Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, March 6, 2013

Thousand Words for Gaza: Volunteer & Tentatif

Assalamualaikum wbt,
Selamat petang nan indah buat semua!

InsyaAllah, sepertimana yang sedia maklum, 8 - 16 MAC 2013 akan diadakan program THOUSAND WORDS FOR GAZA. Ya, program ini julung-julung kali diadakan di peringkat matrikulasi. InsyaAllah :)

InsyaAllah.

Seminggu ini akan dipenuhi dengan ILMU-ILMU yang bermanfaat. Pastinya untuk semua warga KMPk, juga Alumni. InsyaAllah. Jangan lepaskan peluang untuk bersama merasai kehangatan program ini (hehe!). Bagi sesiapa yang berminat untuk hadir, sila berikan nama kepada saudara Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi, boleh hubungi beliau melalui FB atau no yang tertera di bawah.

Sehubungan dengan program ini, pihak Alumni ingin mencari beberapa orang volunteer. Bagi sesiapa Alumni yang berminat untuk jadi volunteer, sila PM atau hubungi saudara Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi (013-4018787).

Volunteer diperlukan bagi:
Unit publisiti (InsyaAllah akan ada kerjasama dengan pihak Aqsa Syarif)
Flash Mob (wakil alumni, InsyaAllah lagi ramai lagi bagus)

Ini adalah tentatif THOUSAND WORDS FOR GAZA selama seminggu ini;

7 Mac 2013 (Khamis)
Perasmian program THOUSAND WORDS FOR GAZA 
InsyaAllah bakal berlangsung esok malam, yang bakal dihadiri oleh pihak HEP KMPk, wakil Alumni dan pastinya wakil daripada pihak Aqsa Syarif Sdn Bhd. Tabung kemanusiaan juga akan dilancarkan pada malam ini dan juga ada pengisian tentang isu palestin. InsyaAllah.

11 - 16 Mac 2013 (seminggu)
- Jualan di booth Aqsa Syarif dengan pameran
- Pameran oleh Unit Dinamika KMPk
- Gerakan skuad tabung kemanusiaan

12 Mac 2013
Ceramah Pemuda Islam (oleh Ustaz Farid)

14 Mac 2013
Motivasi Jalan yang Pasti (oleh Ustaz Abdullah Khairi)

15 Mac 2013
Konsert Motivasi Musikal (bersama Hafiz Hamidun, InsyaAllah)

16 Mac 2013 (HARI KEMUNCAK) 
- FLASH MOB GAZA
- DUDUK DIAM UNTUK GAZA (DDUG)
- EXPO ISLAM (Booth daripada agensi-agensi kemanusiaan akan dibuka)
- Forum Cappucino Cinta (oleh FATIMAH SYARHA dan DR FARHAN HADI)

Ada kelapangan, ringankan langkah kaki ke sana. InsyaAllah tidak pulang dengan tangan kosong. Pulang dengan hadiah input-input berharga yang boleh disebarkan untuk ummah di luar sana. InsyaAllah.

Suka admin berpesan, luruskan niat untuk hadir sama, InsyaAllah barakah-Nya ada bersama. Moga program ini dapat menyuntik kesedaran dalam diri, dan juga pentarbiyyahan hati yang dahaga dengan pengisian ilmiah. Inilah masanya untuk bergerak.

Moga-moga matlamat program ini diadakan tercapai dan dapat berkongsi manfaat dengan semua. InsyaAllah.

JOM2!
Kedatangan semua amat dialu-alukan :)

No comments: