Pemberian anugerah ini bagi menghargai usaha beliau dalam
membangunkan dan menghidupkan persatuan. Beliau mula terlibat sebagai Exco
Publisiti dan Multimedia dan berjaya menjadi tunjang utama dalam menggerakkan
NGO Alumni KMPk. Tambahan pula, beliau sekarang menjadi Timbalan Presiden NGO
Alumni KMPk sesi 2020/2022 membuktikan lagi sumbang bakti beliau masih
diperlukan oleh NGO Alumni KMPk.
Gelaran mesra ‘Abang Noi’ membuatkan para alumni selesa ketika
bekhidmat dibawah kendalian beliau.
Beliau merupakan antara Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk
yang sentiasa menghulurkan bantuan dan sokongan kepada para alumni tidak kira
ketika bertentang mata di program program atau melalui media sosial seperti Whatsapp dan Instagram.
Maka tidak hairanlah, Anugerah Tokoh Alumni layak diberikan
kepada Abang Noi.
Oleh itu, besar harapan kami dengan
penganugerahan ini hasil penglibatan beliau membuka mata-mata kepada seluruh
Alumni KMPk di luar sana untuk berbakti semula kepada Kolej Matrikulasi Perak.
Kami mendoakan agar kehidupan beliau sentiasa dirahmati serta diberkati
oleh-Nya.
‘Bersama Menabur Bakti’
No comments:
Post a Comment