Social Icons

twitterfacebook

Monday, September 5, 2011

Macam-macam ada bulan ini!

Salam Sayang. Setelah lama tak update blog, kini blogspot berwajah baru! Lebih kemas dan menyemarakkan semangat untuk menulis! Ada beberapa perkara yang ingin admin sampaikan kepada Alumni KMPk tercinta.

Berakhirnya Ramadhan, menjelmanya Syawal. Rasanya belum terlewat untuk admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Ampun dan maaf dipinta andai sepanjang admin menjalankan tugas, ada yang terguris rasa lantas memendam perasaan di jiwa. Ampun pak! =p


Sempena bulan September ini juga, bermulanya alam baru bagi pelajar lepasan matrikulasi sesi 2011/2012 yang lalu. Selamat Melangkah ke Alam Universiti. Sememangnya kehidupan di alam ini lebih mencabar jiwa raga, tetapi ayuh buktikan yang anda tetap akan bersinar di mana jua bumi dipijak! C U D I P T!!



Kepada adik-adik yang masih berada di KMPk, PSPM 1 akan menjelmakan diri tidak lama lagi. Pesan admin, jangan STRESS kan diri anda pada tahap yang TERLAMPAU. Sayangi mental anda. Jika anda pelajar RAJIN, anda akan berjaya! USAHA + TAWAKAL + DOA. Makan dan tidur secukupnya. =p



Bagi yang akan melangkah ke alam pekerjaan, selamat mencari nafkah kehidupan. Cari duit yang halal. Akhir bulan, boleh belanja admin =p


Mungkin juga ada yang akan menjadi RAJA SEHARI sempena bulan Syawal yang mulia ini. Ehem3. Selamat Pengantin Baru!! Boleh jemput admin mainkan kompang. Free of charge! =)


Juga kepada yang akan menimang cahaya mata bulan ini, selamat menimang cahaya mata. Semoga dapat melahirkan insan yang bukan sahaja indah pada rupa, malah indah lagi akhlaknya. =)


Akhir kata, admin juga akan meneruskan semester baru dengan jiwa yang tenang, hati yang lapang bagai kanak-kanak riang. Harap anda juga begitu. Ada jodoh, bertemu kembali. Sekian, terima kasih kerana membaca. 


Tuesday, August 2, 2011

Coretan Kisah Di Let's Camp~!!


Assalamualaikum & Salam kerinduan..~!! Terasa pantasnya masa berlalu meninggalkan kita sehinggakan sekarang bersua semula di bulan Ramadhan penuh mulia..Alhamdulillah, syukur dipanjatkan..Ehem3, lepas ni penulis cerita panjang lebar pula ya mengenai puasa..Nak mengimbau kenangan puasa di KMPk beberapa tahun yang lalu..Okeh, sekarang penulis nak coretkan mengenai aktiviti Alumni KMPk yg buat pertama kali diadakan di luar negeri Perak tercinta..Iaitu aktiviti LET’S CAMP yang kerap kali dipromosikan di blog dan muka buku..LET’S CAMP telah diadakan pada 21-24 JULAI 2011 bertempat di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan..Seramai 30 orang peserta telah memeriahkan LET’S CAMP ini..Tujuan utama aktiviti yang julung kali ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah sesame Alumni KMPk..Maklumlah, tak kenal, maka tak cinta kan? Jom kita selusuri kisah sepanjang mengikuti LET’S CAMP~!!

21 JULAI 2011

Dalam jarak masa antara jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang, pendaftaran peserta diadakan di Terminal 1, Stesen Bas Seremban..Pada mulanya, penulis sendiri tersilap langkah dalam mencari stesen bas tersebut..Maklumlah, baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana..Pengalaman baru yang amat berharga sepanjang menaiki KTM dari Serdang ke Seremban..Lokasi spesifik pendaftaran ialah berhadapan dengan Dunkin Donuts..Hmm, sambil menunggu para peserta, berdendang juga perut terbayangkan donut yang gebu..Hik3..Makin lama, semakin ramai peserta yang tiba dengan beg pakaian masing-masing bagai nak balik kampung..Setelah semua peserta sampai, penulis dan peserta bagaikan tidak sabar untuk menaiki bas yang disediakan ke lokasi perkhemahan..

Dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam lebih, penulis tidak melepaskan peluang menikmati panorama alam..Lebuh raya yang berbukit-bukau pada mulanya menyukarkan pemandu bas..Tetapi, berkat kesabaran, akhirnya berjaya juga meneruskan perjalanan..

Oleh kerana bas tidak dapat masuk ke lokasi perkhemahan, kami dikehendaki berjalan kaki kira-kira 10 minit untuk sampai ke sana..Setelah sampai, semua peserta berehat sebentar untuk melepaskan lelah masing-masing..

Sesi taklimat dikendalikan oleh Saudara Ahmad Zulkamal, Arif dan saudari Nurul Illianida..Peserta terlebih dahulu dibahagikan kepada kumpulan khemah serta kumpulan aktiviti..





Selesai taklimat, bermulalah aktiviti pemasangan khemah..Yeay~!!


Di mana ada pertemuan, di situ ada perkenalan..Sesi Ice Breaking bagaikan modul yang tidak betah kalau tidak dilaksanakan..Setiap peserta diminta memperkenalkan diri masing-masing seperti biasa, namun ada sedikit kelainan apabila mereka wajib menggunakan nama samaran yang bertemakan MAKANAN, dan nama samaran ini akan digunakan sepanjang tempoh LET’S CAMP~!! Lucu kan? Belacan, Telur Goreng, Nasi Goreng Kampung, & pelbagai lagi nama2 yang tak akan penulis lupakan.
.
Setelah selesai solat Isyak & khidmat diri, aktiviti lasak yang pertama dimulakan iaitu Night Trekking..Di saat kegelapan malam, ditambah dengan cahaya bulan yang suram, semua peserta seolah tidak sabar untuk meneroka hutan..Perjalanan di dalam hutan mengambil masa selama 2 jam begitu mencabar dek lambakan dahan berduri tajam dan koloni serangga yang memenuhi lantai hutan..Luka-luka dan gigitan serangga sudah menjadi corak indah yang melakarkan kenangan pada peserta..

Tamat aktiviti pada hari pertama..Semua peserta tidur dengan lena gara-gara keletihan dalam keseronokan..

22 JULAI 2011

Sepanjang pagi dan petang, terdapat 3 aktiviti yang menghiasi hari kedua..Aktiviti pertama diberikan nama “Lukisan Rosak”..Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk mengambil marker pen & kertas mahjung..Setelah itu, setiap wakil akan diperlihatkan sebuah lukisan dan perlu menghafal gambaran yang dilukiskan untuk disampaikan pada ahli kumpulan masing-masing..Cara penyampaian adalah melalui penceritaan, maksudnya melalui percakapan..Hik3..Dan orang terakhir bagi setiap kumpulan diberikan tugasan untuk melakarkan semula apa yang diceritakan..Persis permainan “Telefon Buruk”, tetapi dalam versi lukisan..Objektif permainan adalah untuk melihat sejauh mana ketangkasan dan ketepatan maklumat yang disampaikan kepada ahli kumpulan..Tamat permainan, pelbagai bentuk lukisan dapat dilihat lagak kanak-kanak baru belajar melukis..=)

Aktiviti kedua yang telah dijayakan ialah “Mencari Duit Syiling”..Setiap kumpulan perlu membentuk bulatan bagi membincangkan kod-kod arahan untuk disampaikan kepada seorang ahli yang telah dipilih untuk mencari duit syiling tersebut..Ahli yang dipilih perlu ditutup matanya serta berada dalam gelanggang yang telah ditaburkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen..Ahli kumpulan yang lain akan memberikan arahan mengikut kod-kod arahan yang telah dipersetujui sewaktu perbincangan sesama ahli..Persaingan sengit terjadi bagi merebut jumlah duit syiling terbanyak..Objektif permainan ini adalah untuk menguji semangat kerjasama antara ahli kumpulan, kebijaksanaan dalam perencanaan strategi dan semangat berpasukan..=)





Pada petang hari, mari kita basahkan baju~!! Aktiviti yang bernama "Wakena Beb Belon”, telah berjaya membasahkan baju peserta..Permainan yang bertemakan peperangan ini berlangsung dengan meriah..Senjata yang dibekalkan berupa belon-belon air menjadi pelengkap permainan..Para peserta untuk setiap kumpulan perlu bijak merencanakan strategi untuk melindungi diri dari terkena balingan belon..Jika terkena balingan belon, akan diisytiharkan kalah~!! Jeng3..Siapa yang terkena, tak perlu mandi dua hari..Hik3..


Selepas bermandi belon air, bermulalah aktiviti lasak yang kedua iaitu Caving~!! Ramai peserta begitu menantikan detik ini kerana antara tarikan di Gua Batu Maloi ialah penerokaan guanya yang sangat best serta mencabar ketahanan mental dan fizikal..Sebanyak 24 platform telah diterokai dengan semangat jitu laksana seorang perwira negara..Tiada kata dapat penulis garapkan kerana ramai peserta begitu berpuas hati dengan aktiviti ini..Masuk gua, meredah air paras dada, melawan arus air terjun yang begitu deras, panjat-memanjat batu-batu besar, tujahan sayap kelawar yang riang ria berterbangan, dan pelbagai aksi menarik ala-ala spiderman terpatri sebagai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan ke akhir hayat..Tak percaya, tanyalah pada peserta yang hadir..~!! Penulis sangat suka lah dengan caving..Tak serik lagi ni..=p

Setelah malam melabuhkan tirai, barulah selesai aktiviti caving..Setelah mengisi perut dan menunaikan tanggungjawab sebagai hamba yang taat pada Khaliqnya, “Malam bersama Alumni” dijalankan..Bertemankan unggun api yang tidak begitu marak menyala, para peserta saling bertukar cerita mengenai pengalaman sepanjang menyertai program alumni..

Pabila mata semakin memberat, khemah ibarat katil empuk yang melambai peserta menghampirinya..Tidurlah..=)




23 JULAI 2011

Pagi disambut ceria..Pada pagi ini, aktiviti yang sedikit berbeza telah berlangsung dengan jayanya, iaitu “Pembersihan Kubur”..Kubur penduduk Islam yang terletak di luar kawasan kem mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai dengan berjalan kaki..Sambil membawa bersama alatan untuk permbersihan, kami berpecah untuk membersihkan setiap kubur dengan mencabut rumput-rumput liar serta lalang-lalang yang tumbuh menutupi tanah kubur..Setelah berpuas hati, Saudara Hilmi mengambil peranan untuk sesi muhasabah diri..Suasana hening menambah kesayuan..Betapa setiap yang bernyawa pasti merasai mati..Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anbiyaa’, ayat 35:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan..”



Setelah selesai, kami berangkat pulang ke lokasi perkhemahan..Seterusnya, aktiviti penyembelihan ayam dilakukan secara beramai-ramai..Sebanyak 2 ekor ayam yang dikorbankan untuk menu istimewa pada hari Sabtu..





Pada petang hari, aktiviti fizikal dilakukan yang memerlukan juga kebijaksanaan peserta dan sifat inovatif..Para peserta diminta untuk mencari bahan-bahan bagi membina sebuah kerusi yang dapat diduduki..Terpulanglah sama ada nak gunakan kayu-kayan, ranting-ranting, daun-daun kering dan sebagainya..Riuh rendah suasana saat setiap kumpulan mempromosikan binaan kerusi masing-masing..Pelbagai binaan yang kreatif dapat dilihat, sambil diadili oleh para juri..




Bagi mengisi masa kekosongan, peserta lelaki dan perempuan dibahagikan kepada dua kumpulan besar..Mandi-manda time! Penulis tak berpeluang untuk mandi akibat mengalami kecederaan pada kaki..Tapi, melihat kegembiraan mereka sudah cukup menempiaskan aura kebasahan pada penulis..(Ayat ~!!)

Selesai solat Isyak, barbeku beramai-ramai dimulakan..Sebanyak 5 ekor ayam telah disumbangkan daripada pihak kem kepada kami..Sambil meratah ayam, MT alumni iaitu Saudara Sam & Saudara Pian memerikan sepatah dua kata juga semangat untuk meneruskan lagi aktiviti alumni selepas ini..Selesai makan, semua peserta kembali ke khemah masing-masing untuk melayari mimpi..

24 JULAI 2011

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi..Hik3..Pada pagi yang sangat sejuk ini, selesai sarapan pagi, peserta diminta untuk membersihkan kawasan perkhemahan sambil mengemas barang-barang kerana masa untuk bertolak adalah pada jam 12 tengah hari..Sambil mengemas, datanglah penjual ais krim ke tenpat kem..Habis ais krim yang dijual, maklumlah 4 hari tak merasa ais krim kan..Sesi fotografi diadakan bagi meninggalkan kenangan bersama..Suasana dalam bas sepi kerana masing-masing keletihan sambil melayari mimpi indah..Apabila sampai ke Stesen Bas Seremban, semua peserta berpecah mengikut destinasi masing-masing..

Tamat sudah kisah LET’S CAMP yang sempat penulis coretkan dalam kesibukan menjalani ibadah puasa..Harapan kami dari pihak Alumni KMPk agar kalian dapat lagi bersama-sama menyertai program gempak alumni selepas ini..Nantikan hebahan program terdekat kami ya~!! Moga lepas ini akan ada lagi kesinambungan untuk LET’S Camp 2…..(^_^)

Semoga bersua lagi..






p/s : Penulis ada masalah internet slow macam kura-kura..=) Jadi, tak dapat nak upload banyak gambar..Gambar2 akan menyusul kemudian..Harap Maaf..Atau boleh ke FACEBOOK Johari Bujo Awang untuk tatapan foto LET’S CAMP..

Wednesday, July 13, 2011

Arghhhhhh! 15 Julai??

Salam sayang & selamat petang..Seronok rasanya hati ini membaca komen di muka buku adik2 lepasan matrikulasi khasnya dalam menanti dengan penuh debaran tarikh keramat 15 Julai 2011..Pelbagai gaya bahasa yang digunakan seperti metafora dan hiperbola..hik3..Admin hanya mampu senyum sahaja..Biasalah adik2, saat debaran ini yang akan dikenang sampai bila2..Di kesempatan ini, admin sempat copy & paste dari muka buku adik2 yang update status berkenaan hari ESOK..Supaya menjadi kenangan sampai bila2..Maaf tak sempat nak copy semua status..Yang mana muncul di news, sempat la admin copy ya..(^_^)


esok pnentu sgalenye


debaran 15 julai yg mencengkam jiwa...aduiiii....


Debarann kian terasaa...24 jam lagii...semuanye akan terungkai...arhhhhhhhh!!


mcm nak terkeluar jantu g den tunggu hari esok :(


moga dikurniakan ketenangan utk menghadapi hari esok 15 JUlai..


Engku Najihah...debornyer esok.........adoi


kepado sumo saim2 MATRIK..n saim2 hok stpm..ambo ucp gd luck la dess ai jumaat nie...dihrp bulis blako dess.....amin..


E.S.O.K ! 15072011 .


badan ak ni dh seram sejuk tggu esk.. ya Allah,, hopefully semua brjlan lancar.. errrrr.. takot sgt2.. :(



Agaknya, ini wajah adik2 saat ini ya? =p

Monday, July 11, 2011

Debaran menanti keputusan UPU

Salam sayang dan selamat pagi..Sedar tak sedar, kita dah nak menghampiri pertengahan bulan JULAI..Pastinya bulan yang bermakna ini akan menyaksikan detik yang bersejarah dalam diari kehidupan adik2 yang baru sahaja menamatkan zaman matrikulasi..Seperti yang dihebohkan dalam laman sesawang muka buku atau mana2 sumber yang boleh dipercayai, tarikh keluarnya keputusan UPU adalah pada 15 JULAI 2011 bersamaan hari JUMAAT..Diharapkan bersempena hari yang mulia ini, adik2 akan tersenyum dan bersyukur dengan keputusan yang terpapar di skrin laptop masing2..Admin juga pernah merasai detik2 bahagia ini..Pada masa inilah:

1) Sepanjang nak tunggu hari jumaat ni, masalah insomnia berlaku (eh, betul x ejaan, hentam sj ni) ..Mengalahkan orang2 yg angau..=) Tak lena rasanya tidur..

2) Masa ni lah nak mimpi yg bukan2..plus mimpi yg mengarut-ngarut..Bila terjaga, berpeluh-peluh fikir pasal mimpi tadi..=) Kalau mimpi bes2 xpe la..

