Social Icons

twitterfacebook

Thursday, February 6, 2020

Anugerah Alumni Berjasa, Sireh Pulang ke Gagang X: Jasamu Tetap Dikenang



Anugerah Alumni Berjasa ini merupakan satu penghargaan yang diberikan kepada individu atas usaha dan komitmen menghidupkan persatuan. Dan untuk tahun 2020, anugerah ini telah diberikan kepada Abdullah Zahid bin Shahruddin yang merupakan anak kelahiran Selangor. Bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2010/2012.

Mula menabur bakti sebagai Timbalan Bendahari Kehormat bagi sesi 2014/2016 sebelum memegang jawatan Timbalan Presiden NGO Alumni KMPk selama dua sesi, 2016/2018 dan 2018/2020.

Walaupun sibuk dalam urusan kerjaya sejak menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Perlis, beliau terus komitmen dan tanggungjawab bersama NGO Alumni KMPk tidak beliau lupakan.


Terima kasih diucapkan kepada Abdullah Zahid atas jasa dan sumbangan. Kesetiaan bersama NGO Alumni KMPk dari dahulu hingga kini amat kami hargai. Semoga usaha beliau akan memberi contoh dan impak kepada lebih ramai alumni untuk terus menyumbang bakti kepada persatuan.

Tahniah juga kami ucapkan atas rumah tangga yang baru dibina. Kami akan selalu mendoakan yang terbaik!

‘Bersama Menabur Bakti’


No comments: