Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, June 6, 2012

Sekilas Pandang MPPB 2012/2013


 

Ini adalah kenangan MPPB tahun-tahun lepas yang pasti setiap kali Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini, akan ada kenangan-kenangan pahit manis yang tidak dapat dilupakan terutama sekali bagi mereka yang bergelar AJK Orientasi (AJKO). Setiap tahun AJKO punya tagline tersendiri.

Tagline tahun ini, "AWESOME, PERGH!" menjadi pembakar semangat kepada para AJKO yang mempunyai bilangan yang paling sedikit jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Kekuatan AJKO iaitu seramai lebih kurang 90 orang ini berusaha sehabis baik bagi memastikan MPPB kali ini berjalan dengan lancar disamping membantu pihak kolej mencapai matlamat minggu MPPB.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar dan bertabah itu adalah mereka-mereka yang cantik dan handsome!"
 


Dengan kepadatan pelajar baru seramai lebih daripada 2,500 orang iaitu antara bilangan terbesar setakat ini, menjadikan ini salah satu cabaran terbesar buat AJKO-AJKO yang sedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Alhamdulillah. Awesome, pergh!

Tahniah!

Ini adalah perjalanan MPPB secara ringkasnya.

Hari Pertama

Merupakan hari pendaftaran pelajar yang menyaksikan kereta mula beratur seawal 7 pagi. Kesesakan dan kehangatan mula terasa. Namun demikian, pelajar-pelajar masih bersemangat untuk memulakan pengajian di matrikulasi ini. Kesemua AJKO memainkan peranan masing-masing mengikut tugas yang telah ditetapkan.





Semasa Taklimat Waris

Suasana hari pendataran - 28 Mei 2012


Orientasi bersama pelajar bermula pada jam 5 petang selepas taklimat waris sesi kedua yang berakhir pada kira-kira jam 4.15 petang. Pelajar segak menawan mengenakan baju yang diberikan oleh pihak kolej. 
Wajah ceria adik-adik kita


Hari Ke-2 hingga Hari Ke-4

Hari-hari ini diisi dengan sesi taklimat daripada setiap jabatan seperti jabatan peperiksaan, disiplin dan perpustakaan. Selain daripada taklimat, sesi LDK bersama kumpulan mentor mentee turut menjadikan MPPB menarik dan penuh dengan pengisian.

Pada hari ke-2, slot malam dipenuhkan dengan slot bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2011/2012 dimana di dalam slot ini budaya belajar di matrikulasi menjadi topik bual bicara mereka. Slot ceramah perdana pada hari ke-4 dapat menarik perhatian pelajar. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat buat semua pelajar, juga sebagai bekalan menempuh hari-hari mencabar di matrikulasi nanti.

Perhimpunan pagi - AJKO! Awesome, pergh!

Beg kuning menjadi identiti
(Perhimpunan pagi di dataran)

Smart!

Bersama kumpulan mentor mentee

Hari Ke-5

Tibalah hari penutup. Pelajar lelaki segak berpakaian formalnya bertali leher KMPk manakala pelajar perempuan juga berbaju formal dan bagi muslim bertudung hitam. Mana baju korporat yang diberikan? (Boleh lihat pada Fan Page Alumni KMPk, LIKE!) Memandangkan ada pelajar yang tidak mempunyai seluar slack hitam, maka rancangan pun ditukar. Ini bagi memastikan keseragaman dalam kalangan pelajar.

Tayangan multimedia (Insya Allah bakal di upload) menjadi gimik pada hari penutup, diterima baik oleh pelajar-pelajar. Terbaik! Suasana sepi di dalam dewan bertukar gamat dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh pelajar yang menyaksikan video ini. Tahniah!

Detik perpisahan dengan pelajar baru. Perkongsian sedikit sebanyak daripada AJKO Alumni dan AJKO yang lain harap dapat mempersiapkan adik-adik dalam mengharungi perjalanan hidup di matrikulasi. Yakinlah, usaha, doa dan tawakkal itu dapat membuahkan kejayaan yang cemerlang. Insya Allah.

Tagline MPPB tersemat diingatan:

Kopi O...Kopi O!
Perak macho...Perak macho!

Pepsi, cola, seven-up...Pepsi, cola, seven-up!
Ayuh Perak, don't give up...Ayuh Perak, don't give up!

Matrik gempak mana tu???
Matrik Perak! Matrik Perak!

Matrik gempak mana tu???
Matrik Perak! Matrik Pe...rak!

Suara bangkit semangat daripada AJKO kita ini, Manoosh dan Zairi yang mengetuai sorak menaikkan semangat adik-adik kita. Kerjasama adik-adik, pelajar baru ini memang first class! Alhamdulillah. 

"Apa yang adik-adik inginkan?"
"4 FLAT!!!!"

"Adik-adik, mula ombak daripada tepi sana! sambung dari tepi sana!"
Ommmbaaakkk..."Ooouuuhhhh"
Bunyi lebih, nasib baik ombak menjadi ya.
Terima kasih abang Ombak!

Abang-abang dan kakak-kakak AJKO yang awesome!

Atas bukit ada rumput,
Rumput cantik tak pernah lihat,
Bukit yang cantik, heyy..
Bukit yang cantik...!

Buat adik-adik semua, Insya Allah para AJKO dan Alumni akan mendoakan adik-adik. Jauh di mana, namun akan terasa sentiasa dekat di hati. Insya Allah Alumni telah pun merancang beberapa aktiviti bagi adik-adik semua, kami mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada adik-adik. Nantikan kedatangan kami. Insya Allah.

Semoga berjaya daripada panel MEDAN BICARA ALUMNI! :)
Like Fan Page Alumni KMPk dan ikuti perkembangan aktivti dan program yang dijalankan.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta ya!

Teruskan menyokong aktiviti Alumni KMPk!
Salam bahagia buat semua!
Waallahu'alam.

2 comments:

Dzul Azhar said...

ala ingat matan post video mppb tu

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Sabar dik Azhar, tak lama lagi ada lah tu :D cuma jangan makan makanan org lain sudah lah ya