3) Hilang selera makan..Makanan yang manis terasa tawar..Makan pun sekali ja sehari..Ish3..( Admin hentam ja makan, tetap berselera, malah makin berselera )

4) Status fb semua pasal perasaan berdebar..Ini yang paling ketara la..Setiap minit nak update status kalau boleh, sebab nak kasi satu dunia tau betapa berdebarnya anda..hik3..

5) Semasa hari kejadian, ( selalunya keputusan diumumkan jam 12 tgh kan ), setengah jam awal dah standby depan laptop..Makin bertambah kencang degupan jantung..Nak senyum pun terasa janggal..Tepat saja jam 12 tgh, dia lah orang pertama yg serang website UPU..Tetapi, AWAS..Pada masa ini, website berkenaan akan mengalamai traffic jam..Jadi, pesanan admin, banyakkan bersabar la ya masa nak check keputusan UPU nanti..


p/s : Bila dah dapat tau keputusan, ucapkan Alhamdulillah tanda bersyukur..Banyak2 kan berdoa sebelum nak klik ya..Jangan lupa share2 keputusan anda di FB AkumniKMPk Rasmi..Kami di sini mendoakan SELAMAT BERJAYA..!! Apa saja keputusan yang dipaparkan, ingatlah..Itulah yang terbaik untuk anda..(^_____^) Salam sayang..

Pengumuman!!


Salam sayang & selamat malam. Kepada semua peserta LET'S CAMP, tempat berkumpul pada 21 JULAI 2011 (Khamis) telah berubah ke TERMINAL 1, STESEN BAS SEREMBAN. Harap maklum. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Suhaila di talian hotline 013-4553119. Jumpa anda di sana..!! Sekian, berita tamat..=)

p/s : Kepada sesiapa yg masih BERMINAT nak join, pendaftaran masih lagi dibuka setakat minggu ini sahaja..Jadi, apa lagi anda tunggu..Jangan tunggu lama2..Hubungi no di atas untuk pendaftaran..

Sunday, July 10, 2011

Kala Exam Menjelma


Symptom-symptom student bila nak exam nanti...(^_^)

1) Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load)

2) Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

3)Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

4) Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

5) Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang. 

6) Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.) 

7) Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P 

8) Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

9) Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.Hah. 

10) Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak. 

11) Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti” Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. 

12) Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikir handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu. 

13) Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.     

p/s; Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload. 

Walau baca banyak kali pun, admin rasa nak gelak guling2 sj..ni diambil dari sumber2 dari FB..just share2..rasanya ada kena batang hidung gak..=p 

Sunday, June 26, 2011

Let's Camp!



Assalamualaikum & Selamat Malam diucapkan kepada anda semua..Diharapkan anda berada dalam keadaan yang ceria sentiasa...(^_^) Alhamdulillah, kini Alumni KMPk kembali dengan satu lagi program bagi mengisi masa lapang anda..Program apa ya? Pasti ada yg tertanya-tanya..Kan? Lihat gambar di atas beserta maklumat yang akan disampaikan di sini..Jom jelajah..!!


PROGRAM : Let's Camp!!!

TARIKH : 21 -24 Julai 2011 ( 4 Hari 3 Malam )


TEMPAT : Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan



BAYARAN : RM 50 sahaja


KAPASITI : Terhad kepada 30 orang Alumni KMPk


AKTIVITI : Caving, Khidmat Masyarakat, Aktiviti Sungai, Night Trekking, Mesra @ KMNS

Untuk pengetahuan anda, Alumni KMPk telah mengadakan hubungan dua hala dengan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) bagi menjayakan lagi program Let's Camp ini..Bak kata orang bijak pandai, " Tak kenal, maka tak cinta.." 

Pasti ada lagi yang masih tertanya-tanya mengenai tentatif program yang telah dirancang..Bagai memahami, di bawah ini disertakan sekali tentatif program sepanjang 4 hari berada di sana..Jom tengok!!


KHAMIS (21 JULAI 2011)

10.00am-12.00pm
·         Pendaftaran para peserta di KL Sentral

12.00pm–2.00pm
·         Berkumpul
·         Bergerak ke KMNS

4.00pm–6.00pm
·         Tiba di KMNS
·         Pengagihan penempatan (Diuruskan oleh JPP KMNS)
6.00pm–9.00pm
·         Khidmat diri
·         Maghrib & Isya’
·         Makan Malam

9.00pm-11.00pm
·         Program bersama pelajar KMNS
·         Modul kecemerlangan bersama pelajar KMNS

11.00pm-5.00pm
·         Layar Mimpi

JUMAAT (22 JULAI 2011)

6.00am-8.00am
·         Subuh
·         ‘Ice Breaking’
·         Senaman pagi

8.00am–9.30am
·         Khidmat diri
·         Sarapan Pagi
                                              
  9.30am–12.00pm
·         Pengagihan bahan makanan & khemah
·         Persediaan sebelum berangkat
·         Makan Tengahari

12.00pm–2.00pm
·         Solat jumaat

2.00pm–3.00pm
·         Berkumpul
·         Bertolak ke camping site

4.00pm-5.00pm
·         Tiba di lokasi di Kem Batu Maloi
·         Set camping
·         Solat asar

6.00pm–6.45pm
·         Modul 1 (aktiviti)

6.45pm–7.30pm
·         Khidmat diri
·         Masak bersama
·         Makan malam

7.30pm-9.00pm
·         Solat Maghrib & Isya’
·         Tazkirah
·         Mathurat

10.00pm–12.00pm
·         Modul 2 (Fun)

12.00pm–1.00am
·         Bersiap untuk Modul 3

1.00am–3.00am
·         Modul 3 (Night Trekking)

SABTU (23 JULAI 2011)

6.00am–9.00am
·         Solat Subuh
·         Mathurat
·         Senaman pagi
·         Sarapan
·         Persediaan untuk aktiviti ‘caving’

10.00am–12.00pm
·         Aktiviti ‘Caving’

1.30pm–2.00pm
·         Rehat
·         Solat Zuhur

2.00pm–3.00pm
·         Masak Bersama
·         Makan Tengahari

3.00pm-5.00pm
·         Interaksi bersama orang kampong (Yeah!) 

5.00pm–6.30pm
·         Solat Asar
·         Rehat
·         Bersiap untuk khidmat masyarakat bersama orang kampung

6.30pm–9.30pm
·         Khidmat diri (memasak bersama orang kampung)
·         Makan malam
·         Solat Maghrib & Isya’
·         Mathurat
·         Tazkirah

10.00pm-11.30pm
·         Pulang ke kem

11.30pm–4.30am
·         Layar Mimpi

AHAD(24 JULAI 2011)

4.30am–6.30am
·         Qiamullail
·         Solat subuh

6.30am–7.30am
·         Kuliah Subuh
·         Senaman pagi
·         Sarapan pagi

9.00am–10.00am
·         Modul 4 (aktiviti)

10.30am–11.30am
·         Berkemas untuk pulang

11.30am-12.30pm
·         Berkumpul
·         Berangkat pulang

12.30-1.30pm
·         Tiba di KMNS
·         Bergerak pulang ke rumah masing-masing 
  

Menarik kan??? Apa lagi...Jika anda berminat, cepat-cepat daftarkan diri dengan menghantar butir-butir diri anda seperti NAMA PENUH, NO TELEFON, ALAMAT EMEL, & NO IC anda pada : 

Suhaila : 013 - 4553119

Emir : 013 - 5894585

Setelah anda selamat mendaftarkan diri, anda bolehlah membuat pembayaran deposit melalui sistem bank in sebanyak RM 25  atau anda digalakkan untuk membuat pembayaran penuh sebanyak RM 50 sahaja di:

No akaun Hilmi (CIMB) 14840000825520

No akaun Amira (MAYBANK) 112344013791

Berbaloi kan? Hanya RM 50 untuk 4 hari 3 Malam disertakan lagi dengan makanan yang masyuk & aktiviti yang dijamin best!!!

Apa lagi? Cepat2..Mari2..Kakak2, Abang2, Adik2, lepasan KMPk, yang sudah pun bergelar Alumni KMPk, mari join program kami ini..Kerana anda akan dapat menikmati keseronokannya..!!

Jadi, apa lagi..!!! Pengalaman itu susah dicari..Walau pengalaman yang sama, tanggapan itu pasti akan berbeza! So, LETS TRY! & LET's CAMP! Rasakan dahulu keseronokannya!!

Jom sertai..!! Jangan lupa ajak kawan2 yang lain..(^___^)