Social Icons

twitterfacebook

Saturday, May 28, 2016

Persoalan antara Program Matrikulasi dan Diploma.

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Encik Mahfuz Najhan, Ketua Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Perak berkenaan persoalan antara Program Matrikulasi dan Diploma.






S: Antara matrikulasi dan diploma mana lebih baik?

J: Sistem pasca sekolah mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Ia bergantung kepada kecenderungan kita. Sebelum memilih anda perlu tetapkan haluan anda dan tahu bagaimana anda boleh mencapainya.

S: Sijil marikulasi tidak diiktiraf?

J: Matrikulasi tidak menyediakan sijil. Tujuan penubuhan matrikulasi adalah sebagai pembekal pelajar bumiputera ke IPT awam. Keputusan peperiksaan hanya untuk memasuki IPT awam. Hasrat matrikulasi pelajarnya dapat berada di universiti dan menerima sijil ijazah. 

S: Sistem matrikulasi susah?

J: Ya, semua sistem akan susah bagi pelajar yang tidak bersungguh belajar. Sistem ini susah bagi pelajar yang belajar di saat akhir. 

Tidak, bagi pelajar yang tahu peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Menurut data dari unit kaunseling 80% pelajar yang masuk matrikulasi berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang manakala 18%-19% baik, dan 1%-2% sahaja gagal. Daripada yang gagal, kurang dari 10% gagal disebabkan susah dan tidak dapat mengikuti walaupun telah berusaha, selebihnya mereka memilih untuk gagal. 


Baca juga: Matrikulasi vs Diploma

No comments: