Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, May 18, 2016

Yuran Keahlian NGO Alumni KMPk Mahal? Ini Jawapan Kami.

Kami ada menerima respon daripada para alumni berkenaan harga yuran keahlian NGO Alumni KMPk yang dikatakan mahal.

Mungkin respon tersebut datang daripada alumni yang masih menuntut di Universiti dan tidak mempunyai sumber kewangan selain daripada wang pinjaman PTPTN yang pastinya digunakan untuk tujuan pelajaran. Kami faham masalah yang dialami oleh para alumni.

Oleh itu, kami kongsikan disini beberapa fakta berkaitan keahlian NGO Alumni KMPk untuk sesi 2016/2018 yang boleh mengubah fikiran para alumni berkenaan kenyataan yuran keahlian yang mahal.

1. Yuran keahlian seumur hidup yang lama adalah RM 100.00 - Yuran keahlian seumur hidup yang baru cuma RM 50.00 sahaja.

2. Bayaran Pra Pendaftaran cuma RM 10.00 sahaja.

3. Para alumni yang sudah membayar Pra Pendaftaran akan diberikan tempoh 2 TAHUN untuk menyelesaikan bayaran baki RM 40.00 daripada jumlah yuran tersebut.

4. Hanya perlu mendaftar sekali sahaja - Tiada lagi keahlian mengikut penggal.


Satu jenis keahlian sahaja selepas pindaan perlembagaan

Pada sesi kepimpinan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk yang lama, terdapat 2 jenis keahlian iaitu keahlian sepenggal dan keahlian seumur hidup. Namun selepas pindaan perlembagaan dilakukan semasa Annual Grand Meeting (AGM) NGO Alumni KMPk kali ke-4 Februari lalu, keahlian yang baru ini terus berkuatkuasa.


Maka bermula daripada kepimpinan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk sesi 2016/2018, hanya ada satu jenis keahlian sahaja iaitu keahlian seumur hidup.


Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mendaftar sebagai ahli NGO Alumni KMPk dan dapatkan faedah seperti diberi keutamaan untuk menjadi ahli jawatankuasa program dan diskaun untuk program-program berbayar.

Klik untuk ke pautan Daftar Ahli



'Menuju Alumni Berprestij!'

No comments: