tidak menyediakan sijil. Tujuan penubuhan matrikulasi adalah sebagai pembekal pelajar bumiputera ke IPT awam. Keputusan peperiksaan hanya untuk memasuki IPT awam. Hasrat matrikulasi pelajarnya dapat berada di universiti dan menerima sijil ijazah. 

S: Sistem matrikulasi susah?

J: Ya, semua sistem akan susah bagi pelajar yang tidak bersungguh belajar. Sistem ini susah bagi pelajar yang belajar di saat akhir. 

Tidak, bagi pelajar yang tahu peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Menurut data dari unit kaunseling 80% pelajar yang masuk matrikulasi berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang manakala 18%-19% baik, dan 1%-2% sahaja gagal. Daripada yang gagal, kurang dari 10% gagal disebabkan susah dan tidak dapat mengikuti walaupun telah berusaha, selebihnya mereka memilih untuk gagal. 


Baca juga: Matrikulasi vs Diploma

Thursday, May 26, 2016

NGO Alumni KMPk Ibarat Anak Baru Mula Bertatih - Perlukan Sokongan Daripada para Alumni



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibarat anak baru mula bertatih, itulah dia NGO Alumni KMPk kita. Masih baru dan kecil jika dibandingkan dengan alumni-alumni institusi pendidikan lain. 

Tahun ini merupakan tahun ke-7 persatuan ini berdaftar secara rasmi di bawah ROS (Registry of Societies). Sepanjang 7 tahun ini kita dapat lihat persatuan kita ini makin jelas hala tujunya dan semakin kukuh pergerakannya.

NGO Alumni KMPk adalah sebuah persatuan yang penuh dengan aktiviti membina pelajar semasa mahupun ahli alumni kita sendiri.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kesemua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak untuk memberikan sokongan yang jitu kepada persatuan ini.

Daftarlah sebagai Ahli Berdaftar NGO Alumni KMPk. Setiap ahli berdaftar akan menjadi barisan utama yang dipanggil untuk program-program yang dianjurkan.

Baca juga: Takwim Program NGO Alumni KMPk sesi 2016/2018


Klik untuk ke pautan Daftar Ahli
Kami menganggarkan seramai sekurangnya 300 keahlian baru yang dicapai pada tahun ini. Dengan bertambahnya ahli, maka persatuan ini dapat terus bertatih dengan lebih lancar kehadapan.

Baca juga: Yuran Keahlian NGO Alumni KMPk mahal? Ini jawapan kami.

Terima kasih kepada mereka yang sudah menjadi Ahli Berdaftar NGO Alumni KMPk.

Marilah kita bersama menyumbang untuk kemajuan persatuan ini.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Muhammad Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk

Wednesday, May 18, 2016

Yuran Keahlian NGO Alumni KMPk Mahal? Ini Jawapan Kami.

Kami ada menerima respon daripada para alumni berkenaan harga yuran keahlian NGO Alumni KMPk yang dikatakan mahal.

Mungkin respon tersebut datang daripada alumni yang masih menuntut di Universiti dan tidak mempunyai sumber kewangan selain daripada wang pinjaman PTPTN yang pastinya digunakan untuk tujuan pelajaran. Kami faham masalah yang dialami oleh para alumni.

Oleh itu, kami kongsikan disini beberapa fakta berkaitan keahlian NGO Alumni KMPk untuk sesi 2016/2018 yang boleh mengubah fikiran para alumni berkenaan kenyataan yuran keahlian yang mahal.

1. Yuran keahlian seumur hidup yang lama adalah RM 100.00 - Yuran keahlian seumur hidup yang baru cuma RM 50.00 sahaja.

2. Bayaran Pra Pendaftaran cuma RM 10.00 sahaja.

3. Para alumni yang sudah membayar Pra Pendaftaran akan diberikan tempoh 2 TAHUN untuk menyelesaikan bayaran baki RM 40.00 daripada jumlah yuran tersebut.

4. Hanya perlu mendaftar sekali sahaja - Tiada lagi keahlian mengikut penggal.


Satu jenis keahlian sahaja selepas pindaan perlembagaan

Pada sesi kepimpinan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk yang lama, terdapat 2 jenis keahlian iaitu keahlian sepenggal dan keahlian seumur hidup. Namun selepas pindaan perlembagaan dilakukan semasa Annual Grand Meeting (AGM) NGO Alumni KMPk kali ke-4 Februari lalu, keahlian yang baru ini terus berkuatkuasa.


Maka bermula daripada kepimpinan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk sesi 2016/2018, hanya ada satu jenis keahlian sahaja iaitu keahlian seumur hidup.


Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mendaftar sebagai ahli NGO Alumni KMPk dan dapatkan faedah seperti diberi keutamaan untuk menjadi ahli jawatankuasa program dan diskaun untuk program-program berbayar.

Klik untuk ke pautan Daftar Ahli



'Menuju Alumni Berprestij!'

Tuesday, May 17, 2016

Borang Maklum Balas NGO Alumni KMPk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Exco Pembangunan Kualiti NGO Alumni KMPk 2016/2018 telah mewujudkan borang soal selidik NGO Alumni KMPk menerusi 'Google Docs' bagi mendapatkan maklum balas bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dan mendapatkan pandangan mereka mengenai NGO Alumni KMPk.

Objektif kaji selidik ini adalah:
1.  Mengenalpasti minat kerjaya alumni selepas tamat Program Matrikulasi.
2. Memberi ruang untuk alumni berkongsi idea untuk mencapai matlamat pertubuhan.

Respon para alumni terhadap kaji selidik yang dilakukan ini besar maknanya kepada pihak persatuan dalam usaha mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan untuk kepimpinan sesi 2016/2018.

Sila klik sini untuk ke laman borang kaji selidik NGO Alumni KMPk.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Baca juga: Halatuju dan Perancangan Exco Pembangunan Kualiti NGO Alumni KMPk 2016/2018.

Halatuju dan Perancangan Exco Rangkaian Kerjaya NGO Alumni KMPk 2016/2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selesai sudah perjumpaan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bersama Barisan Exco NGO Alumni KMPk. Hasil perjumpaan tersebut, Exco Rangkaian Kerjaya telah menetapkan matlamat dan pelan tindakan sejajar dengan hala tuju NGO Alumni KMPk.

Secara amnya, matlamat utama Exco Rangkaian Kerjaya ditubuhkan adalah bagi membantu para pelajar KMPk serta alumni KMPk dalam bidang akademik dan kerjaya.

Bantuan ini adalah dalam bentuk perkongsian maklumat yang pelbagai dalam bidang akademik dan kerjaya. Untuk itu, kami akan membangunkan laman sesawang rasmi NGO Alumni KMPk sekaligus menggunakan laman tersebut sebagai platform perkongsian akademik dan kerjaya. Oleh itu, pelajar dan alumni boleh mendapatkan maklumat berkaitan akademik dan kerjaya melalui laman tersebut.


Klik untuk ke page Facebook Rangkaian Kerjaya NGO Alumni KMPk.



Dalam jangka masa panjang, kami berharap pelan tindakan ini juga berupaya untuk membantu seluruh warga Malaysia termasuk para guru, pensyarah dan pelajar-pelajar sekolah. Secara tidak langsung, NGO Alumni KMPk menjadi salah satu badan penting sebagai rujukan berkaitan akademik dan kerjaya.

Akhir kata, semoga dengan bantuan ini dapat memotivasikan pelajar dan alumni KMPk untuk terus berjaya di masa hadapan.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Atik Zufar Mohd Razaki
Exco Rangkaian Kerjaya
NGO Alumni KMPk

Halatuju dan Perancangan Exco Pembangunan Kualiti NGO Alumni KMPk 2016/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah selesai sudah program 'Retreats' bagi sesi 2016/2018. Perancangan terperinci telah dirangka oleh barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bersama AJK yang dikenali sebagai 'Team Alumni Gigih'.

Exco Pembangunan Kualiti berhasrat untuk  terus memberi sokongan dan sumbangan agar NGO Alumni KMPk mampu melangkah jauh ke hadapan.

Semasa program 'Retreats', Exco Pembangunan Kualiti telah mewujudkan Standard of Procedure (SOP) secara terperinci bagi meningkatkan mutu gerak kerja selari dengan objektif Exco Pembangunan Kualiti iaitu;

1. Menjadi pemudahcara kepada Alumni untuk menilai keberkesanan program alumni dan kolej kepada ahli alumni, pelajar semasa dan komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

2. Mencadang dan merintis idea-idea baru untuk memajukan Alumni agar mencapai visi dan misi.

Di samping itu, kami juga akan mewujudkan borang soal selidik atas talian (online) menerusi 'Google Docs' bagi mendapatkan maklum balas bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dan mendapatkan pandangan mereka mengenai NGO Alumni KMPk.

Klik untuk lihat borang maklum balas NGO Alumni KMPk.



Akhir kata, semoga Exco Pembangunan Kualiti dan ahli TAG dapat memainkan peranan masing-masing dalam gerak kerja agar mencapai objektif persatuan.

Moga kita terus maju!

'Menuju Alumni Berprestij!'

Nurul Fatihah Ismail
Exco Pembangunan Kualiti
NGO Alumni KMPk

Halatuju dan Perancangan Exco Perhubungan NGO Alumni KMPk 2016/2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada program 'Retreats' yang lalu, Exco Perhubungan NGO Alumni KMPk telah berpeluang mengadakan perbincangan mengenai halatuju dan perancangan exco bersama-sama dengan barisan Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk dan para AJK yang telah dilantik. Perancangan yang terperinci telah dirangka bagi memastikan NGO Alumni KMPk terus melangkah lebih jauh ke hadapan.

Visi:
Menjadi salah satu platform untuk menghubungkan para Alumni KMPk dari pelbagai universiti.

Misi:
Mengukuhkan jaringan antara Alumni KMPk dari pelbagai universiti.

Objektif:
1. Mewujudkan dan mengukuhkan AlumniKMPk@Kampus bagi setiap universiti (Group Whatsapp).
2. Memantapkan hubungan antara Alumni KMPk dari serata universiti melalui program AlumniKMPk@Kampus.
3. Memperkenalkan NGO Alumni KMPk kepada pihak universiti.`

Kami juga telah melantik beberapa wakil zon dan Wakil IPT mengikut zon yang telah ditetapkan bagi membantu menjayakan visi, misi dan objektif yang dinyatakan di atas.

    1. Zon Utara
    2. Zon Tengah
    3. Zon Selatan
    4. Zon Pantai Timur
    5. Zon Sabah & Sarawak

Selain itu, beberapa program telah dirancang khas untuk semua bekas pelajar KMPk atau lebih mesra dikenali sebagai Alumni KMPk. Senarai program dibawah kendalian Exco Perhubungan boleh dilihat dalam takwim Exco Perhubungan yang disertakan dibawah;





Oleh itu, kami menyeru agar semua warga Alumni KMPk terus memberikan sokongan yang jitu kepada NGO Alumni KMPk. Semoga persatuan yang dibina atas niat yang murni ini terus maju di masa hadapan.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Amira Shamsul Nizam
Exco Perhubungan
NGO Alumni KMPk