Social Icons

twitterfacebook

Saturday, June 4, 2011

Hari Ketiga MPPB 2011/2012

Assalamualaikum & Salam selembut bayu..Terasa nyaman udara malam ini sambil mendengar lagu berentak perlahan..Ilham datang bagai tidak bertali menari-nari di ruang legar minda..Bersemangat waja ingin menghabiskan kisah di MPPB 2011/2012..Ayuh kita selusuri sambungan kisah di hari ketiga..

Hari Ketiga (25/5/2011) (21 Jamadil akhir 1432 H)

8.30 pagi-10.00 pagi (Aktiviti 1~Suai Kenal Bersama Mentor)

Kata pujangga, tak kenal, maka tak cinta..Bila dah kenal, bertambah mesra..Bertepatanlah dengan tujuan aktiviti di pagi hari bersama mentor yang terdiri dalam kalangan pensyarah yang sudah mahir untuk mengendalikan Kumpulan Mentor Mentee..Suai kenal bersama mentor ini penting bagi mewujudkan tautan hati sesama mereka..Maklumlah, para pelajar baru belum dapat menyesuaikan diri dan mental dengan persekitaran yang serba baru..Jadi, mentor perlu bijak dalam mengawal suasana agar para pelajar baru tidak berasa kekok..Alhamdulillah, sepanjang pengamatan penulis, sesi KMM dilihat sebagai wadah yang efektif dalam membentuk jati diri pelajar..Baki masa yang ada diserahkan kepada kebijaksanaan dan kreativiti mentor untuk memanfaatkan masa bersama mentee masing-masing..

10.30 pagi-12.30 tgh (Aktiviti 2~Peraturan Pelajar & Borang Perjanjian Bersama Mentor)

Selepas merehatkan minda selama setengah jam, aktiviti pada pagi ini diteruskan lagi bagi memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang bergelar pelajar KMPk..Sudah sunnatullah..Setiap sesuatu diciptakan bersama peraturan untuk mencantikkan lagi kehidupan kita..Peraturan bukan diciptakan untuk membebankan..Hal ini yang perlu ditanam dalam diri setiap insan..Selain itu, mentor turut memberikan bimbingan kepada para pelajar untuk melengkapkan 2 set borang perjanjian..Borang perjanjian perlu dilengkapkan dengan teliti dan sempurna kerana berkait rapat dengan soal kemasukan elaun sara diri..hehe..Bagi tidak membosankan para pelajar, terdapat mentor yang berjiwa kreatif dengan mengadakan sedikit permainan yang turut dibantu oleh AJKO..=)

2.00 ptg-4.00 ptg (Aktiviti 3~Skor Akademik Bersama Mentor)

Selepas diberikan masa untuk makan dan bersolat zohor, aktiviti petang hari dilanjutkan lagi juga bersama mentor masing-masing..Kali ini, slot yang agak berilmiah iaitu cara-cara untuk menjadi pelajar cemerlang di matrikulasi..Mentor perlu memberikan penekanan kepada hal ini agar para pelajar jelas bahawa cara pembelajaran di matrikulasi yang agak berbeza dengan alam persekolahan..Menariknya, berdasarkan tinjauan penulis, ada mentor yang telah maju ke hadapan, bak kata orang putih, “advance”, dengan mengajar subjek-subjek seperti Fizik dan Biologi kepada para pelajar..Agak comel raut wajah para pelajar yang terpinga-pinga dengan istilah-istilah yang mungkin pertama kali didengari..mantop sekali!

9.00 malam-11.00 malam (Interaksi 5~Sejenak Bersama Felo)

Selepas bersolat isyak, kelihatan para pelajar beratur dengan tertib dari masjid memenuhi ruang DSK yang serba sejuk lagi menawan hati..kan3? hehe,,Program pada malam ini dikendalikan oleh Ustaz Khairi selaku Ketua Felo Blok Kediaman..Tidak kering gusi dibuatnya apabila Ustaz Khairi bijak mewujudkan suasana yang gamat dengan ketawa agar para pelajar tidak mengantuk..Maklumlah, slot pada malam itu bertujuan untuk memaklumkan kepada para pelajar mengenai sistem “outing”, balik bermalam, peraturan-peraturan di kolej kediaman dan sebagainya yang berkaitan..
Tepat jam 11.00 malam, para pelajar dibenarkan bersurai..Mata masing-masing sudah layu..Jadi, pulanglah mereka untuk beradu dengan tenang walau dalam hati diselubungi keletihan yang teramat..Sabar ya adik-adik..Minggu orientasi memang memenatkan tetapi percayalah, adik-adik akan selalu mengingati kenangan ini sampai bila-bila..Tambahan pula, para AJKO kan hensem dan lawa belaka..hehe..Baiklah, ikuti sambungan kisah di hari keempat selepas ini..BERSAMBUNG..

Gelagat mentor yang bersemangat! =)


Berseri-seri wajah adik-adik ni kan..=)


Antara KMM yang sempat ditinjau oleh penulis =)


No comments: