Social Icons

twitterfacebook

Thursday, September 17, 2009

Selamat Berjuang

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi Selasa (3.15 am) yang lepas bersamaan 15 Sept 09, 2 orang alumni KMPk telah berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Mereka yang dimaksudkan ialah saudari Banan Syahidah bt Yaakub dan juga saudari Rabi'atul Adawiyah bt Sulaiman. Seawal jam 10 malam lagi sudah kelihatan beberapa orang alumni KMPk yang lain di KLIA. Kebanyakan alumni yang belajar di sekitar Lembah Klang turun untuk menghantar pemergian 2 orang alumni yang banyak berjasa ini ke Mesir. Bagi alumni yang turun dari UTM Skudai terima kasih diucapkan. Satu pengorbanan yang sangat besar dari anda. Semoga Allah membalasnya. InsyaAllah..

Jam 12 tengah malam, suasana di KLIA semakin gamat dengan riuh rendah alumni yang semakin ramai membanjiri KLIA. Ditambah lagi dengan kehadiran saudara Faizal dan saudara Luqman menceriakan keadaan yang pada asalnya diselubungi kesedihan. Terima kasih diucapkan. Sesi bergambar kenang-kenangan diadakan bagi semua alumni yang hadir.

~alumni KMPk yang hadir~

Kira-kira jam 2 pagi, saudari Banan dan Rabi'atul dikehendaki pergi ke Balai Pelepasan Antarabangsa selepas 'check in' barang dilakukan. Suasana yang hening pada pagi itu memilukan hati kami, alumni yang hadir. Jam mencecah angka 3, semua alumni beransur pulang ke kampus dan rumah masing-masing. Bagi kami, alumni yang belajar di sekitar Lembah Klang telah bercadang untuk konvoi ramai-ramai bersahur bersama. Bertempat di sebuah gerai, kami menikmati juadah sahur bersama. Kira-kira jam 4.30 pagi, semua alumni beransur pulang ke kampus masing-masing.

Kepada saudari Banan dan Rabi'atul, selamat berjuang di tempat baru. Moga kalian tabah dan sabar menempuh kehidupan di sana. InsyaAllah...Akhir kata, selamat maju jaya daripada kami, alumni KMPk yang lain. Semoga berjaya membawa balik segulung ijazah yang diimpikan. InsyaAllah...Doakan kejayaan kami, alumni KMPk yang berada di sini. Semoga bertemu lagi 6 tahun akan datang. Wallahualam...

p/s: gambar akan di'update' kemudian

1 comment:

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Assalamualaikum,

Banan, Rabiatul..berangkat sudah, tak dapat amal nak menghantar kalian..masa tidak mengizinkan krn waktu tu amal masih di sarawak..buat sahabatku, perjuangan dalam bidang ini amatlah berat, untuk menjadi doktor yang baik perlulah didahulukan dengan tekad dan usaha tanpa putus asa. Semoga berjaya..uhibbukuma fillah! Moga ALLAH pertemukan kita kelak..insyaALLAH.