Social Icons

twitterfacebook

Monday, January 26, 2015

Education & Career Fair 2015 - Pengumuman Rasmi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang dikongsikan sebelum ini di laman sosial, program anjuran NGO Alumni KMPk seterusnya adalah Education & Career Fair 2015. Program tersebut dijadualkan pada 14 Februari 2015 di Kolej Matrikulasi Perak.




Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi gambaran berkaitan alam universiti dan kerjaya serta berkongsi beberapa panduan atau tips belajar dari sudut kerjaya dan mahasiswa IPTA itu sendiri. Dengan ini pelajar dapat diberikan kefahaman yang lebih baik tentang alam universiti dan didedahkan kepada bidang kerjaya terpilih sebagai pembakar semangat untuk meneruskan bidang pengajian kelak.

Antara pengisian untuk program kali ini adalah Get to Know, Oh My Career! dan Annual Meeting. Get to Know merupakan ruang perkongsian panduan dan tips berkaitan alam universiti daripada Wakil IPT dan para Alumni yang turun ke KMPk semasa program.

Manakala bagi Oh My Career! pula, sebuah forum akan diadakan. Forum ini akan dikendalikan oleh seorang moderator dan kami telah menjemput 7 orang Alumni berkerjaya darjpada 7 bidang kerjaya terpilih untuk berkongsi tips dan pengalaman berkenaan alam kerjaya kepada para pelajar.

Annual Meeting pula akan diadakan disebelah malam setelah selesai GTK dan OMC!. Para Pegawai NGO Alumni KMPk akan membentangkan hala taju dan perancangan persatuan kepada para Alumni. Sesi perbahasan idea dan soal jawab juga akan  diadakan bagi memastikan para Alumni tahu dan jelas akan visi, misi dan objektif persatuan.

Oleh itu, kami ingin menjemput para Alumni turun ke KMPk untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan program ini. Kami ingin membuka peluang kepada para Alumni untuk turun, pulang semula ke bumi bukit bukau subur menghijau Kolej Matrikulasi Perak ini.

Para Alumni yang masih menuntut di IPTA boleh turun dan bantu Wakil IPT semasa Get To Know berlansung. Bagi Alumni yang sudah berkerjaya, anda juga boleh bantu Wakil IPT semasa GTK disamping kami ingin membuka ruang untuk anda adakan “mini reunion” ketika program.

Bagi anda yang turun pada 14 Februari nanti, pastikan anda hadir ke Annual Meeting yang akan diadakan pada jam 8.00 mlm. Ini adalah peluang untuk para Alumni menyumbangkan pendapat dan idea untuk memastikan NGO Alumni KMPk terus melangkah kehadapan.

Pastikan anda turun ke Kolej Matrikulasi Perak 14 Februari depan untuk program Education & Career Fair 2015 dan sila sahkan kehadiran anda dengan mengisi borang penyertaan ini:
http://goo.gl/pHKGOg

Maklumat dan info tambahan tentang program seperti tentatif dan biodata panel OMC! akan diumumkan kemudian. :D

Terima kasih!

“Menuju Alumni Berprestij!”

Tambahan 1: Kepada para Alumni berkerjaya, mohon kerjasama anda untuk isikan borang Alumni Berkerjaya ini bagi membolehkan kami menjayakan Rangkaian Alumni yang sedang dalam perancangan. Rangkaian Alumni ini akan menjadi medan perkongsian maklumat dan info berkenaan hala tuju lepasan matrikulasi.

Borang Alumni KMPk Berkerjaya: http://goo.gl/oHQGcH

Tambahan 2: Kepada para Alumni sekalian, kami menjemput anda untuk memberikan respon kepada Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk ini. Kami mahu mendengar pendapat dan idea anda berkenaan persatuan. :D


Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk: http://goo.gl/U30bCA

No comments: