Social Icons

twitterfacebook

Thursday, August 30, 2012

Jom Masuk U!

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Sudah lama tidak bersua di Medan Bicara Alumni ini. Kini ramai kembali ke pusat pengajian masing-masing, tidak kurang juga adik-adik yang sibuk membuat persiapan bagi memasuki alam Universiti tidak lama lagi. Insya Allah bakal bergelar Mahasiswa dan Mahasiswi.

Dup dap, dup dap...
Berdebar-debar menantikan hari itu kan.

"Boleh ke aku survive ni?"

"Boleh ke aku realisasikan impian mak ayah aku ni?"

"Boleh ke ni??"

:)

Alhamdulillah Alumni senior sentiasa berlapang dada memberi maklumat, pandangan kepada adik-adik di Facebook. Alhamdulillah! Harap budaya memberi ini boleh terus disemarakkan dalam keluarga Alumni ini. Insya Allah.

Dalam sesi lawatan ke Group Alumni KMPk, scroll sampai ke bawah untuk mencari mutiara-mutiara ilmu, pesanan yang dapat dikongsikan bersama di sini. Admin tidak mampu scroll ke bawah lagi, maka ini yang dapat dikongsikan buat masa ini. Harap bermanfaat, dan dapat dijadikan panduan dalam menempuh alam Universiti nanti.

Jom layan, scroll sampai bawah :)




Lagi pesanan abang kakak :)


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian!

  

Perbanyakkan doa agar sentiasa diberi kekuatan demi sebuah kejayaan,
Ingat, kejayaan itu bukan untuk dibangga-bangga tetapi untuk kebaikan bersama. Naikkan semangat untuk berbakti! :)


 Baru fasa pertama, bersedialah untuk fasa yang berikutnya...


Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang tidak buat kita lupa, tetapi yang dapat buat kita tunduk syukur kepada Pemilik segala ilmu ini. Hebatnya kita bukan hebatnya bidang yang kita dalami, tetapi hebatnya kita kaitkan ilmu itu kepada isi alam supaya lebih dekat jiwa-jiwa ini kepadaNya.

Kejayaan bukan milik hakiki kita.
Jauh takbur, larikan diri daripada sifat sombong dan bongkak.


Kita-kita punya jalan hidup yang berbeza,
Maka, hadapilah jalan-jalan ini dengan setenang-tenangnya :)

 

Itu dia pesanan-pesanan abang kakak yang dapat dikongsikan bersama. Moga bermanfaat buat adik-adik, juga kepada Alumni yang kini sudah pun berada di alam Universiti. Dengan ini, harapnya dapat mengingatkan kita untuk perbetulkan niat dan teruskan usaha hingga ke akhirnya.

Tidak ketinggalan pesanan Admin, moga mahasiswa/mahasiswi Alumni KMPk akan terus cemerlang! :)
Insya Allah!


Pesanan mutiara hikmah Alumni kita :)


Ok, berhenti merungut dan perbanyakkan syukur padaNya. Teruskan usaha, gunakan segala daya untuk terus berjaya. Insya Allah dunia akhirat.

Alhamdulillah pesanan-pesanan yang amat bernilai!

Terima kasih atas kerjasama menghidupkan Alumni kita ini. Moga terus bersama, menambah segala apa jua kekurangan. Insya Allah untuk kebaikan bersama :)

Ada apa-apa cadangan, boleh kemukakan di Group Alumni KMPk ya!
JOM MASUK U!!!
Sekian.
Wassalam.

1 comment:

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin