Social Icons

twitterfacebook

Monday, February 10, 2020

Get to Know Sireh Pulang ke Gagang X, 2020



Salah satu aktiviti yang diadakan bersempena penganjuran program Sireh Pulang ke Gagang X (SPKGX) yang lalu adalah Get to Know. Aktiviti ini sudah boleh dikira sebagai aktiviti yang wajib diadakan setiap tahun. Bahkan pihak pengurusan kolej sendiri minta supaya aktiviti ini terus diletakkan di dalam takwim kolej.

Dengan objektif untuk memberi gambaran awal alam universiti, perkongsian pengalaman, tips dan panduan pelajar serta membantu para pelajar menentukan hala tuju selepas matrikulasi, program kali ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar.

Walaupun dikatakan Get to Know ini sedikit sebanyak menyerupai konsep Jom Masuk U! tetapi ia tampil dengan kelainan di mana yang memberi perkongsian adalah alumni, bekas pelajar kolej sendiri. Mereka ini yang sedang menuntut di universiti hadir dengan perkongsian pengalaman tersendiri dan ‘emotional value’ yang tidak mungkin sama dengan perkongsian yang diberi oleh pegawai pegawai universiti.




Untuk info, hasil kerjasama antara NGO Alumni KMPk dan Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Perak menyaksikan Get to Know kita kali ini bukan sahaja memanfaatkan pelajar kolej. Buat julung kalinya, kita berjaya menjemput 120 orang pelajar sekolah menengah sekitar Gopeng untuk hadir memeriahkan aktiviti.

Sekolah yang hadir adalah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, SMK Idris Shah, SMK Saint Berbadette’s Convent, SMK Seri Teja dan SBPI Gopeng.

Get to Know kali ini juga telah memberi penghargaan kepada Dr. Amira binti Mohd Nasib, bekas pelajar KMPk sesi 2006/2007. Anugerah Khas Pengarah ini disampaikan untuk menghargai pencapaian beliau dalam bidang akademik.

Dr. Amira yang juga merupakan salah seorang mantan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk baru sahaja memperoleh Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Biorproses pada Januari 2019 yang lalu. Pemberian anugerah ini diharapkan dapat menginspirasi semua alumni dan pelajar kolej untuk meletakkan sasaran yang tertinggi dalam pelajaran.



Diharapkan keberjayaan penganjuran Get to Know kali ini dapat memanfaatkan semua pelajar sekolah dan pelajar kolej yang hadir. Terima kasih kepada pihak pengurusan kolej yang tidak henti berikan sokongan. Semoga kita berjumpa di program yang seterusnya.

'Bersama Menabur Bakti'

Syahira Hasnan
Exco Rangkaian Kerjaya
NGO Alumni KMPk
Sesi 2020/2022


No comments: