Social Icons

twitterfacebook

Monday, January 13, 2014

SIREH PULANG KE GAGANG VII

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Alumni KMPk tampil lagi dengan program paling berprestij yang julung-julung kali diadakan. Hanya dua tahun sekali.

Sireh Pulang Ke Gagang, SPKG tampil lagi tahun ini.



Pada sesi kali ini, SPKG 2014 akan dilaksanakan pada tarikh 8 Februari 2014 bertempat di kawasan Lembah Klang. SPKG kebiasaannya diadakan di Kolej matrikulasi kita yang tercinta iaitu Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Tapi tahun ini sedikit kelainan telah dilakukan dengan menganjurkannya di kawasan Lembah Klang. Ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan alumni-alumni "otai" yang sudah sekian lama menyepi dari dunia "Alumni KMPk".
Tetapi bukan bermakna anda Alumni KMPk yang masih segar bugar [Freshie] ini tidak digalakkan. Penyertaan anda semua sangatlah digalakkan dan dialu-alukan. :)

  Bagi yang tidak pernah menghadiri program SPKG, pasti tertanya-tanya apakah pengisian atau objektif utama program ini. 

SIREH Pulang Ke Gagang (SPKG) boleh juga dibahasakan dengan nama manja lain iaitu 'Reunion'. Dengan erti kata lain, SPKG diadakan bertujuan untuk mengumpulkan kembali para Alumni KMPk dari batch pertama hinggalah batch lepas dalam pelbagai aktiviti yang telah direncanakan oleh Majlis Tertinggi Alumni KMPk beserta dengan kerjasama dari Biro-Bironya yang bersemangat waja. Suka ditekankan di sini, SPKG merupakan program untuk semua BATCH Alumni KMPk yang PERNAH sama-sama berkongsi kisah kehidupan sebagai seorang pelajar KMPk. 

Buat makluman juga, pendaftaran untuk SPKG 14 sudah pun dibuka bermula hari ini, 13 Januari 2014. Yuran penyertaan cuma sebanyak RM50 sahaja. Pendaftaran akan ditutup seminggu sebelum Program atau jika memenuhi kuota 200 orang.

Jadi sebagai ringkasannya:

SPKG 14

Tarikh : 8hb Februari 2014
Tempat : Sekitar Lembah Klang (akan diumumkan kemudian).
Yuran Pendaftaran : RM50 (termasuk yuran AGM)

Agenda Utama :
1. Mesyuarat Agung Alumni KMPk (AGM)
2. Majlis Makan malam

Untuk mendaftar segera ke link "PENDAFTARAN SPKG 14"

Sebarang pertanyaan, silalah ke GROUP FACEBOOK ALUMNI KMPk ataupun ke TWITTER ALUMNI KMPk. Insyaallah akan kami layan sebarang kemusykilan anda. :)  



Terima kasih :)

"MENUJU ALUMNI BERPRESTIJ!"
 
Nota: 1. Kami akan cuba carikan homestay/tempat menginap bagi mereka yang datang dari jauh tetapi perlu membuat pembayaran tambahan. (based on request)
2. Program Oh My Career! (OMC) dan Get To Know (GTK) insyaAllah akan diadakan pada tarikh yang berbeza mengikut kesesuaian takwim KMPk. 

 




No comments: