Social Icons

twitterfacebook

Sunday, February 23, 2020

Presiden NGO Alumni KMPk Menang Anugerah di Lyon, Perancis


Tidak terlambat untuk kita ucapkan tahniah kepada Presiden kita, Tuan Hilmi Ismail atas kejayaan animasi Kring! arahannya yang memenangi anugerah di Lyon, Perancis baru baru ini.

Filem animasi Kring! telah memenangi anugerah Filem Animasi Pendek Terbaik di  4th Festival International Du Film Sur Les Handicap 2020 (FIFH).



Filem ini terdahulunya memenangi kategori animasi pendek menerusi Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) 2018 dan kategori Malaysia Next Generation menerusi Digicon6ASIA pada September tahun lalu selain terpilih sebagai ‘Official Selection’ di 5th Animation Marathon 2019, Athens, Greece yang lalu.

Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi buat semua Alumni untuk terus mengejar cita cita dan impian 😊 

Ucapan kemenangan Tuan Hilmi Ismail

 Anda boleh saksikan Kring! di link ini: https://youtu.be/hixR_PrSg8I

#AlumniMatrik
#kmpkdihatiku 
#teamrindukmpk

Wednesday, February 19, 2020

Perkongsian Kak Mas Terima Respon Positif




Slot Peranan Alumni Dalam Mempromosi Matrikulasi di Bengkel Training of Trainers (TOT) Penyelaras Promosi dan Bengkel Kerja Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Matrikulasi KPM di Genting Highlands minggu lepas, kita kira berjalan lancar. 

Pengisian oleh Puan Nur Mastura Mansor, Pengasas dan Ahli Majlis Penasihat NGO Alumni KMPk boleh dikatakan meninggalkan impak yang positif dan menerima respon yang baik daripada para pegawai Bahagian Matrikulasi, Ketua-Ketua Jabatan dan pensyarah yang hadir.

Tempoh hampir 2 jam pada malam tersebut dimulakan dengan sedikit pengenalan dan sejarah NGO Alumni KMPk. Bagaimana persatuan ini diwujudkan, apa cabaran yang dihadapi dalam memastikan persatuan ini kekal aktif dan pencapaian setakat ini. Dan pasti juga ada menyentuh berkenaan peranan Alumni dalam kerja kerja promosi matrikulasi. 

Antara peranan Alumni yang disentuh adalah dari sudut kerja hebahan di media sosial dan sertai booth promosi matrikulasi kolej masing masing.

NGO Alumni KMPk sejak 2014 sering kongsikan semula tulisan berkenaan kebaikan matrikulasi oleh para pensyarah dan alumni. Bahkan kita telah archivekan tulisan-tulisan tersebut di blogspot persatuan supaya mudah dirujuk dan kongsi semula. Manakala pada tahun 2017 dan 2018 kita telah pun 2 kali dijemput untuk turut serta mempromosi matrikulasi di karnival-karnival pendidikan. 

Puan Nur Mastura menyebut bahawa penting untuk Alumni menyertai promosi di karnival pendidikan. Pengalaman dan emotional value yang dibawa oleh Alumni berbeza dengan para pegawai kolej atau bahagian.

Slot pada malam tersebut juga ada menyentuh peranan kolej dan peranan Bahagian Matrikulasi dalam mempromosi matrikulasi. Yang mana peranan dua entiti ini adalah secara mudahnya memberi sokongan dan ruang kepada para Alumni untuk bersama-sama dalam usaha menjadikan matrikulasi pilihan nombor 1 para pelajar lepasan SPM. 

NGO Alumni KMPk percaya ruang yang diberi oleh Bahagian Matrikulasi KPM dan juga pengurusan kolej kepada para alumni untuk turut serta dalam mempromosi matrikulasi dan menganjurkan program di kolej akan mendatangkan hasil dan respon yang baik kelak. Kita juga berharap agar jawatankuasa persatuan alumni matrikulasi seluruh Malaysia akan mengambil peluang yang diberi oleh bahagian dan kolej ini sebaik mungkin.

Kita percaya kerjasama dan peluang seperti perkongsian di Bengkel TOT ini akan diteruskan di masa hadapan. Terima kasih pada pihak Bahagian Matrikulasi KPM atas kepercayaan yang diberi kepada NGO Alumni KMPk. 

‘Bersama Menabur Bakti'

Hasnul Adin
Timbalan Presiden
NGO Alumni KMPk

Monday, February 17, 2020

Pendaftaran Ahli Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak Berjalan Seperti Biasa



Sehingga hari ini, masih ada para alumni dan pelajar semasa Kolej Matrikulasi Perak yang menghubungi kami untuk mendaftar sebagai ahli persatuan walaupun sudah masuk minggu ke-3 selepas selesainya Annual Grand Meeting Sireh Pulang ke Gagang X. 

Merujuk kepada perlembagaan persatuan, Fasal Sumber Kewangan, perkara yang ke kedua: Yuran;

"RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) untuk keahlian seumur hidup."
  
Sambungan dalam perkara dua:

"b) Yuran seumur hidup (boleh dijelaskan secara ansuran) RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)."

Dan

"c) Ahli perlu menjelaskan RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) dalam tempoh dua (2) tahun iaitu sepanjang satu penggal pimpinan Majlis Tertinggi. Ahli boleh membuat pre-pendaftaran iaitu minimum  RM 10.00 (Ringgit Malaysia Satu Puluh Sahaja)."

Berdasarkan fasal Yuran di dalam perlembagaan ini, maka dapatlah kita fahami bahawa:

1. Yuran pendaftaran Ahli Penuh adalah RM 50.00
2. Yuran Ahli Penuh RM 50.00 ini boleh dijelaskan secara ansuran dalam tempoh 2 tahun.
3. Yuran pra-pendaftaran boleh dilakukan terlebih dahulu serendah RM 10.00

Oleh itu kami mengambil peluang ini untuk mewar warkan kepada semua terutamanya pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang bakal menamatkan pengajian di kolej hujung Mac ini untuk mendaftar sebagai ahli persatuan segera

Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi kami melalui mana mana platform sosial media atau terus tekan link dibawah:


‘Bersama Menabur Bakti’
 
Siti Norfarhira Norhisham
Naib Setiausaha Agung
NGO Alumni KMPk

Monday, February 10, 2020

Get to Know Sireh Pulang ke Gagang X, 2020



Salah satu aktiviti yang diadakan bersempena penganjuran program Sireh Pulang ke Gagang X (SPKGX) yang lalu adalah Get to Know. Aktiviti ini sudah boleh dikira sebagai aktiviti yang wajib diadakan setiap tahun. Bahkan pihak pengurusan kolej sendiri minta supaya aktiviti ini terus diletakkan di dalam takwim kolej.

Dengan objektif untuk memberi gambaran awal alam universiti, perkongsian pengalaman, tips dan panduan pelajar serta membantu para pelajar menentukan hala tuju selepas matrikulasi, program kali ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar.

Walaupun dikatakan Get to Know ini sedikit sebanyak menyerupai konsep Jom Masuk U! tetapi ia tampil dengan kelainan di mana yang memberi perkongsian adalah alumni, bekas pelajar kolej sendiri. Mereka ini yang sedang menuntut di universiti hadir dengan perkongsian pengalaman tersendiri dan ‘emotional value’ yang tidak mungkin sama dengan perkongsian yang diberi oleh pegawai pegawai universiti.




Untuk info, hasil kerjasama antara NGO Alumni KMPk dan Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Perak menyaksikan Get to Know kita kali ini bukan sahaja memanfaatkan pelajar kolej. Buat julung kalinya, kita berjaya menjemput 120 orang pelajar sekolah menengah sekitar Gopeng untuk hadir memeriahkan aktiviti.

Sekolah yang hadir adalah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, SMK Idris Shah, SMK Saint Berbadette’s Convent, SMK Seri Teja dan SBPI Gopeng.

Get to Know kali ini juga telah memberi penghargaan kepada Dr. Amira binti Mohd Nasib, bekas pelajar KMPk sesi 2006/2007. Anugerah Khas Pengarah ini disampaikan untuk menghargai pencapaian beliau dalam bidang akademik.

Dr. Amira yang juga merupakan salah seorang mantan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk baru sahaja memperoleh Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Biorproses pada Januari 2019 yang lalu. Pemberian anugerah ini diharapkan dapat menginspirasi semua alumni dan pelajar kolej untuk meletakkan sasaran yang tertinggi dalam pelajaran.



Diharapkan keberjayaan penganjuran Get to Know kali ini dapat memanfaatkan semua pelajar sekolah dan pelajar kolej yang hadir. Terima kasih kepada pihak pengurusan kolej yang tidak henti berikan sokongan. Semoga kita berjumpa di program yang seterusnya.

'Bersama Menabur Bakti'

Syahira Hasnan
Exco Rangkaian Kerjaya
NGO Alumni KMPk
Sesi 2020/2022