Social Icons

twitterfacebook

Thursday, February 6, 2020

Anugerah Tuan Presiden, Sireh Pulang ke Gagang X: Penghargaan Untuk Dedikasi Tanpa Henti




Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhamad Adam Bin Razali atas penerimaan Anugerah Presiden Alumni semasa Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang X. Penghargaan ini diberi atas dasar sumbangan ikhlas yang sentiasa memberikan komitmen dan dedikasi sepanjang bersama NGO Alumni KMPk.

Siapa yang tidak kenal Adam Razali atau lebih mesra disapa ‘Badam’ tidak patut bergelar Alumni KMPk. Para alumni yang baru sahaja menyertai NGO Alumni KMPk pasti akan mengenali beliau kerana sentiasa hadir program-program yang diadakan. Contohnya, Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) dan KMPk Raya. 
 
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari dengan Kepujian ini antara ahli alumni yang unik. Beliau bukan sahaja pakar dalam penyediaan makanan. Malah bakat dan kemahiran beliau dalam bidang fotografi merupakan satu nilai tambah untuk beliau menyumbang pada persatuan ini.
Untuk info, beliau merupakan jurugambar rasmi persatuan dan ahli tetap Exco Publisiti dan Multimedia sejak sesi 2014/2016.


Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhamad Adam Bin Razali. Semoga dengan penghargaan ini, tenaga dan bakti beliau dapat dihargai sepenuhnya. Kami mendoakan semoga beliau berjaya dalam bidang yang diceburi serta diberkati kehidupan dunia dan akhirat.

‘Bersama Menabur Bakti’

No comments: