Social Icons

twitterfacebook

Thursday, December 17, 2015

21 Tips Survival Untuk Bakal Mahasiswa Pasca-Siswazah


Nota Editor: Perkongsian ini ditulis oleh saudara Mohd Haziq Bin Dzulkiflli. Bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2008/2009 dan baru sahaja berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal) di UTM.

Saudara Mohd Haziq juga antara Alumni yang pernah aktif bersama persatuan. Beliau juga merupakan mantan Majlis Tertinggi Alumni KMPk sesi 2012/2014.


Terima kasih kepada saudara Haziq kerana sudi berkongsi tips ini!


-----



Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Post kali ini ditujukan kepada mereka-mereka yang masih teragak-agak mahu menjejakkan kaki ke alam pasca-siswazah; yang masih acah-acah di Facebook dan Twitter “Nak sambung belajar ke tak ye?” Fair warning to all of you; postgraduate studies are not for the faint of heart. Why? I’ll explain later, and then you’ll decide.

Alhamdulillah, hujung Oktober lalu, saya baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal) (atau dalam bahasa modennya Master of Engineering (Mechanical)) secara penyelidikan (by research). Dalam tempoh hampir 2 tahun saya bergelumang dalam dunia research ini, ada beberapa perkara yang saya boleh kongsikan, buat mereka yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan ‘budak Master’, ‘budak postgrad’ ni:

1.    Ramai orang cakap budak postgrad ni ‘free’. Maybe for very few cases; yeah, tapi mostly? Kena duduk lab 8 to 5. Kadang-kadang malam pun masuk lab. Cari research paper, baca research paper, writing, buat research paper, buat eksperimen, pergi jumpa technician, call supplier, cari SV, dan sewaktu dengannya. Ni yang ambil research. Yang ambil kelas? 

2. Kena bijak plan masa. Sounds cliché? No. Really mean it. For instance, kalau research perlu order barang; kena tahu berapa lama barang tu akan sampai. Setakat pengalaman, ada barang akan sampai after 2 months! Apa nak buat dalam 2 months tiada barang ni? So bijak la plan masa.

3.   Kena rajin membaca (part 1): Kenapa? Kalau tak rajin nanti tiada input untuk menulis. My lecturers dulu pernah cakap: rule of thumb in terms of references, for Master mesti ada around 80 – 100 references, PhD 250 – 300 references. References yang banyak will reflect that kita ni arif, faham, dan mahir dalam skop kajian kita.

4.   Kena rajin menulis. Kalau tak rajin menulis, memang tak akan keluar la thesis a few thousand words tu, tak cerita lagi tulis research paper, proposal untuk geran, conferences, etc.

5.     Kena ‘power’ bahasa Inggeris (part 1): (kecuali yang buat thesis dalam BM, which are UM and UKM if I’m not mistaken). Your whole research from writing to presenting will be conducted in English, nak tulis BI level-level budak nak ambil UPSR? “When voltage increase, current increase. Result is good. Objective is achieved”. Come on la, demam examiner baca!

6.     Be selfish. Wait what? Masa buat research ni, I notice one thing; people tend to be very selfish just to finish their research. Tu yang ade bolot mesin sampai seminggu, yang banyak sign-sign macam “Don’t touch – research in progress” dengan marker pen merah tu. Kau pergi buat kerja sendiri sebelah tempat dia pun kadang-kadang dia jeling maut. Benda ni cyle; bila dia guna, kau tak dapat guna, lepas tu tangguh, dan bila kau dapat guna, kau pun bolot, then orang lain tak dapat guna, then begitulah seterusnya.

7.  Jangan culas tolong orang lain. Serius; dah banyak kes jumpa, mereka yang tolong orang lain, then ada certain part mereka punya study dipermudahkan. Yakinlah; kau mudahkan jalan orang, Tuhan akan mudahkan jalan kau.

8. Hati kena sangat kental (part 1). Like, SANGAT kental. Sebabnya banyak benda-benda unexpected akan jadi dalam research. Eksperimen tak jadi; dah jadi eksperimen, data tak valid; dah valid data, tak sama dengan past research; dah sama dengan past research, lain trend pula; dan macam-macam lagi. Ni belum campur hal-hal peribadi; gaduh dengan pakwe/makwe/suami/isteri, handphone rosak, kereta/motor rosak, anak/ahli keluarga sakit, duit sesak, dan lain-lain. Yang ‘best’ nya, kadang-kadang benda-benda ni jadi serentak.

9.     Dalam pertengahan jalan buat PG study ni, akan tiba satu point yang kita rasa nak give up. Kadang-kadang, banyak point (selalu rasa nak give up). Sebabnya, benda-benda yang disebut dalam (8) tu jadi. Kat sinilah pentingnya teman-teman seperjuangan untuk support, sebab biasanya teman seperjuangan je faham what kind of hell we’re going through.

10.  Hati kena sangat kental (part 2): sepanjang kau buat PG study ni, kau akan terima banyak ‘dugaan’ dalam bentuk berikut; member invite walimah, member post gambar stereng kereta dengan caption “Alhamdulillah my first car”, member post gambar dekat luar negara (sebab training, lawatan kerja, jalan-jalan, etc.), member post gambar berjalan-jalan, dan member post gambar baby yang baru berusia 24 jam. Kau? Gugur-gugur rambut nak prepare untuk viva-voce.

11.  Duit kena banyak. Ada duit je tak cukup, kena ‘banyak’. Ni sebagai backup, kes-kes  kecemasan. Memang la boleh mohon bantuan and all that, tapi kalau betul2 terdesak? For  instance la ramai yang lupa, pasal nak print thesis. Boleh telan belanja sampai dekat RM 500.

12.  Presentation skills kena improve. Bila masuk PG study, memang ni la kerjanya; present depan  peers, depan SVsexaminers, present masa conferenceSo improve la skill tu, janganla  masih membaca daripada slide, tiada eye contactand all that. Google up, or tengok Youtube;  rasanya bersepah tips-tips nak present.

13.  Kena ‘power’ bahasa Inggeris (part 2): bagi yang present bahasa Inggeris, biasa-biasa kan la  cakap BI. Bagi clear pronunciation. (peringatan untuk diri sendiri juga)

14. Rapat dengan technician/lab manager. Yang ni tak tipu! Memanglah SV yang akan turunkan signature kau layak dapat master/PhD, tapi kalau kau tak rapat dengan lab technician, susahlah hidup. Kadang-kadang kalau kau baik dengan technician, dia okay je tunggu kau after office hour buat kerja kau, or dia akan alert kau bila kau boleh ‘selit/potong queue’. So, rajin-rajinlah borak dengan technician.

15.  Networking, and working with others. Masa PG ni la nak buat networking. Sebab tu, point no (7), rajin tolong orang. You’ll never know when you need others’ help. Plus, belajar kerja dengan orang lain daripada diverse background.

16.  Masuk dunia PG ni, kau dah start alone, and kau akan rasa how lonely is your journey, even you’re with your labmates or classmates. Dia bukan macam degree: yang kau boleh huha huha sampai 15 orang satu geng, pegi kelas sama-sama 15 orang, jalan-jalan sama-sama. No. Kau akan jumpa kawan, but in the end kau seorang-seorang. Research masing-masing, last-last hidup pun masing-masing. Mark my words, even best friends akan gaduh pasal ni.

17. Reward yourself, yang simple-simple, everytime capai milestone. For instance, bila siap buat Literature Review and SV kata okay, reward la nak pergi makan sedap ke shopping baju sehelai ke. Sebabnya? Kita alone; tiada siapa faham dan nak reward kita melainkan diri sendiri.

18.   Berbeza dengan FYPPG study allows you to argue with your SV. Tugas SV hanya guideand make sure you’re on track, and on the RIGHT track. Tapi argue lah secara ilmiahnya dan penuh rasa hormatnya, even SV anda maki-maki, or suara tinggi. Ingat, adab menuntut ilmu. Ingat, walau bagaimanapun pun dia still ‘sifu’ anda.

19.  Kena rajin membaca (part 2): jangan hanya rajin baca bidang kau je, bacalah bahan lain yang bersifat ‘general’Most of us ni kalau tanya bab bidang masing-masing, sayur je boleh jawab. Bila tanya general knowledge, senyap seribu bahasa, siap boleh nampak molekul angin lalu.

20.  Jangan tinggal amal wajib dan banyakkan amal sunat. Serius; banyakkan bersedekah, mengaji Quran, berdoa, tolong orang.

21.  Lastly, be humble, but confident. Jangan mudah rasa bangga diri hanya sebab kita ada satu ijazah lebih dari orang lain. Just remember, there’s always someone out there who’s smarter and greater than you.


Inilah setakat apa yang saya dapat kongsikan. Tiada niat nak cucuk mana-mana pihak. Saya sendiri pun budak baru belajar, masih meminta ‘tunjuk ajarku sifu!’. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Sireh Pulang Ke Gagang VIII


Akan datang Februari 2016!
Sireh Pulang ke Gagang, SPKG VIII.
SIREH pulang Ke Gagang (SPKG) adalah acara tahunan Alumni KMPk. Program ini diadakan dengan misi untuk:
• Mengeratkan hubungan sesama bekas pelajar KMPk dan antara bekas pelajar dengan pelajar semasa KMPk.
• Mengumpul idea dan buah fikiran yang dapat disumbangkan dari para Alumni terhadap kemajuan NGO Alumni dan kepada pelajar semasa.

Pengisian program adalah:
i. Annual Grand Meeting, AGM.
ii. Makan Malam.
iii. Explorace.

Kami akan umumkan maklumat lanjut berkenaan program dalam masa terdekat ini. 
grin emoticon

Saturday, December 5, 2015

Let's do the Charity 2.0

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Selesai sudah program di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.
Tahniah dan terima kasih kepada yang menjayakan, yang membantu dan memberikan sumbangan. Usaha kecil kita ini, moga besar nilainya disisi Tuhan.










Terima kasih juga kepada Weekenders Club kerana sudi bersama kami dalam program ini. Moga ada kesempatan lain untuk bekerjasama selepas ini.

:)

Program selepas ini?
Sireh Pulang ke Gagang, SPKG 2016 tahun hadapan. Nantikan pengumuman daripada kami.

"Menuju Alumni Berprestij"