Social Icons

twitterfacebook

Thursday, February 6, 2020

Anugerah Khas Pengarah, Sireh Pulang ke Gagang X: Impian Setinggi Langit



Anugerah Khas Pengarah adalah sebuah penghargaan dan aprisiasi buat alumni yang mencapai tahap tertinggi di dalam bidang akademik. Tidak kiralah di matrikulasi ataupun universiti.

Untuk program Sireh Pulang ke Gagang kali ini, anugerah ini diberikan kepada Dr. Amira Binti Mohd Nasib. Bekas pelajar kolej sesi 2006/2007 dan sekarang merupakan seorang pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis, UniMAP.

Dr. Amira memulakan perjalanan pengajian tingginya di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Setelah bergraduasi sebagai penerima Anugerah Dekan, beliau mendapat tawaran menyambung pengajian ke PhD secara fast track. Namun mengambil keputusan untuk menceburi bidang kerjaya terlebih dahulu.


Kerjaya sebagai seorang jurutera telah membawa beliau jauh sehingga ke Jepun dan Thailand. Pengalaman sebagai satu-satunya jurutera wanita di site ternyata memberi pengalaman berharga buat beliau.

Januari 2019 lalu beliau dengan jayanya menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang Kejuruteraan Bioproses.


Tahniah diucapkan kepada Dr. Amira atas kejayaan demi kejayaan. Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi kami semua. Semoga Dr. Amira dapat terus berkongsi pengalaman dan motivasi kepada kami semua terutamanya para alumni dan pelajar Kolej Matrikulasi Perak.

‘Bersama Menabur Bakti’

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah.