Social Icons

twitterfacebook

Thursday, August 23, 2012

Raya


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah hampir seminggu kita beraya. Ada yang daripada jauh pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada juga yang cuti panjang dan dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Daripada pihak Alumni sendiri mengambil peluang ini, Insya Allah masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.
(Al-maklumlah Admin juga sibuk beraya dengan mengguna sebaik mungkin cuti yang ada)

TaqabalAllahu minna wa minkum, Insya Allah!

Semoga kita terus istiqamah dengan pentarbiyyahan Ramadhan. Moga gelombang fenomena Ramadhan terus kita raikan bersama. Insya Allah.

Pastinya sekarang ramai adik-adik kita yang sibuk dengan persiapan masuk universiti kan. JOM MASUK U! Sertai kami, Insya Allah moga kejayaan menanti kita semua di akhir pengajian. Dan diharapkan buat sahaja kejayaan di akhir pengajian dengan menggenggam segulung ijazah, tetapi bagi yang beragama Islam, moga kejayaan itu punya redhaNya dunia dan akhirat InsyaAllah.

Sekian dahulu.
Semoga Alumni KMPk terus maju jaya, Insya Allah.

Tour raya Alumni? Ada ke tahun ini ye?

Wassalam.