Social Icons

twitterfacebook

Friday, April 25, 2014

PENDAFTARAN AHLI NGO ALUMNI KMPk

Assalamualaikum

Pendaftaran sebagai ahli NGO Alumni KMPk

Dengan ini, pendaftaran ahli NGO Alumni KMPk dibuka kepada semua bekas pelajar KMPk.

Apakah yang akan diperoleh jika mendaftar sebagai ahli?

-Jika mendaftar sebagai ahli Tuan/Puan akan mendapat diskaun sebanyak 5% bagi setiap program berbayar NGO Alumni KMPk.
-Kad keahlian akan diberikan kepada alumni-alumni yang mendaftar.

Terdapat dua jenis keahlian persatuan. Tuan / Puan hanya perlu memilih salah satu jenis keahlian sahaja.:

- Ahli seumur hidup (yuran berjumlah RM100.00; dibayar sekali seumur hidup)
- Ahli tahunan (yuran berjumlah RM 20.00; dibayar untuk setiap dua tahun/sepenggal).

Segala maklumat berkenaan kaedah pendaftaran dan prosedurnya ada di link yang disertakan di bawah ini.

https://docs.google.com/forms/d/1pudwHodb6WlDd_9dOqx_QfQSzKUeFnRPKI_Vrxymkjw/viewform

:D

"Menuju Alumni Berprestij"





Friday, April 18, 2014

PSPM 13/14

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga NGO Alumni KMPk yang budiman.

Setiap kejayaan pasti ada kegagalan. Setiap kegagalan pasti ada usaha. Setiap usaha pasti ada tawakal. Pada 21 April 2014 - 29 April 2014, seluruh pelajar Program Matrikulasi di Malaysia akan menghadapi PSPM II. Sudah semestinya memberi debaran buat adik-adik kita yang kini sudah bersiap sedia untuk menempuh minggu yang terpenting sebagai pelajar Program Matrikulasi khususnya Kolej Matrikulasi Perak.

Sejajar dengan objektif NGO Alumni KMPk untuk membantu pelajar semasa Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang akademik, kami sentiasa di sisi adik-adik untuk memberikan bantuan motivasi dan sokongan yang padu dalam menetapkan masa depan karier mereka. Harapan kami untuk adik-adik terus disemai seiring dengan harapan para pensyarah, ibu bapa dan masyarakat Malaysia amnya.

Dengan harapan yang tinggi, kami daripada barisan Pegawai NGO Alumni KMPk mendoakan kejayaan adik-adik Kolej Matrikulasi Perak dalam menghadapi Peperiksaan Program Matrikulasi (PSPM) II bagi sesi 2013/2014. Semoga kalian berjaya menjadikan KMPk nombor satu bagi sesi kali ini.

"Menuju Alumni Berprestij"

Muhammad Hilmi Bin Ismail
Presiden NGO Alumni KMPk




Sunday, April 13, 2014

RETREATS TEAM ALUMNI GIGIH

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah program Retreats Team Alumni Gigih, TAG.

Program ‘Retreats’ ini diadakan satu  kursus santai Pegawai Persatuan Alumni KMPk bersama dengan Unit yang telah ditetapkan oleh setiap Jabatan Setiausaha dan Jabatan Bendahari. Program ini diwujudkan bagi memberi kelancaran dalam bergerak kerja untuk Persatuan Alumni KMPk antara Pegawai dan Unit. 

Program yang berlansung selama 3 hari dari 11 Apil sehingga 13 April ini telah berlangung dengan jayanya di mana setiap jabatan telah berjaya membentangkan perancangan dan stratergi untuk sepanjang tempoh bertugas sebagai penggerak NGO Alumni KMPk.

Terima kasih kepada semua ahli Team Alumni Gigih atas kerjasama dan komitmen sepanjang program. 

Semoga kita semua berjaya.

"Menuju Alumni Berprestij!"


 Gambar sepanjang program Retreats:


Booth Pendaftaran Ahli NGO Alumni KMPk kepada pelajar semasa.





Ice Breaking



 Mesyuarat MT NGO Alumni KMPk bersama Tuan Hj.Shamsuddin Bin Nordin, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMPk



Presiden dan Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk.


Tugasan memasak makan tengahari.




Barisan Pegawai NGO Alumni KMPk.


Pembentangan perancangan dan strategi oleh setiap jabatan.