Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, February 4, 2020

Ucapan Presiden NGO Alumni KMPk sesi 2020/2022



SPKG kali ke-10,
Alumni KMPk tahun ke-11,

Sepanjang 11 tahun saya bersama NGO ini, banyak jatuh dan bangkit yang saya saksikan, pelbagai cabaran dan kejayaan yang saya sendiri rasai, kemanisan persahabatan tanpa mengenal perbezaan batch dan pastinya kenangan manis dan pahit yang akan tersemat kemas dalam memori.

Antara pencapaian yang paling boleh dibanggakan adalah pengiktirafan oleh Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan IM4U kepada kami. Sebagai sebuah 'NGO kecil-kecilan', mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh badan dan agensi kerajaan adalah satu penghormatan yang besar bagi kami.

Bersama ini saya kepilkan sekali petikan slide ucapan pembukaan saya semasa Mesyuarat Agung Alumni KMPk kali ke-8 semalam untuk tatapan semua alumni.

Link slide: shorturl.at/qstT9 

Siapa sangka, setelah 6 tahun (3 sesi) sebagai presiden, sahabat-sahabat alumni masih memilih saya untuk terus mengemudi persatuan ini buat kali ke-4 bagi sesi 2020/2022. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang terus memberi kepercayaan kepada saya.



Apakah 2 tahun mendatang persatuan ini akan terus kekal di tahap yang sama? Ataupun akan semakin terkebelakang? Atau lebih baik persatuan ini akan semakin berkembang dan maju ke hadapan?

Jawapannya ada pada semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Jika anda memainkan peranan anda, persatuan ini pasti akan berdiri sama tinggi dengan NGO-NGO bertaraf kebangsaan. Tidak kira anda baru sahaja tamat matrikulasi ataupun telah meninggalkan KMPk 15 tahun yang lalu, akan ada ruang untuk anda menyumbang.

Ayuh bersama NGO Alumni KMPk
Ayuh bersama barisan MT yang baru dipilih,
Demi membina satu persatuan yang mampu membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia.

Barisan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk Sesi 2020/2022

Presiden: Hilmi Ismail

Timbalan Presiden: Hasnul Adin

Naib Presiden 1: Syahirah Nabilah

Naib Presiden 2: Nur Ernynabilasyahirah

Setiausaha Agung: Afiq Irfan

Naib Setiausaha Agung: Siti Norfarhira

Bendahari Kehormat: Sariza Husna

Timbalan Bendahari Kerhormat: Zakiah Iberahim

"Bersama Menabur Bakti"

Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk
Sesi 2020/2022 

#AlumniKMPk
#TeamRinduKMPk 

p/s: Jemput tonton ucapan pembukaan AGM Alumni KMPk di pautan berikut:

No comments: