Social Icons

twitterfacebook

Monday, May 27, 2013

Minggu Pendaftaran Pelajar Baru 2013/14




Alhamdulillah semalam selesai sudah hari pendaftaran pelajar baru Kolej Matrikulasi Perak bagi sesi 2013/14. Seramai 2600 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri sebagai sebahagian daripada warga KMPk. Sekalung tahniah diucapkan kepada adik-adik yang baru mendaftar.


Seperti yang boleh dilihat didalam gambar di atas, lebih daripada separuh dewan dipenuhi dengan pelajar perempuan. Sementara diluar dewan juga dipenuhi dengan pelajar perempuan. 



Pada tahun ini ada sedikit kelainan dimana seramai 300 orang pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan dan 100 orang pelajar daripada Kolej Matrikulasi Sarawak akan menumpang di KMPk selama satu semester. Ini kerana kedua-dua kolej tersebut baru sahaja dibuka dan mengambil masa sedikit untuk beroperasi sepenuhnya.

Apapun, selamat menempuh satu fasa kehidupan yang baru di bumi bertuah KMPk. Kami warga Alumni KMPk mengucapkan tahniah kerana berjaya mendaftar di KMPk dan berharap adik-adik semua dapat meneruskan kecemerlangan di KMPk.

Dibawah sedikit foto untuk kenang-kenangan dan juga sedikit gambaran suasana hari pertama MPPB 2013/14.













1 comment:

Muhamad Syafiq said...

kngan di miggu mppb,
best mggu ni n ltih gle... tp OSEM PEHH!!!