Social Icons

twitterfacebook

Sunday, October 26, 2014

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Assalamualaikum, salam ukhuwah, salam sejahtera dan salam perjuangan sahabat-sahabat. ☺☻

Alhamdullilah, musim peperiksaan tiba lagi.
Sedar tak sedar, esok 27 Oktober 2014 maka bermulalah Peperiksaan Semester Program Matrikulasi, PSPM 1 dan PSPM 3 bagi pelajar Kolej Matrikulasi sesi 2014/2015, 2013/2015. 

Kepada pelajar sesi 2013/2015, 2014/2015 selamat menghadapi PSPM 1 dan PSPM 3. إن شاء الله 
segala usaha yang dilaburkan selama ini akan membuahkan hasilSemoga tenang, yakin dan diterangkan hati dalam menjawab kertas peperiksaan nanti.


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Kepada alumni-alumni, mari kita sama-sama mendoakan kejayaan buat adik-adik kita. Semoga mereka diberikan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan, dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yang diberikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. اللهم أمين

Akhir kata, selamat berjuang! dan selamat maju jaya! 


".....Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya"
(surah Ali Imran: 159)

No comments: