Anugerah
Khas Pengarah adalah sebuah penghargaan dan aprisiasi buat alumni yang mencapai
tahap tertinggi di dalam bidang akademik. Tidak kiralah di matrikulasi ataupun
universiti.
Untuk
program Sireh Pulang ke Gagang kali ini, anugerah ini diberikan kepada Dr.
Amira Binti Mohd Nasib. Bekas pelajar kolej sesi 2006/2007 dan sekarang
merupakan seorang pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti
Malaysia Perlis, UniMAP.
Dr.
Amira memulakan perjalanan pengajian tingginya di Universiti Teknologi Malaysia
dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Setelah bergraduasi sebagai penerima Anugerah
Dekan, beliau mendapat tawaran menyambung pengajian ke PhD secara fast track.
Namun mengambil keputusan untuk menceburi bidang kerjaya terlebih dahulu.
Kerjaya
sebagai seorang jurutera telah membawa beliau jauh sehingga ke Jepun dan
Thailand. Pengalaman sebagai satu-satunya jurutera wanita di site ternyata
memberi pengalaman berharga buat beliau.
Januari
2019 lalu beliau dengan jayanya menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang
Kejuruteraan Bioproses.
Tahniah
diucapkan kepada Dr. Amira atas kejayaan demi kejayaan. Terima kasih kerana
menjadi sumber inspirasi kami semua. Semoga Dr. Amira dapat terus berkongsi
pengalaman dan motivasi kepada kami semua terutamanya para alumni dan pelajar
Kolej Matrikulasi Perak.
1 comment:
Tahniah.
Post a Comment