Social Icons

twitterfacebook

Saturday, March 2, 2013

Latest TWF Gaza

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,
Salam keamanan sejagat buat semua.

Alhamdulillah.
Masih dikurniakan nikmat hidup hari ini dengan pelbagai kecukupan.

Dalam masa yang sama, pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Malaysia yang kini menjadi lebih perihatin dengan isu semasa. Moga pergolakan itu berakhir dalam masa yang terdekat. Sedekahkanlah al-Fatihah buat pejuang yang terkorban, moga ruh mereka dicucuri rahmat Ilahi. InsyaAllah.MBA turut mendoakan agar isu ini diselesaikan sewajarnya.

InsyaAllah di sini ada berita baik untuk semua warga Alumni yang teringin, rindu untuk datang ke KMPk. InsyaAllah akan diadakan program yang dinamakan THOUSAND WORDS FOR GAZA pada 8 hingga 16 Mac ini. Program yang bakal diadakan selama seminggu ini InsyaAllah mempunyai pengisian-pengisian yang mantap buat warga KMPk, Alumni dan lainnya.


Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah:
-  Majlis perasmian dan penyerahan tabung kemanusiaan
-  Jualan dan pameran kesedaran isu Palestin
-  DDUG (duduk diam untuk Gaza)
-  Flashmob, nasyid
-  Forum 'Cappucino Cinta'
-  Pengisian isu Palestin terkini




Menarik kan?

Semalam, kami sempat bertemu dengan wakil Aqsa Syarif untuk berbincang aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung nanti. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Pihak Aqsa Syarif sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Alumni dan pihak KMPk.

 

Pihak JPP dan seangkatan dengannya juga memberikan kerjasama yang sangat baik dengan perancangan dan idea yang sangat AWESOME! InsyaAllah moga dilancarkan dan dipermudahkan setiap apa yang telah dirancang ini. InsyaAllah.

Nantikan THOUSAND WORDS FOR GAZA :)
Together we care, InsyaAllah.

2 comments:

FAO said...

laksanakanlah apa yang difikirkan baik oleh kamu - namun jangan sesekali program ini mengakibatkan kelalaian manusia (peserta-peserta) menerusi aktiviti-aktiviti yang dihidangkan dari mengingat dan memohon dari Allah ! - moga diberkati

Alumni KMPk said...

InsyaAllah moga bermanfaat, membawa diri lebih dekat dengan-Nya. Mohon doa semua. Moga apa yang hendak disampaikan terus masuk ke dalam hati menjadi pentarbiyyahan diri. InsyaAllah.

Terima kasih atas keperihatinan dan ingatan buat semua. Jazakallah khairan katheera :)