Social Icons

twitterfacebook

Thursday, February 6, 2020

Anugerah Perintis Alumni, Sireh Pulang ke Gagang X: Dorongan dan Motivasi buat Alumni





Anugerah Perintis Alumni ini disampaikan kepada alumni muda yang dilihat mempunyai potensi untuk bersama NGO Alumni KMPk. Anugerah ini diharapkan menjadi batu loncatan kepada para alumni untuk terus beri komitmen yang jitu kepada persatuan.

Mohd Afiq Irfan Bin Syauqi dipilih sebagai penerima anugerah ini semasa Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang X yang lalu. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2017/2018. Beliau merupakan penuntut Tahun Dua di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Kebolehan beliau dipercayai oleh persatuan apabila beliau diberi mandat untuk menyandang jawatan Setiausaha beberapa program kecil persatuan seperti Program Perkampungan Alumni. Kemudiannya, menyandang jawatan Setiausaha Program Sambutan 10 Tahun Alumni yang merupakan antara program terbesar persatuan setakat ini. 



Beliau merupakan Timbalan Pengarah 1 Program Sireh Pulang ke Gagang X dan secara rasminya telah dilantik menyandang jawatan Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk bagi sesi 2020/2022.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Afiq Irfan dan semoga beliau terus komited untuk bersama persatuan.

“Bersama Menabur Bakti”








No comments: