Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, June 7, 2011

Hari Kelima MPPB 2011/2012


Assalamualaikum & Selamat bersua kembali dalam kisah di MPPB 2011/2012 yang baru saja melabuhkan tirainya baru-baru ini..Sambungan kisah di hari kelima…Jom kita selusuri..(^_^)

Hari Kelima (Jumaat, 27.05.2011) ( 23 Jamadil Akhir 1432 H)

8.30 pagi-10.00 pagi (INTERAKSI 8~Taklimat Kokurikulum)

Udara pagi yang segar pada hari yang mulia ini, penghulu segala hari, dimulakan dengan Taklimat Kokurikulum yang telah disampaikan oleh En.Mohd Sufian..Beliau telah menerangkan kepada para pelajar mengenai betapa pentingnya penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum yang merupakan syarat wajib untuk kelayakan masuk ke universiti..Turut diselitkan dalam taklimat beliau ialah, makluman mengenai variasi kelab dan persatuan yang ditawarkan oleh pihak pentadbiran KMPk mengikut kuota supaya para pelajar dapat memilih aktiviti kokurikulum yang ingin disertai berdasarkan minat masing-masing.

Tidak lupa juga, En. Sufian turut mempromosikan sukan KAKOM yang akan berlangsung tidak lama lagi agar terdapat penyertaan daripada para pelajar untuk mewakili KMPk..Ayuh, harumkan nama KMPk ya adik-adik..!! (^_^)

10.30 pagi-12.00 tgh (MAJLIS PENUTUP)

Kelihatan di luar DSK, pasukan kompang telah bersedia dengan segak berbaju Melayu bersama kompang yang dibimbit..Manakala, pasukan pembaca ikrar turut tidak kalah dengan segak berkot hitam bersedia di tepi DSK..Di dalam DSK, para pensyarah telah memenuhi kerusi-kerusi yang disediakan..Tidak lama selepas itu, kereta Pengarah KMPk tiba menandakan kehadiran Pengarah KMPk yang disayangi, Tuan Hj. Ismail Kalam untuk meraikan majlis penutup MPPB 2011/2012..Paluan kompang dimainkan bersama perarakan masuk Pengarah KMPk, diiringi Ketua-Ketua Jabatan ke pentas.

Selepas itu, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak & lagu KMPk dilaungkan dengan sepenuh hati oleh warga KMPk..Tamat nyanyian, pengacara majlis yang terdiri daripada para pelajar semasa mempersilakan Pengarah KMPk untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai azimat sebelum para pelajar memulakan sesi kuliah pada minggu seterusnya..

Sebaik sahaja Tuan Pengarah melabuhkan duduk di tempatnya, tayangan multimedia yang terakhir oleh krew LENSA BERBISA ditayangkan di skrin..Suasana DSK yang sunyi sepi bertukar gamat dengan gelak ketawa para pelajar dan para pensyarah menyaksikan video yang terakhir ini...Alhamdulillah, tayangan ini mendapat sambutan ramai..Bagi yang tidak berpeluang untuk melihatnya, penulis akan mempamerkan video tersebut di blog ini tidak lama lagi..Tetapi, anda juga mempunyai alternatif untuk menyaksikan video ini di Facebook, AlumniKmpk Rasmi..Pilihan di tangan anda! Hanya klik dan tunggu sebentar untuk loading, dan SAKSIKANLAH!! (^_^)

Tamat sahaja tayangan multimedia, sesi yang dinantikan pun telah tiba..Kemuncak majlis penutup yang akan menjadi kenangan terindah para pelajar dimulakan dengan tampilnya para pembaca ikrar yang juga terdiri daripada para pelajar semasa..”Up”, laung ketua pembaca ikrar..Para pelajar mengangkat tangan sebagai mercu tanda untuk melaungkan ikrar..Usai sahaja ikrar dibacakan, ketua pembaca ikrar tampil ke atas pentas untuk menyerahkan momerendum ikrar pelajar kepada Tuan Pengarah..

Dengan berakhirnya sesi pembacaan ikrar, tamatlah sudah majlis penutup MPPB 2011/2012..Tuan Pengarah tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama para pelajar..Sebaik sahaja kepulangan Tuan Pengarah & para pensyarah, para AJKO pula yang memainkan peranan..Peluang terakhir yang tinggal sedetik cuma dimanfaatkan untuk bertemu & mengambil foto kenang-kenangan bersama adik-adik KMM masing-masing. Suasana bertukar pilu apabila ada para pelajar yang sebak untuk berpisah dengan AJKO mereka..Maklumlah, walaupun bertemu dalam masa yang singkat, ukhwah yang terjalin persis sudah lama mengenali..Inilah yang dinamakan ‘halawatul ukhwah’ atau kemanisan ukhwah..

Buat adik-adik, jangan bersedih kerana kami, para AJKO kan sentiasa mendoakan adik-adik dari jauh..InsyaALLAH, jika ada masa dan kesempatan, kami akan bertandang lagi ke KMPk kerana kami juga tidak dapat melupakan kenangan yang terpahat di sana..

 Berakhirnya kisah di hari kelima..Keesokan harinya, pada awal pagi Sabtu, satu senam robik perdana diadakan di padang KMPk..Tamat sahaja senam robik, kelihatan para AJKO bersalaman sesama mereka sebelum meninggalkan KMPk untuk pulang ke destinasi masing-masing..Sedih rasanya hati penulis untuk meneruskan lagi kisah ini..Alhamdulillah, syukur rasa hati ini kerana MPPB 2011/2012 berjaya melabuhkan tirainya dengan lancar sekali..Jutaan terima kasih diucapkan kepada mana-mana pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sesi kali ini..

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi..


Tuai padi antara masak..
Esok jangan layu-layuan..
Intai kami antara masak..
Esok jangan rindu-rinduan..

Pesanan kami, SEE YOU DI IPT ya adik-adik..Sekian, semoga bersua lagi..!! (^_^)

Tatapilah foto-foto ini..


Segaknya ustaz2 kita..


Sebahagian pelajar di luar DSK..


Caringnya Abg Sam ni..=)


Ucapan dari Tuan Pengarah..


Ketua2 Jabatan..


Aksi Pengacara Majlis..


Wajah suci pelajar2 baru..


Inilah pembaca ikrar..











Keterampilan yang berwibawa..








Sebahagian para pelajar lelaki..





Sebahagian para pelajar perempuan..














Momerendum Ikrar Pelajar..


Penyerahan Ikrar Pelajar..
























1 comment:

biru berry said...

spat0tnye sy yg jd mc...huuu.. :(
kciwa..