Social Icons

twitterfacebook

Saturday, January 10, 2015

"Melompat Setinggi langit"

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya

Alhamdulillah  syukur ke hadrat Ilahi, program "Melompat Setinggi Langit" yang berlansung siang tadi berjalan lancar. Program ini merupakan sebuah perkongsian akademik dan masa depan bersama Alumni KMPk. Perkongsian disampaikan oleh Presiden NGO Alumni KMPk, Tuan Hilmi Ismail. Program ini khas untuk pelajar semasa KMPk.


Gambar-gambar sepanjang program berlansung, 

Barisan Alumni KMPk yang turun untuk beri perkongsian "Melompat Setinggi Langit" sebentar tadi.

Para peserta dan para Alumni KMPk
Peserta lelaki
Adik-adik yang dahagakan ilmu

Mantan presiden NGO Alumni KMPk sesi 12/14, Tuan Faiz Kamaruddin.

Timbalan presiden, Puan Nurul Illianida

Presiden dan mantan presiden

Perkongsian dari Tuan Hilmi Ismail

Antara perkongsian yang disampaikan ialah mengenai 3 soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri. Soalan pertama Siapakah Aku? Soalan kedua Kenapakah aku disini? dan soalan terakhir Apakah matlamat Aku?.

Sentiasa tanya kepada diri sendiri 3 soalan itu supaya kita lebih fokus dan tidak tersasar daripada tujuan asal kita melakukan sesuatu. 3 soalan itu diperlukan untuk merancang masa depan yang lebih baik. Tentukan kita punya minat, kelebihan, bakat, kekurangan dan masalah yang kita hadapi. In sha Allah dengan kelebihan yang kita ada kita dapat mengatasi masalah yang datang.

Semoga dengan perkongsian dari para Alumni KMPk sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik kita merancang masa depan dengan lebih baik. إن شاء الله  

 "Menuju Alumni Berprestij"

Link untuk dapatkan slideshow yang digunakan oleh speaker: https://docs.google.com/file/d/0Bx-Tbfe3YOw-c1YwTEtrVjhLNnM/edit


No comments: