Social Icons

twitterfacebook

Thursday, February 6, 2020

Anugerah Ikon Alumni, Sireh Pulang ke Gagang X: Sebuah Pengiktirafan



Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang X juga menyaksikan Anugerah Ikon Alumni diberikan kepada Nur Ernynabilasyahirah Binti Sabri. Lebih dikenali mesra dengan panggilan Ibu, beliau merupakan ahli Exco Perhubungan NGO Alumni KMPk sesi 2018/2020. 

Anugerah ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada beliau yang banyak menyumbangkan keringat dalam membantu kelancaran gerak kerja persatuan. Beliau adalah antara alumni yang proaktif dalam memastikan imej NGO Alumni KMPk ini sentiasa dipandang tinggi dan kekal berprestij di media sosial ataupun di luar. 

Beliau memulakan langkahnya sebagai Timbalan Pengarah beberapa program kecil persatuan. Kebolehan beliau dalam memimpin sangat disegani apabila beliau diberi mandat untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Aktiviti Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang IX 2018 dan mengetuai persediaan Majlis Minum Petang Sambutan 10 Tahun Alumni, juga sebagai Pengarah Aktiviti. 




Beliau merupakan Timbalan Bendahari untuk program Sireh Pulang ke Gagang X. Semasa Annual Grand Meeting lalu, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden 2 NGO Alumni KMPk bagi sesi 2020/2022.

Diharapkan anugerah yang diberi tidak hanya dapat memberi inspirasi dan galakan kepada beliau untuk terus aktif bersama persatuan ini, malah juga untuk para alumni yang lain.

"Bersama Menabur Bakti"




No comments: